Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday, 5 January 2020
KUIH KASWI PANDAN HARUM MEWANGI
Kaswi Pandan Harum Mewangi
Nama menu minum petang semalam hari Sabtu 4Januari 2020
Memang kena nama dia macam tu
Sebab memang 1 rumah bau harum wangi daun pandan
Kuihnya pun tenang jer
Warna hijau + putih
Mak aku cakap dah beberapa hari nak buat kuih ni tapi xde pandan
Oooo.. Pautlah nampak ada 1 ikat pandan kat dapur
Rupanya mak aku nak masak ni
KUIH KASWI PANDAN HARUM WANGI
(Loyang Kecil 6")
1cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air pandan
(5 helai pandan blend dgn 2 cawan air & tapis)
1/4 sudu pewarna hijau(untuk lebih cantik)
1/2 cawan air kapur
(1/4 sudu teh kapur makan + 1/2 cawan air & biar mendap & ambil air jernih sahaja)
Bahan Gaul
2 cawan kelapa putih + 1/2 sudu teh garam
1. Panaskan kukusan hingga mendidih
2. Sementara menunggu air mendidih, bancuh @ blend tepung gandum + tepung ubi + gula + air pandan hingga berkrim
3. Tuang dalam bekas lain & campur air kapur & kacau rata.
(JANGAN blend bersama air kapur kerana akan banyak buih)
4. Sapu loyang dengan sikit minyak d rtuangkan adunan kedalam loyang. (jika perlu tapis)
5.Kukus selama 1/2 jam
6. Biar sejuk & potong & gaul dengan kelapa putih bergaram
TIPS dari mak aku:
1. Jangan blend bersama air kapur kerana adunan akan berbuih. Campur air kapur selepas blend
2. Jika untuk majlis kenduri/pot luck kelapa bergaram perlu dikukus 10 minit & biar sejuk sebelum gaul kuih supaya kelapa lebih tahan lama x mudah basi.
3.Jika untuk makan segera tidak perlu kukis kelapa kerana kelapa segar tanpa kukus lebih sedap
*** jika loyang besar.. Gandakan sukatan
Adunan batter yang dah siap blend & sedia untuk dikukus.. Ni mak aku kukus dalam rice cooker jer.. Biasalah kan kat rumah ni rice cooker dah jadi multi cooker😀
Naper kedut...?
Mak aku kata sebab x lap penutup masa kukus... Kalau nak top dia cantik, setiap 10 minit lap penutup supaya wap tidak menitis atas permukaan kuih.
Kuih dah siap kukus d perlu biar sejuk
**Kuih yang suam2 pun sudah boleh dipotong kerana kuih ini sangat stabil
Kelapa + garam
Potong kuih bentuk diamon @ segi tiga
Gaul kelapa bergaram
Siap untuk minum petang
Mak aku cakap untuk resipi ni cukup untuk keluarga 5-7 orang(kalau x kuat makan la🤭)
2 piring ni untuk we all minum petang..
Ada baki lagi 1/4 mak aku suruh abang bawa bagi kawan. Abang cakap nak gi jumpa kawan kat asrama di Puchong
Sedap la kuih ni
Harum betul bau dia
Makan berketul-ketul
Sambil minum teh O panas
Rasanya mak aku dah pernah beberapa kali buat kuih ni
Jap nak cari dalam old post..
Ok dah jumpa KAT SINI....
Tapi pic kat situ kuih ni versi dalam cawan lompang
Sedapnyaaaa...nak buat x pandai ...ntah bila la sis nak belajar buat ni..geram tgok tu ha...
ReplyDeleteTengok mak kiter buat macam senang jer. Blend & kukus. Masa kukus siap mak kiter boleh gi mandi, bagai 😀...
DeleteTapi kiter tengok jer.. Tak masuk campur pun masak kuih ni🤣🤣
pergh hijau menggoda nyaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDelete😍😍😍Hijau baq ang..
Delete🤣🤣🤣