Semalam Adah kata nak masak Nasi Ayam Kunyit.Tapi saya suruh dia ubah jadi ayam padprik sebab nak ada kuah.Saya suka sahaja nasi lauk kering tanpa kuah,tapi depa la kot nak kuah.
Akhirnya pukul 6.30 petang terjadilah Ayam Padprik.Kalau di Sabah 6.30 petang dah masuk waktu maghrib & iftar yer...?
PADPRIK AYAM...
1 mangkuk ayam siap potong-potong & gaul sikit
garam
1 batang carrot
10 kacang panjang(ganti kacang buncis
1 bawang besar Holland
1 biji tomato masak
10 cili padi hijau – ketuk
10 cili padi merah – ketuk
1 batang serai - ketuk
10 babby corn
1 cwn couliflower( xde stok)ganti broccoli
4 sudu minyak
1/2 cawan pes tomyam
1. Panaskan minyak & tumis ayam yang dah digaul
garam(gaul garam supaya tidak melekat & lebih sedap)
2. Bila ayam 1/2 masak masukkan pes tomyam &
bawang holland hiris
3. Tambah carrot & sayur-sayur yang agak keras
dahulu. Sayur yang mudah lembut masukka akhir sekali
4. Masukkan cili padi
5. Sesuaikan rasa
Anak bujang tu juga beli popia basah.Saya jamah juga segulung .Sedap jugak popianya.
Anak dara bongsu tu video call ...Mata dia dah macam mata panda tak tidur 2 malam siapkan assigment katanya.Dia cakap nak gi ambil maknan yang dah order untuk iftar.1st Ramadhan hari Selasa beli Set Nasi dengan Ayam Korea,wedges & air RM5.Ni semalam iftar dia cakap order Nasi Goreng Ayam + sikit sotong goreng kunyit,mini chicken chop & minuman tu pun harganya RM5.Alhamdulillah,dengan RM5 dapat set yang macam tu kat sana.Senang cakap kalau kat KL memang tak dapat la kan.Kata Cella memang beratur panjang la gerai tu.
Bagus betul, siap asingkan tiga mangkuk ayam paprik tu, dah macam makan kat kedai.
ReplyDeletekalau di kafe tempat kita pun boleh dapat harga RM5 sahaja, nasi, ayam/ikan dan sayur. Kalau jual mahal, kena komplen nanti, dah tak boleh meniaga dalam kolej
Hihihi...time bagus
DeleteKalau time tak bagus,cedok jer darinkuali longgok dalam pinggan setiap orang.Hanya basuh pinggan & kuali...hihihi
Lama tak masak paprik, saya pun lebih suka ayam goreng kunyit.Apa2 pun kedua masakan ni complete, ada ayam dan sayur2an
ReplyDeleteTu la...masak yang boleh sekali harung ja senang.sayur semua campur sahaja bersama.Tapi ayam goreng kunyit pun sedap kan makan panas- panas
DeleteMeriahnya hidangan berbuka. Itu sikit, ini sikit, jadi banyak kan.
ReplyDeleteAlhdulillah....Allah masih kirimkan rezeki
Delete