Kali pertama dah tulis 12 Disember
Hari yang sama post ni terdelete
Hadoiiii..... Mencabar kesabaran
Dah la line internet macam siput khinzir
Misi hari ke-2 @ Cameron Higland ialah memburu Nasi Lemak Sambal Strawberry
Actually itirenary by Achik & Pakcik
We all follow jer
Coz Achik & Pakcik yang selalu datang Cameron..
Achik every year datang
Pakcik dengan gang bikers nya pun selalu datang
Aku..?
Haaa... Rasanya dah lebih lebih 5 tahun x datang
Hahahha.. Lama kan...
Tempat ni namanya Kampung Sedia
Info by Achik.. Ni satu-satunya kampung Melayu @ Cameron Higland
So....jom support
Sambil ziarah saudara sebangsa seagama
Sambil support BMF
Sebenarnya ni kali ke-2 datang kat cafe ni
200 Seeds Cafe (Abang Strawberry)
1st time datang xde parking.. Penuh sesak
Pakcik patah balik Tanah Rata
Pastu datang lagi sebab Achik nak sangat makan nasi lemak strawberry ni
Haaa... Sib baik Achik nak
Kalau tak... Tak merasa kitorang
Tengok depan cafe ni macam sempit jer
Rupanya kat belakang lagi luas.. Lagi best
Tepi kebun strawberry lagi
Antara menu yang ada serta harganya
Haikal... Aqil... Achik... Pakcik & aku order Nasi Lemak Sambal Strawberry
Nenek pilih Lontong
Aqil pilih Strawberry Cordial
Mak aku order Cheese Scone..
(tapi dah kawtim ngan mak aku nak share)
Hahahaha
Nenek dengan sweter baru beli malam tadi kat Pasar Malam Tanah Rata
Tunggu order sampai
Lepas dah tick order kat foam tu
Bayar dulu tau kat kaunter
Pastu baru tunggu
Kejap jer
Service bagus la
Ni la Nasi Lemak Sambal Strawberry
Nasi dia warna light pink
Ada separuh strawberry
Nasi dia rasa nasi lemak la
Xde la rasa strawberry
Sambal Strawberry tu
Tu ha yang tepi timun tu
Sambal dia versi Sambal crispy la ada letak strawberry kot dalam sambal tu..
Sambal biasa pun letak juga yang keliling nasi tu..
Haaa... Yang sos sambal tu x tau la letak strawberry juga ke tak
Semua pilih Nasi Lemak Sambal Strawberry Ayam Goreng
Nenek nyer Lontong..
Tak tau la sambal lontong tu ada strawberry ke tak
Sebab x tanya lak kat nenek
Kakak order Mee Kari
Haa.. Dah nak habis baru snap
Cheese Scone with strawberry jam & cream
Haaa... Yang ni memang yummy
Walaupun mak aku selalu buat scone tapi yang ni rasa dia lagi lemak berkrim
Mak aku cakap maybe dorang vuna pure butter sebab harum & lemak
Mak aku selalu guna Buttercup brand jerk
Haaaaa... Mak aku dah janji nanti mak aku nak try & error untuk dapatkan rasa original scone macam kat sini..
Sampai sekarang masih terasa kat lidah
Sedap baq hang
Setiap gigitan adalah sedap
Tak nyesal order ni
Tepi cafe tu kebun strawberry
Cantik dan bersih
Cuma musim cuti sekolah ni buah dia dah x banyak sebab sentiasa dipetik
Masuk percuma
Petik buah jer bayar ikut berat buah tu
Prefer kalau nak tempat yang x serabut nak petik buah strawberry
Aqul memang nak sangat plucking strawberry ni
Tapi sebab buah dah x banyak Achuk cakap kita cari strawberry farm yang lain
(update - otw nak balik singgah 1 Chinese strawberry farm ni... syyy saja nak bgtau.. farm tu kat Tringkap sebelah bee museum tu...
Omak ai..banyak songeh.. Dah la kerek.. Demand kalau nak petik wajib petik 1kg & over..
Dah la mahal nak meninggal...
Buah plak kecil-kecil macam buah tomato cherry jerk..
(ni pengalaman we all... Tak tau kot dengan orang lain.. Lain plak term & condition)
So.... better BMF.... Baik petik kat Abang Strawberry ni
Haaaa.. Tempat cantik
Selesa
Bersih
Terjamin halal
Sebelah tempat makan & sebelah kebun strwberry tu ada jual macam-macam produc strawberry
Ingat tu.... BMF
Sini product Muslim
Support BMF
Kordial Strawberry ada
Jem..
Semua Abang Strawberry brand
Coklat ada
Boleh pilih
Harga sangat berpatutan
Tengok pun dah tau sedap
Hahaha... Coz i like tiramisu
Sambal Strawberry
Haaa.... boleh beli balik rumah buat nasi lemak sambal strawberry sendiri
Jem..
Aku beli 2 botol sebab nanti nak minta mak aku buat scone
Sistur just beli beli coklat.. jem...
Tu jer..
Heeee
Duit baki kena bagi balik kat mak aku
Kikikiki
Kan dah cakap all about strawberry
Depan kios tu dah kebun strawberry pun
All in one ada kat sini..
Makanan iconik..
Farm
Product
Tapi cam biasa la lembaga penapis filem akan crop
Hahahaha... Pic yang ada mak aku semua xlepas filter
Hanya lepas baju jer separuh
Hahahaha..
Fresh strawberry pun ada jual
Yang ni dah siap pack la
Saiz besar2...
Maybe dari ladang dorang kat tempat lain kot.. (maybe) sebab aku x tanya pun
Kalau teangok kat farm tepi cafe tu buah dia saiz kecik skit
Strawberry siap dengan sos coklat
Nak campur sesiap boleh
Nak strawberry d coklat asing pun bolley
Kak... Stoberi Cokelat satu kak..!
Buah dia besar-besar...
Saiz nugget.. hahaha
Sebab 1 cucuk tu ada 3
Macam size nugget la kan
3 cucuk ni rm10 + chocolate sauce
Memang x muat molot.
Kena gigit 3x setiap sebiji
Depan tu ada jual Keledek Manis
Yang fresh ada
Yang dah siap kukus pun ada
Jagung pun ada
Nenek ngan Achik beli keledek
1kg rm6
Kebun Kobis ni tepi Surau Kampung Sedia
Mak aku prking kereta kat situ..
Percuma... xde sesapa tunggu pun parking ni..
Tapi memang boleh parking selagi ada kosong
Tapi dah nama pun surau kan..
Pepandai la jolok skit dalam tabung surau tu..
Tabung tu ada tepi surau.. Xde sesapa jaga pun.
Nak jalan gi Cafe Abang Strawberry pun dalam 50 meter jer..
Takyah la nak berasak masuk juga ngam kereta sebB kat hujung cafe tu jalan mati
Nanti nk u-tern susah
Dah....
Dah kenyang kan...
Jom.. Achik ajak gi MARDI plak
No comments:
Post a Comment