Thursday, 2 April 2020

LAKSA KUAH LEMAK KEDAH IKAN LENGAT - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY15)

Dah nak masuk hari ke 16 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Tadi maghrib tumpang iftar
Heee... x puasa pun
Mak aku ngan kakak jer puasa
Tapi semua makan sama-sama merangkap dinner

Laksa Lemak Kedah
Mak aku masak untuk iftar
Bila mak aku kuar beli ikan
Mmmm.. Mak aku cakap guna ikan lengat jer

Owh... boleh ek buat ngan ikan lengat..
Hari-hari panaskan sampai dah naik kuning atas dia sebab dah kering
Kan hari Isnin mak aku keluar gi pasar ada beli ikan
Tapi x muat nak masuk dalam freezer
Buat ikan lengat
Dah minggu ni asyik makan ikan lengat
Hahaha
Minggu lepas pun ada makan KARI IKAN LENGAT... kat sini.. .
Tapi yang tu ikan tongkol lengat
Yang ni ikan selayang lengat


Actually aku bukan la peminat laksa
Kalau laksa Penang memang aku x suka sebab bau dia kuat sangat
Aku hanya suka 2 laksa ni jer
1 Laksa Lemak Kedah
1 lagi LAKSA TELUK KECHAI....
Hanya itu laksa yang aku rasa sedap
Laksa lain bukan la x makan
Tapi kalau ada pilihan lain aku memang pilih pilihan lain..


Kakak pun suka Laksa Lemak Kedah ni
Kena la ngan kakak sebab kakak puasa
Leh iftar ngan laksa ni


Letak kuah banyak-banyak
Perah limau
Aummm
Tapi yang ni mak aku la  punya
Sebab ada banyak ulam tu
Aku hanya suka letak kuah, timun, telur & limau jer
Daun-daun aku x suka

Sekuali kuah

Laksa yang dah siap direbus, dibasuh..
Ops mak aku cakap tu bukan basuh
Tu namanya dibilas & diletak dalam tapis supaya kering dari airnya

Aksesorinya
Ulam selom, telur, limau, timun & cili potong
Takde bawang besar
Mak aku cakap xyah bawang hiris tu sebab esok nak puasa
Kalau makan bawang nanti esok mulut x selesa & asyik haus
Sebab esok Khamis semua nak puasa..

Semua makan laksa ni
Abang jer x makan laksa sebab abang maka n ikan..

Resioi C&P jer dari old post
Mak aku cakap sama jer
Cuma ni versi guna ikan lengat


LAKSA KUAH LEMAK KEDAH
1/2 kg ikan selayang
1 bungkus (2 sudu besar) rempah kari ikan
1 biji kelapa parut- perah santan pekat agak-agak 3 cawan..x perlu banyak sangat sebab nanti akan guna banyak air masa blend ikan
5 asam keping
garam & sikit je gula
daun kesum /bunga kantan pun boleh
sikit minyak untuk tumis
5 bawang kecil-hiris
2 bawang putih-cincang
Ulaman:
1 ikat daun selom-
1 timun - potong bentuk batang mancis
1 Bawang besar-belah 2 & hiris nipis
cili padi- jika suka potong2
Limau nipis- belah2 & buang tengahnya
1 ikat daun pudina -lupa beli
1 potong nanas-dicincang
1.  Ikan yang dah direbus diambil isinya & blend bersama air secukupnya.Ketepikan.
2. Blend kepala & tulang2 ikan hingga halus & tapis untuk ambil airnya...Ulang tambah air & tapis sisa tulang.
3.Panaskan anggaran 1/2 cawan minyak & tumis bawang kecil & bawang putih hingga garing
4.Masukkan rempah kari yang dah dibancuh  dengan 1 cawan air.Biar hingga garing & naik minyak
5.Masukkan isi ikan yang dah blend & air tapisan tulang-tulang ikan.
6. Tambah garam,asam keping ,bunga kantan & biar hingga mendidih beberapa minit.
7.Tambah santan pekat & daun kesum & biar mendidih sekejap sebelum ditutup api...
8. Bila sentiasa dipanaskan kuah akan semakin pekat..Boleh saja tambah air untuk sesuaikan pekatnya.

No comments:

Post a Comment