Haaa....cili blend yang dalam plastik tu untuk masak Sambal Sotong ni
Dah seminggu kakak balik sebab tengah final axam
Sebab gap seminggu ..kakak balik
Dah banyak kali kaka request nak makan Sambal Sotong Kembang tapi lum dapat
Hari ni mak aku masak Sambal Sotong Untuk Kakak
Tapi versi sotonv x kembang
Sotong Kuncup jer..
Hahaha
Pic by mak aku memang standard la
Gelap gelita ...walhal sambal tu merah
Kalau pic gelap...blur...
Haaa....tu standard mak aku la tu..
Kakak la paling suka mak aku masak Sambal Sotong..
Beria2 kakak nak tolong masak..
Tolong kacau dalam kuali jerk..
Bukan tolong belnd cili ..
Hahahaha
Aku suka Sambal Sotong Versi Sekor- sekor ni
Baru feel nak.makan
Aku x suka kalau sotong tu dah dipotong
Hilang rupa sotong
SAMBAL SOTONG + KENTANG
1/2 kg sotong
2 ubi kentang
1 asam keping
1 sudu teh garam
5 cili padi patah2kan- jika nak extra pedas
1 sudu makan brown sugar/ gula melaka
1/2 cawan minyak
Bahan Blend
20 cili keting
1/2 bawang besar
3 bawang putih
1. Bersihkan sotong .Kupas kentang dan potong wedges
2. Panaskan sikit minyak dan masukkan sotong biar keluar air sotong dan sotong 1/2 masak.Angkat
3. Goreng kentang dan angkat
4. Dalam minyam sama tumis bahan blend.
5. Masukkan asam,garam san biar naik.minyak
6. Masukkan air sotong tadi dan masak lagi hingga naik minyak sekali.lagi
7. Masukkan kentang,sotong 1/2 masak dan gula melaka
8. Sesuailan raaa dan masukkan cili padi yang dupatahkan
Sotong ni beli hari Jumaat
Mak aku yang pilih sebab masa mak aku pilih sotong aku gi beratur nak timbang sayur
Kata mak aku sekarang ni musjm sotong bertelur.
Ssmua sotong gumuks2 sebab ada telur
Tengok kat lable tu 750 gm..
Tapi 5 ekor mak aku dah amik buat goreng Kuew Teow...
Sotong dah suap goreng 1/2 masak..
Masa goreng banyak jus dia
Mak aku jus tu jangan buang.
Nanti masuk dalm kuah
Kentang goreng
Kena letak kentang sebab abang x makan sotong
So..nanti abang akan makan kentang tu..
Hahaha...rugi la x makan sotong
Bahan blend
Actually mak aku buat banyak sesiap untuk stok seminggu
Tumis anggaran 1 cawan bahan blend hingga naik.minyak..Tambah asam dan garam
Bila cili dah naik.mingak tambah air sotong tafi dan masak lagi hingga naiki minyak sekali lagi
Tugas mengacau tu kakak tengah buat..
Haa..seronok tul kakak bila mak aku masak Sambal Sotong tu..
Siap tolong masak..
Siap leh dengar excited kakak tanya tips nak bagi sambal naik minyak...
Masuk sotong dan kentang.Juga gula melaka
Jika suka sotong empuk dan berjus mak aku kata masak sekejap sahaja sebab sotong sudah 1/2 masak
Mak aku cakap kalau kat kedai makan memang dimasak sekejap sahaja sekadar memasakkan sotong supaya sotong kekal berjus dan saiz sotong masih nampak besar.
Kalau tengok cooking chanel pun mostly cheff akan pesan masak seafood hanya sekejap sahaja
supaya tidak liat..
Tapi kami semua lebih feel sotong yang dimasak lama2 sampai sotong tu keras.
Haaa.....sebab yang nak.makan ni kami semua..
So...ignore jer semua pesanan pro cheff tu..
Ikut selera sendiri..
Tapi kalau masuk pertandingan masak...
sila imut pesanan cheff...Masak sekejap sahaja tau..!!
Mak aku pernah masak macam sugestion tu tapi sudahnya kena masukkan dalam kuali semula dan masak sampai sotong jadi keras..
Sebabnya kami dah biasa makan sotong keras..
Sampai sotong kecut jadi kecik..
Daripada besar ibu jari kaki dah jadi besar jari telunjuk..
Haaaa...baru feel nak gigit
Bila gigit nampak jalur2 macam fibre sotong kering tu baru best...
Ok...bye
sedapnya.........
ReplyDeleteHee...sedap sebab semua sotong ada telur..
DeleteSelamag tahjn baru 2019...wah seronoknya sis bercuti...
Anyway TQ selalu singgah blog kitet