Tuesday 10 September 2019

KEK MARJERIN MERAH HIJAU MACAM DOLU-DOLU


Kek Marjerin Merah Hijau
Macam Dolu-dolu
Itu nama kek ni dalam sijil kelahirannya
Hahahahaa...
Mak aku yang cakap


Kek Marjerin Merah Hijau
Aku masak ngan mak aku semalam
Aku yang mix semua
Tapi part nak letak pewarna & nak lorek2 marble tu mak aku yang buat
Aku yang ajak mak aku masak keke
Sempena Hari Keputraan YDPA
Hahaha.... tapi bukan la hantar kat Agung
Takkan baginda nak pandang kek cikai murahan macam ni kan
So... Ni kek sempena Keputraan tuanku
Tapi patik makan sendiri la
Sebab xkan nak hantar kat tunku berdua kan..
Hahahaha


Asalnya aku nak buat butter cake
Sebab aku hanya suka plain Butter Cake sebab rasa pure & ori
Kalau makan rasa puas hati
Nak2 kalau
Tapi mak aku kata tingin nak makan Kek Planta
Kata mak aku dulu2 semua marjerin dipanggil PLANTA
Kata mak aku sebabnya dulu2 xbanyak brand macam sekarang
Planta antara brand yang terkenal
So, semua marjerin dipanggil Planta
Hmmm....boleh lak camtu


Kata mak aku..
Inilah kek lagend dolu2
Mak aku cakap masa mak aku kanak-kanak ini lah kek yang selalu dibidangkan waktu raya
Warnanya mak aku kata memang hanya merah hijau dan kuning ni
Mak aku cakap kat mana-mana pun warnanya sepesen jer
Naper xde warna lain?
Mmmmm.mak aku cakap orang dulu2 terlalu setia dan patuh
Apa sahaja yang diajar tidak akan diubahsuai..
Mmm... Susah juga kalau terlalu patuh kan...




KEK MARJERIN MERAH HIJAU
1cawan (penuh membukit) Marjerin Pelangi
1 cawan rata gula castor
5 biji telur (gred B)
2 cawan rata tepung naik sendiri( Ayak)
2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna merah + 1/2 sudu teh pewarna pink ( supaya warna cantik)
1 sudu pewarna hijau apple

1. Mix marjerin + gula hingga putih dan ringan
2. Masukkan telur sebiji dan mix lagi hingga sebati baru dimasukkan sebiji lagi.Ulang proses yang sama hingga habis telur
3. Masukkan esen vanila
4. Matikan mixer dan masukkan 1/2 cawan tepung dan gaul perlahan dengan spatula.Tambah lagi 1/4 dan ulang hingga habis tepung
5. Sapu marjerin pada loyang pembakar
6. Bahagi adunan kepada 4 bahagian.
    1 bahagian diwarnakan merah + pink
    1 bahagian diwarnakn hijau
    2 bahagian dibiarkan plain
    *** plain kena lebih sebab nanti adunan mencair masa dibakar warna plan akan banyak diserap adunan bewarna. Kalau warna plain sikit @ sama. Banyak nanti bila dibakar warna plain akan hilang terserap warna.
7. Cedok 2 sudu plain dan longgokkan dalam loyang
8. Cedok pula 1 sudu adunan hijau dan longgok atas adunan plain tadi.
9. Cedok 1 sudu adunan merah longgol pula atas adunan hijau.
10.Ulang selang selikan plain, hijau dan merah hingga habis. (adunan memang nampak tidak rata dalam loyang tetapi bila dibakar nanti akan rata
11. Gunakan chopsticl atau batang sudu dan buat corak selerak  supaya marblenya merata
*** boleh juga guna teknik marble macam MARBLE CAKE... kat sini.. 
 12. Panaskan oven terlebih dahulu 180 selama 10 minit dan bake selama 45 minit hingga 1 jam.
13. Selepas 45 minit, cucuk lidi ditengah cake dan jika lidi yang dikeluarkam bersih menandakan cake sudah masak.
Jika masih ada kesan melekit, tambahkan 10 minit lagi masa membakar
14. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dari loyang

Ni mak aku yang lorekkan corak marble ni
Warna merah tu nampak pink jer
Tapi bila dah masak nampak merah cantik

Warna kek tu sama lak ngan warna bunga anggerik kat ruang tamu rumah aku ni
Haaaa... Anggerik tu Orkid la



Tengah tunggu oven dipanaskan dulu 10 minit sebelum masukkan kek

Haaaa... Don't Judge Book By The Cover


Biar sejuk dulu baru telangkupkan


Biar sejuk dulu baru belah dan potong


Dah belahhhh
Nampak dah  colourfull


Belah 4 supaya senang nak slice

Slice


Siap

9 comments:

  1. Lain kali buat kek hantarlah pada aunty, aunty pandang, hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malu nk hantaz coz cake besher2 jerk... Aunty dah biasa makan rich cake.. Hehehe

      Delete
  2. nice cantik nye hasil dia.. mesti sedap sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee.. Sedap tapi kiter lagi suka butter cake.. Heeee

      Delete
  3. Replies
    1. Mak kiter cakap boleh jer..
      Cuma tidak tahan lama seperti dibakar. Lupa lak nak tanya tahan berapa hari

      Delete