Bangun pagi-pagi lagi masak sambal tempoyak.Masa tidur malam pun dah terbayang dalam kepala,bangun nak masak sambal tempoyak petai.Mak-mak kan,sebelum tidur lena dah siap dalam kepala planning nak masak apa esoknya.Hihihi...
Adah guna masak sambal udang tu sepapan sahaja,itupun bersama kulitnya.Dia hanya makan kulit petai,isinya dia tak makan tapi nak ada bau petai dalam sambal.Macam-macam kan....
Dah macam petai belalang sahaja dah saiz mata petai tu.Nasib baik petai tu elok tuanya & tiada ulat dalamnya.
Makan lauk sambal tempoyak ni takyah campur sangat dengan lauk lain supaya rasa sambal tempoyak tu tidak terganggu.Cukup ada ikan masin atau ikan goreng & sikit ulam.Berpinar mata makan sambil menahan pedas tapi sedap sangat2papan petai- (kalau petai murah guna banyak lagi sedap)
2 cawan bilis halus
3/4 cawan tempoyak
1 cawan minyak
2 helai daun kunyit
1 serai - ketuk
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
Bahan Blend:
2 cawan cili merah Bangladesh + sikit cili padi hijau
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
( semua ni blend jangan terlalu halus)
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing.
2.Terus tuangkan bahan blend dalam gorengan bilis tadi .Biar bahan blend mendidih bersama bilis goreng.
3. Campurkan tempoyak,garam,gula & masak hingga naik minyak.
4. Tambah daun kunyit yang dihiris halus & sesuaikan rasanya.
Tadi singgah kedai, nampak petai sebungkus Rm14, punyalah mahal.. nanti nak tengok kat nsk, kot ada murah sikit.
ReplyDeleteBetul, makan lauk mcm ni tak boleh ada lauk lain, layannnnn
Memang petai tengah mahal sekrang ni SK.Saya ada tengok juga petai siap kopek kat CS beberapa hari lepas memang dalam segenggam tu berbelas RM.Ini pun jumpa kat van yang jual sayur kampung depan CS.Nasib baik petainya elok
Delete