Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Friday 7 February 2020
AYAM GORENG KUNYIT SEDAP
Ayam Goreng Kunyit Sedap
Mak aku masak pagi Rabu
Untuk bekal & juga untuk aku
Bekal abang
Bekal mak aku
Bekal kakak
Semua bawa bekal heavy
Bekal nasi vs Ayam Kunyit
Abang la paling suka
Sebab ada ayam xde tulang
Senang nak makan
Dalam bekas bulat besar ni untuk aku
AYAM GORENG KUNYIT.. mak aku
2 keping besar dada ayam ( dari seekor ayam)
1 cawan tepung pedas
1 sudu serbuk kunyit
Minyak
1 cekak kacang panjang/buncis-hiris
1 batang lobak merah-hiris jejari nipis
2 cili merah - hiris nipis
1 bawang holland
1 sudu teh garam
1. Dada ayam dihiris jejalur nipis & gaul bersama tepung pedas & goreng dalam minyak banyak hingga garing rangup & toskan
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu & tumis bawang besar & cili merah hiris
3. Masukkan serbuk kunyit & kacang panjang/buncis hiris & carrot hiris
4. Tambah garam & ayam yang sudah digoreng.
JANGAN MASUKKAN AIR
5. Kacau hingga sayur sedikit layu
6. Sesuaikan rasa
##Pesan mak aku:
Jangan dimasukkan air supaya lebih sedap & tahan lama tidak basi untuk bekal. Sayur sudah cukup melembabkan
Seperti biasa...
Mak aku akan update bila makan bekal
Baru pukul 9 mak aku dah update makan bekal.
Mak aku cakap makan awal sebab nak makan ubat..
Assalam dik cella. Mak tak sihat ke? Dik cella kena take over masak macam ni..hihihi..
ReplyDeleteSemoga kesihatan maknye semakin baik ye..
Waalaikumussalam..
DeleteMak kita dah ok dah
Hari tu jer 2 hari x sihat Selasa & Rabu tu..
Kiter nak jer masak tapi mak dah masak.. Hehehehe
Mak kiter tu kadang ada kerisauan melampau walaupun mende2 yang x sepatutnya risau..
Mmm... Anyway tq doakan mak kkter. 🌹🌹🌹