Semalam anak bujang tu beli 4 bekas Pulut Kuning Rendang Ayam
Sebab dah ada pulut kuning,Adah cakap tak payah masak.Tapi saya cakap masak la 1 yang simple,mihun ke @ pasta ke sebab tak puas kalau petang- petang tiada bau masakan terutama bulan puasa ni.Macam hilang seri puasa kalau dapur senyap sunyi...Bagi saya la...hihihi
Akhirnya Adah masak pasta ..Ada buat style dia la..cili padi merah dipotong ada kot segenggam.Dia memang kuat makan pedas.
Saya c&p resipi dari old post jer
PASTA GORENG SARDIN
1pack pasta(boleh guna apa-apa bentuk)
2 tin sardin/macerel
2 pokok daun sup:cincang
1 sudu garam
1 sudu lada sulah
1 sudu chilly flakes(boleh tambah jika nk. Lg pedas)
3 sudu minyak
1 bawang holland-cincang
3 bawang putih - cincang
1. Jerang air untuk rebus macaroni
2. Panas minyak & tumis bawang holland & bawang putih.Tambah carrot.
3. Bila harum masukkan sardin & sosnya. Sementara tu rebus pasta hingga lembut
4. Tambah garam, lada sulah ke dalam sos sardin & masak hingga naik minyak
5. Tapis macaroni & masukkan kedalam sos yang sedang mendidih
6. Gaul rata & taburkan chilly flakes..
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup cincang
Kemudian,saya potong buah tembikai susu,tembikai merah yang tak berapa merah ni & anggur.Tepi tu selit 3 biji kurma.Dah sama macam anggur pula warna & saiz nya
So, menunya pulut kuning & pasta..
Nasib baik masak pasta...
Nak jadi cerita pulut kuning tu semua tak dapat makan sebab rendangnya ba si...
Pulutnya elok tapi rendangnya berbuih,Agaknya penjual tu packing masa panas- panas sebab nampak bekas pulut & rendang tu memang penuh wap.Tak ada rezeki anak bujang tu nak sangat makan pulut kuning rendang ayam tu.
Ada la hikmahnya tu
Untuk saya,saya extra sayur & tambah telur rebus
Air Lemon sejuk untuk anak- anak
Mula buat segelas sahaja untuk anak bujang sebab Adah kata dia nak buat air sendiri.Bila tanya air apa dia nak buat air milo.Ish,air milo nak makan dengan pasta & pulut kuning tak sesuai la...Saya suruh dia minum air lemon sahaja.Tu yang tambah jadi 1 jug.
Saya masih setia dengan lemon panas.Setakat ni laaaaa....hihihi
Iftar anakanda Cella nun di Pantai Timur...
Saya campur-campur, minum panas, minum sejuk juga. Minum kosong, minum manis juga heheeee... tapi lemon memang terbaik. Tu dia menu iftar Cella... begitulah anak rantau!
ReplyDeleteAlhamdulillah...
DeleteSemoga anak- anak cikgu yang diMalaya ini juga didalam rahmat Allah swt.
Tak de rezeki nk makan pulut dan rendang.Mak Cella dah makan suku suku separuh ke bulan puasa ni?
ReplyDelete