Friday, 27 November 2020

SARAPAN NASI IMPIT GORENG

Pagi tadi sarapan Nasi Impit Goreng.Semalam kan masak rebus sebungkus 30 mini nasi impit untuk makan dengan rendang itik. Hanya separuh saja nasi impit tu dimakan. Ada baki lagi, saya kira ada 15 bungkus lagi. 



Maka pagi ni memang sarapannya Nasi Impit Goreng la. Lawan dengan telur rebus leleh ni memang layan. Teh O panas


Sexy tak telur rebus leleh ni.. 
Dah ketagih pulak makan telur leleh ni. Sedap.. 


Beberapa minggu yang lepas saya ada juga masak Nasi Impit Goreng tapi agak kurang memuaskan kerana saya mencuba mini nasi impit jenama pengeluar beras terkenal tu. Saja sekadar mencuba selain jenama lain. Terlalu lembut & mudah basi. Akhirnya saya kembali bersetian dengan Adabi. Paling tidak, jika tiada Adabi saya beralih arah sekejap kepada nona. Namun Adabi tetap di hati. Lebih kenyal, harum, padat & tahan tidak mudah basi walau sudah 3 hari. Lebih dadi 3 hari saya tak tahu. 

Sekuali Nasi Impit Goreng


NASI IMPIT  GORENG
15 biji ketupat mini adabi- setiap 1 potong 6
10 batang sosej - hiris jejari
1 batang carrot- mayang panjang
1 mangkuk kobis hiris
1 bawang holland
4 sudu cili blend
4 sudu minyak
2 sudu kicap manis
sikit garam

1. Panas minyak & tumis bawang cincang & masukkan cili blend
2. Masukkan sosej dan masak sekejap sampai harum & tambah carrot
3. Tambah garam  & masak hingga carrot lembut.
4. Masukkan ketupat mini yang sudah dipotong2
5. Gaul rata sambil renjis kicap
6.Tambah kobis & kacau hingga naik wap
7. Sesuaikan rasa & daun sup daun bawang . 


Lebihan nasi impit semalam dipotong 6 setiap 1.Biasa potong 4 segi. Ni ubah sikit potong 3 segi. Letak sahaja pisau penjuru ketupat bertemu penjuru dapat lah bentuk 3 segi

Carrot & kobis


Daun sup


Sosej Ayam


Merah menyala.. Guna cili blend beli dari kawan saya. Dia cakap dia guna cili keriting +cili kering licin yang lebar tu. Memang kurang pedas & warna cantik. 


Masukkan nasi impit potong


Tu bukan coklat yer.. Tu kicap 


Daun sup.. Sawi pun boleh sahaja.Saya pakai sahaja apa yang ada. Kalau kat kampung petik sahaja bayam atau kangkung pun jalan... 


Sekuali Nasi Impit Goreng... 


6 comments:

  1. Oh akak suka pulak ketupat yang lembut tu.Bila akak guna Adabi nasi impit keras dorang tak suka.
    Budak2 kat rumah ni pun suka sangat kalau buat nasi himpit goreng .Memang tunggu kalau ada lebihan semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah mak saya selalu cakap
      "kalau selera sama, kain kat kedai tak laku" hihihi

      Nasi impit pun ada yang suka keras ada yg suka lemwbut. Nasi biasa pun sama kan. Ada yang suka keras berderai, ada yang suka lembik-lembik sikit.

      Delete
  2. Nasi Impit goreng.. Saya panggil Lontong Goreng, paling sedap Lontong goreng sy makan, kak sab kantin punya. Selain bahan di atas ada kentang dihiris dan digoreng dahulu sebelum dimasukkan dlm Lontong goreng, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Boleh try masuk kentang pulak lepas ni walupun tahu mesti tak sama ngan kal sab.. Hihihi..

      Delete
  3. Replies
    1. In sha allah sedap WP...
      Kalau dapat layan ngan kopi 0 kaw pulak...

      Delete