Sunday, 13 January 2019

KUIH LOPES SEGI TIGA

Kuih Lopes Segi Tiga
Selalu kalau beli Kuih Lopes Bulat
Ni homemade Lopes bentuknya segitiga


Kuih Lopes by mak aku
Semalam nyer kuih untuk minum petang
Mak aku kata Kuih Lopes ni salah satu Kuih Tradisional yang masih releven hingga sekarang..
Cuma sekarang kuihnya banyak shortcut
Haaa....semalam nyer tulis obout Badak Berendam pun mak aku cakap shortcut
Dari kuih kukus dah shortcut jadi rebus
Ni Kuih Lopea apa plak shortcut nyer...?



Mak aku kata kalau ori kuih lopes  guna beras pulut yang dicampur dengan  air alkali dan dibungkus daun pisang atau daun buluh bentuk segitiga dan direbus lama macam ketupat
Kata mak aku rupa dan rasanya hanpir sama macam Ketupat Daun Buluh..
Tapi ada juga yang bungkus dalam daun pisang bentuk selinder besar dan panjang dan direbus macam ketupat..
Bentuknya mak aku kata macam lontong daun pisang..
Huh....macam complicated jer trdisional lopes...
Haaa...mak aku cakap.mungkin sebab tu ramai dah shortcutkan proses buat lopes..
Shortcut macamana..?
Mak aku keta kebanyak orang buat lopes dah x bungkus daun pisang..
Just tanak atau kukus pulut dan padatkan dalam loyang
Kemudian diterap bulat atau dipotong.
Kemudiaan digaul kelapa dan dimakan bersama air gula melaka yang pekat..
Mmm....aku suka kuih lopes..!
Tapi mak aku cakap mak akunkurang gemar yang dibeli sebab kurang kenyal..
Mak aku cakap mungkin orang yang buat jual ada alasan mereka..
Mungkin kalau dipadatkan hasil yang dapat menjadi kurang..
Atau mak akunkata mungkin juga lebih ramai orang yang membeli tu lebih suka kuih yang tidak padat seperti yang mak aku suka.!
So..takkan penjual tu nak ikut selera mak aku lak kan...??
Hahahaha....
So...naknikut tekak sendiri mak aku cakap kena la buat sendiri


Kata mak aku Kuih Lopes ni antara Kuih Tradisional yang nenek x pernah buat..
Hmmmm...napwr nenek x buat..?
Haaa....mak aku cakap sebab nenek x suka Kuih Lopes..
Hmmmm....aku percaya...
Sebab nenek..kalau dah x suka...
Pokok pisang tepi Kuih Lopes pun nenek x suka...!
Hahahaha....xde kaitan pun..!


Haaaa...ni Kuih Lopes mak aku..
Mak aku cakap guna teknik shortcut juga...
Tak  ori sebab x guna daun tapi .....asalkan kenyal dan padat..
Tapo sebab nak feel ori yang bentuk segitiga guna daun pisang tu..
Mak aku cakap potonglah bentuk segitiga..

KUIH LOPES SEGITIGA ...mak aku
2 cawan beras pulut
2½ cawan air pandan + sikit pewarna hijau
1 sudu teh garam
1 sudu besar air kapur
( ambil air jernih sahaja dari bancuhan kapur yang telah mendap..)

Bahan Gaul:
1 cawan kelapa putih + sedikit garam

Sirap:
1/2 cawan dark broen sugar
1/4 cawan gula
1 cawan air
1 helai pandan
** Semua bahan sirap dimasak hingga pekat dan sejukkan

1. Jerang air pandan + air kalur dan garam hingga menggelegak
2. Basuh beras pulut dan masukkan dalam air mendidih
3. Kacau rata dan biar beras mendidih sambil dikacau.
4. Bila hanpir kering,kecilkan api dan tutup periul biar beras tanak hingga naik wap dan masak
5. Katika masih panas masukkan pulut dalam loyang yang sudah disapu minyak
6. Tekan dan padatkan pulut dengan menutup permukaan pulut dengan plastik dan ditumbuk2 dengan alu lesung batu supaya pulut padat dan sebati.
7. Kemaskan permukaan phlut supaya licin dan biar sejuk sebelum dipotong.
8. Gaul dengan kelapa parutbyang dicampur sedikit garam dan  siramkan  sirap gula melaka pekat ketika hendak makan.


Sirap  gula melaka..
Tapi yang ni mak aku cakap guna dark brown sugar + gula pasir sebab nak warna lebih gelap


Ready to eat...

Pulut yang dah dipadatkan dan dibiar sejuk sebelum.potong...


Pulut a.k.a Kuih Lopes yang dipotong digaul dengan kelapa bergaram


Siram sirap gula melaka semasa hendak makan...
Pic quality dari aku & mak aku..
Haaa....jauh kan..
Mak aku memang main belasah jer snap
X nampak rupa kelapa bagai
Nampak hijau & putih tu dah kira pic la bagi mak aku..
Hahaha
Takde nak adjust2 dah
Tapi aku plak..x suka snap banyak2 macam mak aku
Serabut...
Tapi dah anak yang baik kan..
Follow jer lerr..
Hahahaha


Erm.....sedap...sedap...sedap...

4 comments:

  1. kuih yang sentiasa disukai ramai. adik sedara kepada jenifer lopes

    ReplyDelete
  2. Hahaha...agak2 Jenifer Lopez tu suka x kuih ni...

    ReplyDelete
  3. sure suke sambil kibas kibas skirt dia... nyanyi let's get loud..

    ReplyDelete