Saturday 9 May 2020

MEE SIZLING @ HOME - RAMADHAN 2020(PKPB)

Semalam untuk iftar 15 Ramadhan 2020
Mak aku masak mee sizling untuk iftar..
Suruh abang snap pic masa dah nak berbuka
Hanya 2 pic ni jer disnap..
Ingatkan snap semua
Ada ke gi snap 1 jer
Mmmm.... Betul-betul kuali yang sendiri nyer nak makan jer
Mak aku pun cakap xde snap langsung pun masa masak,


Haaaa... Ni jer lah pic
Mee Sizling @ home
Bukan orang jer kana stay@home
Mee pun kena stay @ home.
Jangan sesuka hati bawa mee gi makan ramai-ramai kat dataran merdeka bagai..
Mak aku cakap masak banyak jer kuah mee sizling ni dalam periuk..
Sesapa ulang makan sila letak yee mee dalam kuali, tuangkan kuah yang dah siap masak, letal sayur dan pecahkan sebiji telur.
Biar mendidih jap & ready to eat dengan cili kicap..


Tapi aku hanya makan sekali jer masa iftar
Sebab sektul yee mee tu + kuah dia & telur memang dah kenyang giler..


MEE SIZLING AYAM DAN CENDAWAN...... (5 hidangan) 

1 bungkus yee mee
5 cendawan kering- rendam
1 mangkuk ayam potong - isi + tulang
10 cili kering
1 ikat sawi
½ cawan sos tiram
½ cawan kicap lemak manis
¼ cawan kicap manis ABC
5 cawan air
1 sudu besar tepung ubi
+ ½ cawan air
Telur- jika suka
Bahan tumis
3 sudu minyak
½ ketul halia
5 bawang putih
. Yee Mee
1. Sediakan bahan
2. Cendawan kering- basuh dan rendam dgn 1 cawan air
3. Isi ayam + tulang dibersihkan
4. Cili kering dikerat2..Bawang putih dan halia ditumbuk
5. Panas minyak dan tumis bawang dan halia tumbuk
6. Masuk cili kering dan goreng sekejap sahaj kerana cilj kering cepat hangus
7. Masuk ayam & masak sampai ayam kecut
8. Masukkan sos tirem dan kicap..
     Boleh tambah lada sulah jika nak pedas
9. Masukkan cendawan dan air rendaman cendawan,5 cawan air dan biar mendidih.
10. Bancuh tepung ubi dan tuang dalam kuah sambil dikacau hingga pekat..
Kuah dah siap...
11. Basuh dan potong sawi
12. Panaskan kuali @ pan dan letak seketul yee mee & Siram dengan kuah secukupnya...letak sawi potong ditepinya...
13.Pecah sebiji telur hati2 supaya kuning x pecah..
Masak hingga mee kembamg dan telur ½ masak


#Step by step bahan & cara masak boleh refer dari old post MEE SIZZLING... kat sini..

SELAMAT BERPUSA...

No comments:

Post a Comment