Nak hilangkan stress semalam..Terapi dengan memasak.
Sarapan Roti Maryam..Macam roti canai kan?
Tapi ni roti maryam.
Salah satu menu dari Indonesia.
Beberapa tahun yang lepas,saya pernah cuba buat roti maryam ni.Tapi tak berapa menjadi kerana lapisan dia macam melekat.Bila koyak dia tak mau lekang.
Pastu dah tak pernah terfikir lagi nak buat.Pada saya baik saya buat roti canai sebab biasanya Alhamdulillah menjadi.Berkat dok tengok mak buat zaman kami masih kanak- kanak lagi.Bila remaja cuba buat sendiri sambil mak pantau.Canai kat belakang dulang besar tu tarik sampai nipis macam kertas.Lipat 4 segi,masak & biasanya kalau roti canai kami hanya cicah gula.Kalau ada kari cicah cucur kembong.Bila dah jadi mak-mak pun masih buat roti canai berpandukan ilmu dari mak.
Hinggalah 2 hari lepas ada kawan yang sama study kat U dulu.Dia ni la banyak tolong saya masa zaman belajar dulu.Banyak jasa & budinya kepada saya.Syukran Allah kirimkan sahabat yang baik macam Shaari ni.
Dua hari lepas dia dok share link untuk kelas Al-Qur'an.
Katanya wife dia dah buat & menjadi.Tapi dia kata ni roti canai.Saya cakap ni kalau kat Indonesia namanya roti maryam.Saya cakap saya nak try.Kalau menjadi saya hantar report.Kalau saya diam2 maknanya tak menjadi la tu..Hahahaha
Tips penting yang saya dapat dari video ni ialah penggunaan tepung yang ditabur sebelum dough dipotong tu.Sangat penting tu kerana tips itulah yang buat jadi lapisan cantik & tak melekat.
Ops..Masa saya buat dulu,guna pisau biasa memang macam susah nak potong dough tu..
Now,dapat lagi tips dari video tu,better guna pisau plastik.Mudah sebab tak melekat.
ROTI MARYAM
½ kg tepung gandum
½ sudu teh garam halus
2 sudu besar susu pekat
1 sudu marjerin
1 cawan air suam
Minyak/marjerin
Saya guna resipi ni supaya dough lebih berperisa.Cara buat memang saya ikut dalam video
Saya alas table top dengan aluminium foil untuk canai.Takdak sapa nak tolong ramkamkan video masa saya buat ni.Dengan tangan berminyak payah nak urus handphone.
Takpa la,simpan sahaja video tu,ikut cara kat situ.Insha Allah menjadi..
Balik-balikkan.Api kena perlahan.Bila tonton semula video tu saya perasan,lain kali saya kena tambahbaik masa goreng ni kena usik-usik roti ni kiri kanan supaya helaiannya tidak melekat
Saya amik video nak hantar laporan kepada Shaari & nak ucap terima kasih kerana share video tu.Juga kirim salam kat wife dia.Tak kirim roti pun...Depa dok Langat nu...PKP...takleh rentas negeri...hihihihi
Sangat seronok bila menjadi..!
haaa... roti ni tengah viral sekarang, kan.. baru sy tahu namanya roti maryam
ReplyDeleteOooo..tengah viral ka...Saya tak tau...Hihihi
DeleteWahhh..nampak sedap la kak..share la resepi ni dlm grup MASAK APA HARI NI kak..konpim ramai yg try buat ni..
ReplyDeleteelyda share la..amik pic & video ni pun tak pa kalau ia menjadi ilmu yg berguna kepada orang lain juga ...in sha Allah
DeleteAkak la share..(tuan punya resepi), nanti saya follow dan like..hihihi
DeleteBoleh ja..saya izin & halalkan...hihihi
Deleteooo nama roti maryam, keluarga roti canai kot sebab bahan lebih kurang tapi roti maryam ni ada rupa...cantik!
ReplyDeleteKan..macan adik beradik roti canao versi hybrid..Hahahaha
Delete