Umbut Kelapa Masak Kari Dengan Daging
Beef Curry With Palm Shoot..
Palm Shoot ke Coconut Shoot..
Ke ...Spring Coconut..?
Haaaaa...senang cakap Umbut Kelapa la
Lauk untuk lunch hari Sabtu
Kari Daging + Umbut Kelapa
Mak aku cakap ni versi Kari Daging Kerisik
Dicampur Umbut Kelapa .
Kari Daging Dengan Umbut Kelapa..
Pernah makan Umbut Kelapa..?
Haaa...Kalau Kari Daging dengan Umbut Pisang memabg dah biasa kat Kedah..
Kenduri jer mesti ada Kari Daging Umbut Pisang
Selalu orang sebut batang pisang
Tapi mak aku cakap batang pisang tu keras & selalunya dijadikan makanan vavi
Tapi yang orang masak kari tu ialah umbut pisang
Umbut Pisang mean isi dalam batang pisanv
Batang Pisang tu lak..
Mak aku kata kena pokok pisang muda yang belum berbuah
Kalau pokok pisang yang dah berbuah dah xde umbut..
Mmmm....baru aku tahu...
Rupanya kena ada knowladge juga nak amik umbut..
Kari Umbut Kelapa ni mak aku cakap antara makanan exotic juga sebab bhkan selalu dapat makan umbut kelapa
Kenapa...?
Mak aku cakap sebab umbut kelapa hanya dilerolehi dengan menevang pokok kelapa..
Biasanya pokok kelapa yang dah tua akan ditebang dan umbutnya diambil
Kalau pokok yang masih muda biasanya tidak ditebang la sebab orang tanam pokok kelapa nakkan buah kelapa..
Bukan ditanam untuk makan umbut
Sebab tu umbut kelapa jarang dijual
Habis ni ...mana mak aku dapat umbut kelapa...?
Mak aku cakap ada kawan bagi umbut kelapa ni
Ni bahagian atas pokok kelapa
Masih dilindungi pelepah2 kelapa yang keras
Kena kopek selapis demi selapis untuk daoatkan bahafian umbut yang putih dan lembut
Ni mak aku cakap dalam proses kupas pelepah yanv keras tu
Selepas dikopek beberapa lapisan yang keras tu
Barulah dapat bahagian dalamnya yang putih dan lembut..
Inilah yang dinamakan umbut
Actually umbut kelapa ni mak aku cakap ialah pelepah dan daun kelapa yang masih muda dan masih belum keluar menjadi pucuk
Pelepah dan pucuk kelapa tu masih lembut dan dilindungi didalamnya
Waaa...betul laaaa....
Ada rupa daun kelapa..
Masih putih dan lidinya juga masih putih dan lembut .
Rasa dia..?
Mmm....mak aku cakap rasa lemak2
Tapi aku xnak cuba pun
Mak aku suruh gigit sikit pun aku xnak
Heee..
Biarlah mak aku sorang makan...
Heee...nanti kalau aku dah tua ...
Mm...x tahu lah kot aku suka..!
Pelepah dan pucuk dalamnya yang masih lembut a.k.a umbut kelapa sedang dipotong oleh mak aku..
Kata mak aku rasa umbut masak.kati ni seakan rasa rebung masak kari..
Mmm....ok...
Rebung memang bukan taste aku...
Heeee.
Kakak ngan abang pun just makan daging jer
Umbut tu hanya mak aku yang makan..
Heee
KARI DAGING UMBUT KELAPA
1/2 kg daging lembu- basuh dan poitong kiub
2 mangkuk umbut siap potong
3 sudu rempah kari
1 sudu kerisik
1/2 kotak santan
garam
3 sudu minyak
2 ulas bawang merah
2 ulas vawang putih
2 hiria halia
1. Gaul daging dengan rwmpah kari sikit air dan kerisik
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang sudah dihiris
3. Masukkan daging bergaul rempah dan kerisik dan masak hingga naik minyak
4. Tambah umbut dan 4 cawan air
5. Masak hingga daging dan umbut empuk.Jika perlu tambah lagi air untuk empukkan daging.
6. Masukkan santan dan garam dan masak dengan api perlahan supaya kuah naik minyak
7. Sesuaikan rasa
Mak aku siap makan ngan capati lagi
Sedapnya umbut kelapa.. lama tak makan.
ReplyDeleteHeeee...mak kitet pun cakap sedap
DeleteTapi kiter velum rasa nak cuba...
Sebab mak kiter kata rasa dia macam rebung..
mesti sedapppp
ReplyDeleteheeee...yang ni kiter x gang..!
Delete