Wednesday, 7 July 2021

BEKALAN DARIPADA EMAK

Dok belek folder gambar.Bekalan daripada mak untuk bawa balik KL weeken baru ni


Terung pipit & daun kunyit hasil tanaman mak.Teruug pipit ni kalau Kedah biasanya dipanggil terung Belanda..Tak tau pasai pa dipanggil macam tu..

Pisang  hijau belum masak & serai.Dah plan nak masak gulai lemak cili api pisang tu.Serai tu ada beberapa rumpun mak tanam tapi saya jual mahal tak mau banyak-banyak.So,mak ambilkan 5 batang sahaja.
Sampai KL nyesal...sebab baru ingat lagi dua minggu Raya Haji nak pakai banyak serai buat rendang...Padan muka jual mahal....hihihi..

Petai ni mak yang beria suruh bawa balik KL.Dua papan dah jadikan sambal makan dengan nasi lemak hari Isnin.


Bakinya baru tadi kopek kulitnya & masukkan dalam plastik.Tambah air biar tenggelam petai tu & frozenkan..Boleh la tahan setahun......Kalau tak makan la...hihihihi


Tong coleman ni mak isikan daging tempatan frozen & serba sikit organ dalaman,hati,jantung,limpa & paru lembu.Paru & jantung dah jadi sambal makan dengan nasi lemak.Hati tu tak tau bila nak masak sebab hanya saya yang makan.
Tong tu mak pesan,nanti kalau boleh balik Kedah..bawa balik tong tu.Itu tong ice untuk mak bawa gi memancing tu..
Kalau tak PKP mak memang selalu juga ke Perlis  memancing lampam.Sebelum ke sungai memancing mak akan beli ais untuk elakkan ikan rosak.Kadang banyak dapat ikan sampai penuh tong tu.Ni sebab PKP tak boleh rentas negeri,maka tong tu dah lama kosong.

Moktan ni mak kata untuk Cella & abangnya yang tak dapat ikut rwntas negeri.

Durian beku untuk Cella


Ubi kayu..Dah tak berapa cantik sebab pokok dah tua.Mak kata nanti nak kena kemaskan semula kebun sekangkang kera belakang rumah tu & tanam semula ubi kayu.

Mak juga bekalkan seikat pucuk daun palas untuk kegunaan Raya Haji nanti.Lagi dua minggu nak Raya Haji .Lega dah sebab dah ada daun palas raya ni.Walaupun dah boleh agak kita akan beraya dalam rumah sendiri sahaja,tapi ketupat tetap nak buat.
Daun palas ni mak ambil kat kampung.

Ada 3 pelepah daun palas ni dah pecah kudupnya.Kalau rajin,esok nak buat ketupat palas la..Kalau la rajin...Dengan esok ada taklimat,meeting & lusa pula appointment...tak tau la nak rajin ka dak...
hihihihi..




7 comments:

  1. Replies
    1. Kalau dah peminat petai,dalam banyak-banyak tu petai juga jadi tumpuan.

      hihihi

      Delete
  2. banyaknya bekalan dr kpg... begitulah mak-mak kan kan? tetap akn layan kita mcm kita masih kecik² dulu walupun hakikatnya kita ni dah beranak pinak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Mim...
      Kadang bila duduk sengsorang relate perangai kita dengan anak dengan mak..macam putaran roda...

      Delete
  3. Hadoi! Mata petai tu! Pagi tadi pi pasar, tak jadi beli petai sebab matanya kempis belaka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni kadang mata petai takdan nak besar.Kalau dibiar lama dirembat sang pencuri

      Delete
  4. Kalau balik dr rumah emak, jarang tangannya kosong macam sy jugak

    ReplyDelete