Wednesday, 7 April 2021

JARANG - JARANG DAPAT MAKAN SALMON

Setiap kali tengok menu-menu untuk suku suku separuh ,mesti akan ada menu ikan salmon grill.Terus fikir 10 kali nak diet sebab ikan salmon kan mahal.(Alasan paling berkesan untuk tidak berdiet..hihihihi)



Tapi hari makan ikan salmon goreng garing.
Sekarang dah jarang- jarang dapat makan ikan salmon.Tujuh lapan tahun lepas selalu juga beli salmon buat bekal abak bongsu gi sekolah.Masa tu sebav tinggal berdua sahaja dengan anak bongsu tu.Abangnya kat Kedah,kakaknya kat Johor.Mereka belajar di sana.Kami berdua beranak @ KL beberapa tahun la juga.Selalu la beli sekeping dua ikan salmon untuk jadikan bekal anak bongsu tu.Masa tu harga sekilo salmon baru rm20++.Kalau beli 2 keping tak sampai rm10 pun.Sekarang kat Hero tu ikan salmon rm49.90.Senang kira RM 50 la.Memang fikir 200 kali nak beli sepotong nipis pun dah lebih sepuluh ringgit.


Cuma baru ni Adah ajak ke Tesco Ampang ( bacanya Lotus's)..hihihihi
Adah kata nak beli susu tesco .Katanya Lotus's tengah clearance stok barangan jenama tesco.Saya pun baru tahu Tesco dah tukar jadi Lotus's.Punya la lama "katak" ni  tak keluar dari tempurung.Hihihihi
Ternampak salmon mampu beli.2 ketul bahagian ekor hanya Rm9.90
Terus la rembat sebab ada 1 sahaja dah pun.
Tebal  juga potongannya
Balik rumah saya potong lagi jadikan setiap ketul tu kepada 3. Dapatlah 6 bahagian 

Basuh berkali- kali dengan air tepung gandum nak hilangkan bau.

Alhamdulillah sedap takdak bau hanyir.Gaul garam kunyit kampung style jer.Kalau ikut western depa hanya letak garam laut & black pepper pastu grill.Tapi tekak kampung,saya gaul garam kunyit & goreng garing.Pastu kopek kulitnya yang garing tu feeling makan crispy salmon skin macam depa dok jual tu.Hihihi

Cantik isinya

Dah cakap sorang 2 ketul.Walaupun tahu anak bujang tak makan ikan,tapi masa tengok saya goreng  ikan salmon dia cakap dia nak.

Baru cubit sesuap dia dah letak balik dalam piring.Dia cakap tak boleh go...hihihi...
Tekak dia memang tekak musang.Tahu makan ayam & daging sahaja.+ telur.Dapat la saya & Adah makan sorang 3 ketul..Alhamdulillah..Hihihihi

Makan dengan nasi putih sahaja pun dah sedap.Gaul sikit minyak dia..Sedap macam makan nasi dulu- dulu.Bila mak goreng ikan haruan gaul garam kunyit,kami akan ambil sikit minyak goreng ikan yang kuning tu gaul dengan nasi.Rasa lemak masin tu kami bayangkan makan nasi gaul Planta.Hihihi..nikmatnya dulu- dulu.


4 comments:

  1. Takut gak nak cuba mkn salmon ni buatnya tersuka parok nesan ngan reganya.pernah mkn salmon ngan white sos kat ikea tak leh gi ngan tekak sambal belacan ni

    ReplyDelete
  2. Murahlah kiranya salmon tu.dulu giant setiap hari sabtu, salmonnya baru rm 28.00 sekilo, sekarang usah mimpi leer.Ish sedap pulak salmon tu makan dgn nasi aje.

    ReplyDelete
  3. Salmon memang mahal giler! Kadang-kadang saya beli bahagian ekor, perut dan sirip untuk dibuat sup. Bahagian tu murah sikit harganya.

    ReplyDelete
  4. Dah agak mesti si abang tak boleh nak telan ..sebb org yg pemakan ikan pun ada yg tak makan salmon....puas makan kalu goreng mcn ni...

    ReplyDelete