Friday, 25 January 2019

ASAM PEDAS SARDIN + TERUNG

Asam Pedas Sardin + Terung
Lauk untuk lunch abang semalam
Mak aku masak waktu pagi sama sarapan dan bekal
Semalam bawa bekal Roti Gulung Sosej
Mak aku bawa bekal Nasi Goreng Beras Perang
Tapi mak aku juga ada masak Asam Pedas Sardin ni untuk lunch abang sebab abang off
Tapi masa balik tengok abang x makan pun
Abang kata dah kenyang makan Nasi Goreng dan roti sosej pagi
So...lauk ni menjadi lauk untuk aku ngan mak aku makan  waktu petang..
Kira dinner la


Adam Pedas Sardin + Terung
Aku memang suka terung

ASAM PEDAS SARDIN + TERUNG
1 tin kecik sardin
1 biji terung panjang purple- belah dan kerat
2 tangkai daun kesum
1 sudu pes asam jawa +1cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
3 sudu minyak

Bahan Blend:
10 cili kering
2 bawang putih
1/2 bawang besar

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minnyak.
2. Masukkan terung dan 1 cawan air .Masak hingga mendidih dan terung lembut
3. Setelah terung lembut + sardin dan sosnya beserta garamdan gula
4. Masukkan 1 cawan air asam jawa ( 1 sudu teh pes as jawa + 1 cawan air)
5. Bila mendidih masukkan daun kesum perlahankan api supaya kuah naik minyak dan sesuaikan rasa.

** Pesan mak aku:
Terung boleh digoreng sebelum masukkan dalam kuah dan rasanya lebih sedap

**Jika guna terung mentah tidak digoreng masukkan air asam jawa selepas terung sudah empuk.


Selain Asam Pedas ..mak aku goreng ikan masin
Abang xnak makan sebab nak keluar


Tempe Goreng


Ulam Pucuk Betik Rebus
Peria Katak Rebus..heee..frog bittergourd
Carrot Rebus..
Carrot tu untuk aku
2 ulam pahit tu mak aku nyer


Mak aku cakap kalau ulam fresh yang mentaj swsuai cicah cabai tumbuk a.k.a  sambal belacan..
Tapi kalau ulam rebus sesuai cicah  cabai picit ni..
Kata mak aku cabai picit ni nenek selalu buat untuk makan ngan ulam yang direbus seperti pucuk ubi...dan ulam.lain yang direbus
Memang sesap gilos bai...
Habis licin  aku makan ngan mak aku..
Cicah ulam rebus memang ngam la..

CABAI PICIT
7 biji cili padi hijau
3 biji cili padi merah
1 sudu teh belacan
1/2 sudu teh garam
1/2 limau nipis
1/4 cawan air

1. Dalam mangkuk ...masukkan air,garam,belacan dan perahkan limau nipis
2. Patah2kan cili dalam camouran tersebut sambil cili tersebut dipicit2 dan ditekan2 hingga keluar biji cili..

** Pesan mak aku...
     Cili kena picit dengan jari.Kalau dihiris..rasanha berbeza

Jangan tanya aku naper.kena picit ngan tangan
Jangan tanya aku naper kalau hiris rasa dia berbeza..
Sebab aku x tahu jawapannya...
Hahaha.....


Semua lauk asam pedas..ikan masin..tempe..ulam rebus dan  cabai picit  itu tidak akan bermakna tanpa sepinggan nasi plain..
Hahahahaha.....


Selain Sardin biasa..
Aku minta mak aku amik sekali Cried Macarel ni...
Teringin nak rasa..
Mak aku cakap sambal dia manis  x sedap
Tapi aku nak juga rasa..
Tapi mak aku lum buka tin tu..
So..makan asam pedas saedin la dolu


Asm Pedas Saedin + Terung
Ok..bye

No comments:

Post a Comment