Dah beberapa hari Adah minta buatkan bubur lemak.Ingatkan bubur manis merah putih tu sebab minggu lepas ada mak kawannya bagi bubur lemak merah putih tu.Rupanya dia kata nak bubur nasi yang makan dengan telur masin &ikan bilis .Hari ni balik dari klinik gigi dapat la dia makan bubur idaman dia ni.Dia cakap sampai gigi dia dah hilang sakit baru dapat makan bubur ni.Ayat sebenar dia nak cakap mak dia taknak masakkan bubur tu untuk dia..hihihi.
Saya suruh dia masak sendiri supaya lain kali nak makan boleh masak.Takyah la nak tunggu mak jugak yang masak.
Hasil bubur nasinya.Masa bubur mendidih dia tak tengok.Dok ngadap TV.Sekali pergi dapur air didihan dah meruap melimpah penuh sememah atas kabinet dapur.Jenuh mengelap la pulak.Baru dia tau...masak bubur pun bukan mudah kalau whithout heart &soul.Hihihi
Sampai dah taknak letak santan dah.Katanya takut meruap lagi.Tolong jugak la masukkan santan,halia muda mayang halus,lada hitam,bawang merah dalm bubur tu .Kalau ikut dia dah nak makan bubur kosong sahaja dah.Padahal dia juga beria nak makan bubur lemak..Camana nak masak rendang bagai ni ..Hihihi
Sesekali makan bubur nasi memang layan
ReplyDeleteCantik telur masin tu
Alhamdulillah ...
DeleteAda dara jaman now... hahahahaa kelakar betul!
ReplyDeleteLawalah warna telur masin tu, kuning oren ala-ala jingga.
hihihi..terikut ayat saudara nusantara...
DeleteBoleh buat masak sarapan esok ni.
ReplyDeleteDah jadinke bubur nasinya...hehehe
DeleteLengkap dah menu bubur lemak nasi tu. Ada ikan bilis goreng & ayam goreng, telur masin, kacang..terliur pulak nengoknya 😊
ReplyDeleteSesekali memang sedap juga pekena bubur lemak ni
DeleteKalau di Kedah bulan puasa depa masak bubur lemak ni macam bubur lambuk tu memang boh santan dipanggil Kanji.Kalau bubur kosong tanpa santan tu dipanggil Moi...hihihi
ReplyDeleteSedapnya bubur macam ni. Menyelerakan banyak rencah tambahan :)
ReplyDeleteTerliur dh tgk, mmg sedap tapi dh lama x buat. nnti akk nk buat, tapi akk buat yg kosong je. Mkn plk dgn serunding...sedap nya:). tkasih tau kasi resepi
ReplyDeletewww.asmahabubakar.com