Buah palas.Pic minggu lepas masa balik Kedah.Hari Sabtu balik jenguk kampung sekejap sambil niat nak ambil daun palas siap- siap untuk persiapan raya.Kat keliling rumah mak dikampung banyak pokok palas.
Bunganya keluar tangkai yang panjang seeprti rotan kecil & gugusan buah bergayut disepanjang tangkai panjang tersebut
Buah palas ni boleh sahaja dimakan.Zaman saya kanak- kanak buah palas ni menjadi rebutan dengan burung.Burung suka makannbuah palas.Kami yang masih kanak- kanak juga berebut.Bukanlah sedap sangat kerana hanya ada biji sebesar lada putih Kulit buah kelat & sedikit manis.Bila kunyah buah palas bersama bijinya teksturnya seperti nasi mentah.Lembut diluar & keras didalam.Orang- orang tua dahulu membuat bandingan nasi yang belum betul- betul masak dengan buah palas.Contohnya"nasi tu baru jadi buah palas,biarkan atas dapur sat (sekejap)lagi baru boleh makan".Tapi kanak- kanak sekarang tidak memandang pun buah palas ni.Kalau kami dulu inilah berry kami.Depa la ni pandang buah strawberry ja..hihihi
Di kampung saya di Selangor akhir-akhir ini orang kampung buat ketupat palas. Dulu buat ketupat daun kelapa. Sekarang dah tak ada pokok kelapa!
ReplyDeleteIndahnya suasana hijau di kg.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Trm ksh.
ReplyDeleteNanti nak cuba rasa.