Friday, 23 November 2018

MASAK LEMAK CILI PADI AYAM CAMPUR KENTANG

Ayam Masak Lemak Cili Padi Campur Kentang...
Actually ni lauk Hari  Isnin..
Hari yang sama ngan Lauk Sambal Sotong Sekor2
Sebab abang x makan Sotong..
Mak aku masak Ayam untuk abang...


 Ayam Masak Lemak Cili Padi Campur Kentang
Mak aku masak dari pagi
Tapi malam balik kerja baru abang makan..


 Ayam Masak Lemak Cili Api Campur Kentang..
Memang sedap

 MASAK LEMAK CILI PADI AYAM  +KENTANG
1/4 ekor ayam
1 asam keping
2 biji kentang
1 kotak santan
( =1 cawan santan pekat)
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 batang serai-ketuk

BAHAN TUMBUK:
10 cili padi
1 ketul kecik kunyit @
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 bawang besar

1. Masukkan bahan tumbuk ,ayam,kentang,serai  dan air dalam periuk
2. Masukkan juga asam dan garam..Masak hingga mendidih danayam serta kentang empuk
3. Tambah asam dan santan pekat..
4. Masak dengan api perlahan beberap minit dan sesuaikan rasanya..

Untuk step by step boleh tengok
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR KENTANG kat sini...
Ok..bye

2 comments: