Setiap tahun ..terutama dalam bulan Muharam..in sha Allah saya memasak bubur asyura.Bubur asyura ada banyak versi mengikut negeri & mengikut resipi warisan keluarga masing-masing.
Macam @ Kedah,biasanya bubur asyura dimasak menggunakan campuran tepung beras + santan,gula,sedikit garam.Selain itu di + ubi-ubian,kekacang & buah-buahan yang sesuai.
Namun ada kampung yang ada resipi mereka sendiri.Masa form5 saya pernah makan bubur asyura yang dihantar oleh mak kak Shimah dari Kampung Kolam.Buburnya dimasak menggunakan beras,santan & rasa herba serai,lengkuas bagai.Tapi buburnya boleh dipotong macam nasi impit & kiub lemak berserai itu dicicah bersama gula pasir.Sampai sekarang saya masih ingat rasanya yang sedap & harum serai.Menurut mak saya kampung sebelah Kampung Kolam tu pula masak bubur asyura ni versi manis tapi ditambah serai,lengkuas,bawang & pandan.Kalau dikampung mak saya,seingat saya sejak kanak-kanak lagi setiap tahun gotong royong mengacau bubur asyura menjadi acara tahunan.Cuma tahun 2021 ni tak tahu lah kerana wabak Covid yang semakin mengganas seperti tidak memungkinkan acara yang melibatkan ramai orang berkumpul.
Rindu sangat dengan kemeriahan orang kampung mengacau bubur seperti tahun 80-an & sebelumnya.Setiap orang akan melapangkan masa pada hari yang telah dipersetujui untuk memasak bubur asyura di surau berhampiran kubur.Ada yang membawa tepung beras,kelapa,gula,ubi-ubian,buah-buahan,besen besar,kawah & segala macam peralatan.Sambil orang dewasa mengupas & mengukur kelapa serta persiapan lain,kanak-kanak akan berpesta kejar-kejar sambil sesekali berebut tombong kelapa,air kelapa hatta kerak baki isi kelapa pada tempurung kelapa yang dikukur tidak habis,Semua itu menjadi rebutan sebagai kudapan.
Bila bubur hampir masak,ketika masih cair,berebut pula kanak-kanak menadah tempurung kelapa yang dialas daun pisang sebagai pengganti mangkuk bubur.Sudunya dibuat daripada pelepah daun nanas yang diraut kemas.Sudu tu cantik macam sudu ice cream kat Yau Yau tau...!Hihihi.
.Makan sambil bermain adalah satu keseronokan.Bila semua bubur sudah siap dicedok & diagihkan dalam talam masing-masing,nikmat berebut kerak bubur pada dasar kawah pula.Meriah dari pagi membawa ke petang.Dalam tempoh sehari dua tu,datanglah kerumah siapapun,memang bubur asyura itulah menjadi hidangan bersama kopi yang ditumbuk sendiri.
Oh,seronoknya dikala itu..
Kacang hijau & kacang ketupat pun saya bantai rebus sekali harung.Kacang tanah dah masuk air fryer tapi saya terlupa nak masukkan...hihihi faktor umur...
Pisang raja.Cari pisang abu @ pisang awak tak ada.Kalau pisang abu lagi elok sebab tak mudah hancur bila dimasak.
1 bekas saya tinggalkan kat rumah( yang akhirnya hanya saya sorang makan)Semalam pagi.....12 bekas,saya bawa ke tempat kerja agihkan kepada sesiapa yang saya saya jumpa,selain Juliana & Hasuzana yang memang dalam list.Jika ada kebaikan pahala dalamnya,saya sedekahkan kepada mak yang tak pernah lupa mendoakan saya & juga untuk arwah ayah saya.
Sy rasa, sy geng anak2 tu la...
ReplyDeleteAnak-anak geng bonda la nim..hihihi
DeleteSaya Pon sbb pernah termakan yg tak sedap. Tapi kalu bubur lambuk Johor n ganu mmg faberet.tahniah la masih semangat mengekalkan tradisi asyura semuga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah
ReplyDeleteAmiinn...
DeleteYa,ada yang lebih minat bubur asyura versi bubur lambuk.Bubur asyura versi utara yang lemak manis ni lebih kepada dessert @ kuih peneman kopi O..
Kalau jenis bubur lambuk tu di kampung saya dipanggil "kanji".
Betul betul muat kuali tu. Macamana lah mengacau tu kak. Memang kena gigih dalam memasak ni. Semoga akak mendapat ganjaran pahala kebaikan berkongsi rezeki. Aaminn...
ReplyDeleteMemang muat-muat kuali tu.Mula masak tepung & santan sampai dah surut.Dah nak masak baru masuk semua bahan lain yang dah rebus.Mula risau juga tak muat.Alhamdulillah tak melimpah.Punyala tamak..hihihi
DeleteMak cella.. jom la pindah putrajaya.. dpt la kak lin merasa mcm2 menu dr mak cella.. ๐๐
ReplyDeleteJom..jom...
DeleteL.Lin adjust la bagi saya dapat kiaters kerajaan...Hihihihi
Tahun ni PH tak buat bubur asyura. Tahun2 sudah buat sebab arwah mak request.
ReplyDeleteKat tempat sy pun dulu2 masak bubur asyura style cicah dgn gula tu. Favorite arwah ayah. Tapi, itulah lupa nak minta resepi dgn arwah mak pula :(
Nanti risik2 la tanya resipi bubur yang cicah gula.Sedap sangat dengan haruman serai lengkuas dia macam berserat skit tu..Kalau dapat resipi share tau...๐
Delete