Monday, 1 March 2021

BEKAL MIHUN GORENG JE

 Pejam celik, pejam celik dah 1 Mac. Eh, dah masuk bulan ke 3 dalam tahun 2021 ni. 1Mac pun dah petang. Kejap lagi terbenamlah matahari. Sekrang ni maghrib pun masih terang dengan lembayung senja. Pagi pula lambat  cerah. 6.20 baru azan subuh


Hari ni masak mihun goreng sahaja untuk bekal. Menu yang  saya tak pernah jemu. Tapi anak-anak macam jemu sahaja sebab, balik tadi nampak masih ada sikit lagi mihun dalam kuali. Kat sink dapur pula macam ada tanda-tanda orang masak megi. Hihihihi

Kebuntuan idea dah 
Tak tahu nak masak apa lagi. 
Maka jadilah mihun goreng sahaja

Masak sepaket pun dah tak habis sekarang. Dulu zaman anak-anak masih sekolah 1 bungkus mihun ni bahagi 4 beranak. Masing-masing bawa bekal kongsi dengan kawan-kawan makan bekal berjemaah katanya. Setiap hari bekal licin. Hari ni hanya saya bawa bekal. Bawa agak banyak sebab anak dara bongsu tu ikut sekali. 

Pukul 8 pagi dia dah merungut lapar. Saya bawa 3 bekas. 1 bekas ni kongsi makan dengan  cella.1 bekas bagi  Yati & Ruby & sebekas lagi bagi Shifa. Alhamdulillah habis bekal yang dibawa. 

6 comments:

  1. Sy pun tak pernah jemu makan bihun goreng, lagi suka bihun goreng tauchu

    ReplyDelete
  2. Waak suka mee hoon goreng basah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. saya suka mee hoon goreng. Mengenyangkan!

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka mihun goreng.Klu mihun singapore lagi suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya oun suka mihun singapore tu tapi anak-anak pula taknak kalau waktu pagi sebav ada lada hitam. Padahallada hitam tu yang feel nak kunyah.. Hihihi

      Delete