Tuesday 7 April 2020

SAMBAL PETAI RENDAM - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 20)



Hari ni dah 20 hari Perintah Kawalan Pergerakan..
Hari ni semua pun puasa.
Kakak memang x habis lagi ganti
Mak aku lak cakap sajer nak temankan kakak puasa.
Aku memang plan sepanjang sya'ban ni aku akan puasa sunat setiap Isnin & Khamis
Tapi Isnin & Khamis jer lah
Abang dah cakap awal-awal abang nak puasa juga hari Isnin.
Hahaha.. mati kutu la tu sebab dah berapa kali Isnin & Khamis memang abang makan sorang sebab semua puasa
Kalau hari lain aku x puasa


Sambal Petai Rendam..
Tapi ni citer lauk semalam
Ni lauk untuk dinner semalam

Sambal Petai Rendam
Haaa... Petai Rendam tu apa?
Ala petai biasa jer pun
Tapi sebab direndam
Nama la Sambal Petai Rendam


Ni kan PETAI MAHAL...yang mak aku beli hari Isnin minggu lepas masa keluar belo barang dapur
Ni dah Isnin
Maknanya dah seminggu la petai tu

Tapi petai tu still fresh & rangup lagi walaupun dah seminggu
Sebabnya mak aku kata sebab simpan petao macam dah pernah post sebelum ni
CARA SIMPAN PETAI DALAM AIR.. kat sini


Memang fresh & kulit dia pun bila patahkan prap prap bunyinya
Haaaa... Siap ada sound effect ooooo
Mak aku cakap sebab petai mahal
So, kema makan semua kulitnya juga
Hahahhaha
Mak aku hiris isi bersama kulitnya

SAMBAL PETAI RENDAM
1 papan petai rendam- buang tepinya & hiris kasar
1 tin kecil sardnin macerel
1/2 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
3 sudu minyak

Bahan Blend:
15 cili padi hijau
1/2 bawang besar
2 bawang putih

1. Panaskan minyak & tumis bahan blend
2. Tambah asam, garam & gula. Masak hingga naik minyak
3. Masukkan sardin & sosnya
4. Tambah petai & masak hingga mendidih & pekat
5. Sesuaikan rasa & siap


Mak aku masak Sambal Petai cili padi
Memang pedas
Memang sedap

7 comments:

  1. Sedapnya dah kecur liur ni aummm😋

    ReplyDelete
  2. Sedap.....ni mau berpinggan tambah nasik ni..mkn plk dgn ns panas..kecur ailioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... Betul..betul...
      Bau petai dia...
      Aummm memang x mampu menolak nasi..
      Hahaha

      Delete
  3. Petai hilangkan fishy taste.. dan menambah selera

    ReplyDelete