Friday, 30 July 2021

NASI GORENG MENTEGA & SOSEJ

 Depa kata kalau nasi goreng dengan mentega + sosej..tu namanya nasi goreng Permaisuri Agong.


Tapi saya tak berani nak letak nama tu sebab  saya bukan permaisuri pun..Hihihi.

Lagipun,tuanku permaisuri tu memang  handal memasak,mestilah nasi goreng beginda lagi sedap.Dulu dalam majalah & surat khabar  selalu nampak  baginda tuanku permaisuri menjelajah pelosok negeri Pahang meneroka masakan dari pelbagai kaum & etnik orang asli Pahang.


Saya pun masak nasi goreng letak mentega & sosej juga tapi pastinya rasa tak sama la dengan nasi goreng baginda permaisuri.Jangan kan kata permaisuri,kalau bandingman dengan nasi goreng budus yang mak kita masak zaman kita kecik-kecik dulu pun mestilah nasi goreng mak kita lagi sedap.Kalau bahan sama sekalipun,hasilnya pasti berbeda antara satu sama lain.

 NASI GORENG MENTEGA & SOSEJ
2 cawan beras basmathi- tanak jadi nasi.
10 batang sosej -hiris 
3 biji telur
2 sudu mentega
garam & sikit daun bawang

1. Panaskan mentega & masukkan telur yang sudah dipukul.

2. Biar bawahnya mula.membeku baru ditolak perlahan dengan sudip.Ulang lagi bila telur mula membeku & ulang hingga semua telur bergumpal kasar & nampak sudah masak.

3.Masukan sosej yang dihiris & kacau hingga harum & sosej masak 

4. Tambah nasi yang sudah dilerai & kacau gaul hingga  panas merata & naik wap berasap.

5. Perisakan & siap


Kesukaan anak-anak.

7 comments:

  1. sama la menu breakfast kita kak..tp saya nasi goreng cili api..saya edit2 sikit resepi yg akak pernah share dulu..hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi gorengenjadi menu popular sejak PKP tahun lepas kan...masakan ringkas yang lengkap

      Delete
  2. Aah la Mama Cella, air tangan mak-mak kita mmg tak terbandingkan :)
    PH pun pernah cuba juga buat nasi goreng mentega ni. Anak4 sukalah sebab ada sosej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air tangan mak lain kan.
      Harapnya air tangan kita jiga special dihati anak-anak & menjadi.kerinduan mereka walau dimana berada

      Delete
  3. Tapi sy tengok sy tahu sedap ni, nasi goreng Mak Cella.. yg suatu ketika dulu sering dijadikan bekalan ke sekolah anak2nya

    ReplyDelete
  4. Aroma nasi goreng mentega sampai ke LD! Sedapnya bau mentega. Tambah sosej tu memang menjadi betul.

    ReplyDelete