Saturday, 8 February 2020

NASI LEMAK BUNGKUS BEKAL JUMAAT


Nasi Lemak Bungkis  Daun Pisang
Bekal & semalam
Hari Jumaat...


 Mak aku kalau masak nasi lemak memang siap bungkus dengan daun pisang
Seibgat aku memang kalau masak nasi lemak mak aku akan bungkus dengan daun pisang
Kalau tengok oldpost pun memang bersepah jer post pasal nasi lemak bubgkus daun pisang
Cum yang hari ni fah x guna surat khabar lagi
Tapi mak aku dah gantikan ngan kertas minyak yang memang khas bungkus maknan tu..
Sejak abang masuk akademi tu memang selalunya bekal abang bungkus kertas minyak ni & guna bekas makanan yang transparent tu
Sebab mak aku cakap senang nanti lepas makan abang boleh terus buang
Xdelah nak isi bekas makanan dalam beg bagai..
Kang habis buku nota kena minyak kang ngalahkan murid sekolah tadika plak


NASI LEMAK... 
5 cawan  beras
6 cawan santan segar + air
(2 cawan santan pekat +4 cawan air)
2 helai pandan
5 hiris halia- racik jejari
2 sudu teh garam
1 sudu besar gula pasir

1. Basuh beras & masukkan dalam rice cooker
2. Masukkan santan, garam, gula, halia & pandan.
3. Tanak hingga mendidih & bila mula. Kering kacaukan supaya santan merata & tidak terkumpul dibahagian atas nasi sahaja
(telur boleh terus dikukus  atas  nasi.
Basuh bersih telur & masukkan dalam lapisan kukus & kukus atas nasi yang sedang dimasak. Nasi masak telur pun masak)

Nasi Lemak harum mewangi dipagi haru
Buka pintu bilik jew..
Aummmmm bau yang sungguh haru
Rasa nak makan terus jer pepagi buta tu
Mak aku tengah bukakan cover rice cooker sebab nak kasi nasi tu sejuk sikit sebelum bungkus

Telur Rebus.
Mak aku cakap telur ayam sekarang kuningnya pucat & putihnya x pekat macam dolu2
Telur ayam sekarang ngan dulu2 lain ke???

SAMBAL IKAN BILIS
2 cawan ikan bilis
1 asam keping
2 sudu teh garam
2 sudu besar gula melaka
1/2 cawan minyak

Bahan Blend:
30 cili kering - rebus
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Goreng ikan bilis hingga garing & terus tuangkan bahan blend kedalam gorengan ikan bilis.
(Cara ini sambal lebih sedap kerana ikan bilis mendidih lama & mengeluarkan rasa dalam sambal)
2. Masukkan asam keping, garam, gula melaka & biar mendidih & naik minyak.
3. Setelah naik minyak tambah 1 cawan air( sebaiknya air mendidih supaya sambal terus mendidih
4. Biar naik minyak sekali lagi & sesuaikam rasa


CARA BUNGKUS NASI LEMAK BOLEH RUJUK SINI...

Abang bawa 3 bungkus
Kakak bawa 2 bungkus
Mak aku bawa 3 bungkus
Mak aku pesan makan 1 jer
Yang lain kongsi


Cam biasa update dari mak aku
Masa mak aku update aku dah makan sebungkus..
Ada lagi 2 bungkus
Stok aku untuk lunch
Heeee
Tapi tengahari pun aku makan 1 jer


Pukul 12 lebih
Nampak kat whatsApp status kakak
Upload tengah makan bekal nasi lemak bungkus juga....
Semua pun cakap nasi lemak hari ni sedap

4 comments:

  1. Terbaiklah Mak Cella.

    Aunty klu masak nasi lemak, kadang2 jer rajin bgkus daun pisang, heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang..
      Jarang- jarang..
      Tingat citer Nujum Pak Belalang P. Ramlee.. Kita suka film2 P. Ramlee..
      Best

      Delete
  2. Guna gula Melaka untuk sambal yer. Menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Mak kiter cakap sebab gula melaka lagi sedap & manisnya tak tajam.. Hahaha ingat pisau ke tajam tak tajam..
      Sis mesti banyak stok gula melaka kan sebab orang melaka🤭🤭🤭

      Delete