Sahur pertama untuk Ramadhan 2020 adalah pada hari ke 38 Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19.
Walaupun nampak macam biasa sahaja puasa kali ini, hakikatnya sangat berbeza Ramadhan tahun ini kerana seluruh dunia menjalankan ibadah puasa dalam keadaan yang sangat sunyi. Masjid-masjid dilarang mengadakan solat tarawikh berjemaah. Seluruh dunia pun dalam ketakutan diserang wabak Corona virus...
Satu keadaan & suasana yang x pernah berlaku selama ini
Apapun Ramdhan tetap tiba kerana bulan dan matahari masih bercahaya.
Bumi masih berputar pada paksinya. Siang dan malam masih berganti.. Semoga kasih sayang ุงููู kepada kita ssmua tak pernah akan surut.. Bulan Ramadhan bulan penuh rahmat... Semua masih teruja menyambutnya
Sahur pertama, mak aku masak Daging Rebus Goreng Kunyit.
Bangun jer tidur, mak aku dah siap hidang nasi putih panas-panas yang masih berasap bersama Daging Goreng Kunyit
Mak aku cakap ni Daging Rebus Goreng Kunyit.. Sebabnya daging ni direbus dahulu sebelum digoreng kunyit.. Mmmm betul lah malam sebelum tidur mak aku ada rebus daging dalam rice cooker tu. Mak aku cakap nak nak buat sahur. Ingatkan nak masak sup, heee..
Sebabnya petang tu Achik post pic nenek ada masak Sup Daging ni
Actually nenek memang dah x makan daging. Seingat aku dah lebih 10 tahun kot sejak nenek kena buang hempedu kerana batu karang..
Nenek selalu jer cerita dolu-dolu nenek memang beef lover. Mak akubpun selalu citer juga. Achik pun selalu citer yang dolu-dolu setiap minggu nenek akan beli dan masak lauk daging. Mmmm boleh nampak la sebab setiap kali balik kampung & setiap kali raya nenek wajib masak kari daging walaupun nenek x makan daging tu
Mak aku cakap ni beli & masak daging ni pun sebab takut nenek call tanya.. Haaaa soalan WAJIB nenek setiap kali sehari sebelum puasa nenek akan call tanya mak aku dah beli daging ke belum..
Kalau bulan puasa plak nenek akan tanya mak aku beli tembikai ke tak untuk buat Air Tembikai..
Minuman wajib nenek untuk bulan puasa
Dulu selalu juga nenek datang KL puasa sama-sama beberapa hari
Takpun we all akan balik sambut puasa ngan nenek kat kampung.
Paling selalu.. Kitorang akan balik kampung awal, beberapa hari sebelum raya untuk sama-sama puasa & iftar ngan nenek & family Achik..
Tapi tahun ini macam xde harapan jer untuk semua itu๐ญ๐ญ๐ญ๐ญ
Selagi Covid 19 tidak terhapus
Selalgi Perintah Kawalan Pergerkan masih berkuatkuasa
Mungkin semua akan kekal berada di rumah masing-masing.
Semalam call nenek
Cam biasa la nenek akan selalu memberi harapan yang covid 19 ini akan berkakhir sebelum raya & nanti boleh balik raya kat kampung
Huhuhuhu... Harapan jangan pernah putus!!!
DAGING REBUS GORENG KUNYIT
1/2 kg daging
1 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk kunyit
1 bawang besar
1 cili merah
1/4 cawan air rebusan daging
4 sudu minyak
1. Rebus daging seketul besar tanpa potong. Rebus hingga empuk dan biar sejuk
2. Hiris daging sederhana nipis & gaul garam & kunyit
3. Panaskan minyak & masukkan daging bergaram kunyit & goreng sekejap
4.Masukkan air rebusan daging untuk mengelakkan daging terlalu kering. Masak hingga mrendidih
5. Bila nampak air daging hampir kering, masukkan bawang hiris & cili merah hiris.
6. Kacau gaul hingga bawang layu & siap
My favourite...
ReplyDeleteKan..
DeleteTapi whitout lauk lain kan.. Just daging kunyit vs nasi panas.. Pergh..
Memang licin nasi waktu sahur
Tak kenyang makan toast
DeleteHarapan jangan pernah putus..sama2 lah kita berDOA,agar wabak covid berlalu pergi...Sedapnya daging goreng kunyit...
ReplyDeleteSalam aunty Ogy..
DeleteSwlamat berpuasa. Betul kan uastazah pernah pesan kita orang Islam x boleh berputus asa & kena banyak doa bila ditimpa sesuatu keburukan,.
Takpe lah kalau memang tahun ni kena raya kat KL pun, semoga tahun dwpan ุงููู gantikan puasa & raya yang lebih baik