Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Wednesday, 1 January 2020
SELAMAT TAHUN BAHARU 2020
Selamat Tahun Baharu 2020
Semoga membawa seribu keberkatan untuk kita semua
Yang pasti bagi aku menyambut tahun 2020 pastinya agak ganjil
Tahun 2020 pastinya tidak seperti tahun-tahun yang lalu
Selama 13 tahun menanti tahun baharu dengan semangat baharu kerana 13 tahun yang lalu mula melangkah ke Tadika
2 tahun di tadika menjadi teruja untuk melangkah ke sekolah rendah
Mengulangi rutin yang sama selama 6 tahun di sekolah rendah hingga 2014
Tahun baharu 2015 melangkah bergaya ke sekolah menengah & meneruskan rutin yang sama selama 5 tahun lagi.. Sehingga 2019
Namun permulaan 2020 aku jadi keliru seketika
Kerana untuk kali pertamanya aku boleh lupa tarikh tahun baharu...
Bila 2 hari lepas abang beria2 ajak aku plan ke Putrajaya malam esoknya untuk tengok bunga api aku jadi peliks..
Kata abang malam tahun baharu
Subhanallah...
Subhanallah.... 2019 sudah tiba hari terakhir.
Sudahnya aku x ke mana-mana.
Abang ajak gi Putrajaya pun aku xnak
Langsung x de semangat
Langsung x teruja dengan kedatangan tahun 2020
Cukuplah tepat 12 malam melihat bunga api dari tingkap rumah aku jer
Lepas tengok bunga api nak sambung tidur..
Sengaja memilih untuk tidak tidur awal malam kerana aku bimbang menjadi tidur paling lama dafi 2019 hingga 2020🤣🤣🤣
Maka aku memilih tidur selepas 12 malam supaya tarikh sudah berubah 😄
SELAMAT TINGGAL 2019😭
SELAMAT DATANG 2020
Kita tidur kul 11mlm
ReplyDeleteOk je...
Tidur setahun la tew... 😄
Delete31 Dic till 1 January🤭
Tak lapan jam je
Delete