Saturday, 3 April 2021

KUIH BEBOLA KELEDEK GORENG

Kuih yang tak pernah jemu.

Kuih Bebola Keledek Goreng.
2 minggu lepas dah buat,hari ni buat lagi.


Untuk cemilan petang tadi sambil layan cuaca panas membahang.

Bite size ..
Senang nak makan.
Sebiji sesuap.
Kunyah- kunyah
Lemak manis
Kenyal- kenyal
Sambil hirup teh O panas.
Bertambah laju keringat mengalir


BEBOLA KELEDEK MANIS
5ketul ubi keledek manis - rebus empuk
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan bijan ( jika suka)
Minyak untuk goreng

1. Rebus/kukus keledek manis hingga lembut
2. Kupas kulit & lenyek semasa masih panas & kemudian biar sejuk
3.Setelah sejuk baru gaul garam, gula & telung pulut. Jika lembik tambah tepung pulut. Jika keras + sikit air.
4. Gentel-gentelkan sebesar fishball.
5. Gentel hingga habis semuanya. Jikan suka  salut bijan, boleh golekkan atas bijan
6.Panaskan minyak banyak & goreng bebola sambil dibalik-balikkan
7. Angkat & toskan atas kitchen towel

**Tips..
Lenyek ubi masa masih panas kerana lebih mudah lenyek. TETAPI jngan masukkan tepung masa ubi lenyek masih panas kerana nanti dough akan mudah lembik & akan guna banyak tepung & kuih kurang sedap. Sebaliknya ,masukkan tepung setelah adunan ubi lenyek sejuk
Tips ini juga valid untuk Kuih Keria & Cucur Badak yang menggunakan keledek rebus. 


Guna keledek Jepun yang kulit merah isi kuning.Isinya sangat manis,halus & tidak berurat.Saya kupas kulit & kukus

Lenyek 


Gaul gula,garam & tepung pulut 


Adah gentelkan

Goreng sambil sentiasa balik- balikkan supaya warna sekata


Sedap makan panas- panas  atau sejuk.Kenyal- kenyal manja & harum bau keledeknya.

3 comments:

  1. Nampak cantik kejadiannya
    tentu sedap

    ReplyDelete
  2. Sy beli keledek dgn kawan, sampai la dok terlentang atas kabinet

    ReplyDelete
  3. dulu mak buat bebola kentang jd mcm ni.. tp dia buh cili bawang daun sup.. malam² sebelum tido tlg mak gentel ps besok goreng... adeh teringat lak menu ni

    ReplyDelete