Thursday, 6 February 2020

NASI PUTIH BUTTER CHICKEN SEDAP

Nasi Putih Butter Chicken
Dah lama request
Ni baru mak aku masak
Heeeee...lama la sangattttttttt......
Kikikiki

Butter Chicken ni mak aku masak untuk lunch hari Sabtu
Eh, Sabtu ke Ahad ek..
Tapi weekend la
Sebab macam semua orang makan jerk..
Ok.. Ok dah ingat
Mak aku masak hari Sabtu
Coz hari Ahad nyer lunch mak aku masak
SAMBAL SARDIN VIRAL & SAMBAL GORENG.. Kat sini


Butter Chicken ni memang lauk fav aku, kakak & abang
Sedap baq hang
Lemak, masin, manis skit, pedas
Senang cakap memang sedap la

Paling best kalau versi letak super ring  cheese
Dia nyer gravy colour..
Memang menggoda oooo
Golden & sexy..
Dolu-dolu mak aku selalu guna cheese slice jer
Tapi ada sekali tu abang ada beli super ring cheese
Abang kata nak masak Nasi Arab Cheese
Tapi sampai sudah abang x masak pun..
Lastly mak aku guna untuk masak buttwr chicken
&... Ternyata memang  superb & warna dia syantiks & sexy
Lagipun super ring cheeese tu memang sedap giler..
Aku kalau dapat keropok super ring boleh happy macam mami jarum dapat gelang emas oooo
Tambah lak kalau mak aku buat Butter Chicken letak super ring cheese
Memang ulang makan la selagi x habis
Kakak keluar makan kat luar ngam kak Nisah tapi siap pesan jangan habiskan butter chicken tu..
Nanti balik kakak kata nak makan



BUTTER CHICKEN + SUPER RING CHEESE
Bahan ayam:
2 keping dada ayam( dada dari seekor ayam)
4 sudu tepung ubi + sikit garam * serbuk kunyit
(boleh gantikan dengan tepung pedas jer) 
1 cawan minyak untuk goreng

Bahan Sos:
1/4 blok butter
1  tin susu cair
2 sudu  serbuk cheese super ring
10  cili padi
1kiub ayam

Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawang putih
3 pelepah daun kari
10 cili padi cincang

1. Bersihkan dada ayam dan potong jalur anggaran selebar 1 cm
2. Gaul semua isi ayam bersama secukupnya tepung ubi+ sikit garam + sikit serbuk kunyit
3. Panaskan minyak dan goreng isi ayam bertepung tadi hingga garing.toskan
4. Buang semua minyak goreng dan masukkan butter dalam kuali
5. Terus masukkan bahan tumis.Kena cepat tumis kerana buttermudah hangus
6. Bila bahan tumis layu,masukkan susu cair( sebab nak kuah lebih,tambah 1/2 cawan air panas )
7. Masukkan pula ayam goreng garing tadi dan gaul rata
8. Tambah kuib ayam dan cheese super ring untuk dapatkan warna yang cantik dan lebih lemak
9. Sesuaikan rasa dan terus matikan api

Tengok pic ni pun boleh meleleh air liur tau
Terasa2 jerk lemak cheese tu kat lidah
Mmmmm....


Butter Chicken ni lauk yang sombong skit tau..
Kalau makan butter chicken ni
Takleh gang ngan lauk lain..
Nanti rasa dia lari
Lari ke mana...?
Hahahaha

4 comments:

  1. Nyummm memang terasa di lidah sekarang 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. Kena masak tu.. Nanti leleh air liur..

      Delete
  2. Kecur air liur kita wak.

    .😂😂😂.....😛😛

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Biar cheese leleh
      Jangan air liur yang meleleh
      😁

      Delete