Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Wednesday, 7 November 2018
CARA MASAK BUBUR NASI PEKAT DAN CANTIK
I'm not feeling well...
Hee...boleh senyum dan masih boleh makan pun
Cuma rasa lemau macam biskut rendam dalam air sejuk..
Haaa...dahsat nyer lemau
Selera makan ada jer tapi x boleh nak makan sembarangan sebab batuk yang panjang sampai rasa penat..
Penat batuk macam berlari 100m
Kepala pening
Mata plak dah naik sembab asyik meleleh air mata..
Hidung tersumbat.
Untuk kakak bawa balik kolej mak aku dah masak nasi & Sambal Ikan Bilis + Kacang Tanah
Tapi memang aku x boleh makan la
Dah la kacang ..pedas la
Mak aku cakap kalau makan nanti berkokok la sepanjang hari.
Haaaa....berkokok tu mean batuk la...!
Mak aku masakkan Bubur Nasi
Balik dari hantar kakak mak aku masak bubur ni
Dah maghrib la baru aku dapat makan..
Sebab balik dari hantar kakak hujan lebat..
Jalan x jem sebab cuti Deepavali
Tapi sebab hujan lebat...
Slow la
Sampai rumah dah azan Asar.
Aku tidur sementara mak aku masak bubur
Maghrib mak aku kejut suruh makan Bubur Nasi ni panas2...
Supaya berpeluh dan hidung rasa selesa
Aku suka Bubur Nasi yang mak aku masak
Sebab creamy dan pekat
Aku x suka bubur nasi yang masih nampak biji nasi..
Pernah makan kat kedai...
Minta Bubur Nasi
Tak macam x bubur nasi
Tapi macam nasi biasa dituang kuah sup jer
Mmm....mak aku cakap ada jer orang suka macam tu..
Tapi aku suka yang creamy dan pekat..
Baru la namanya bubur...
Heee....
Mungkin sebab dah terbiasa bubur nasi versi mak aku yang pekat dan creamy
Mak aku cakap nenek memang x suka Bubur Nasi
Tapi aku ..sukaaaaa
Aku just c&p jer dari post sebelum ni
Sebab dah banyak kali dah pun post about bubur nasi
Tapi dah hari ni mak aku masak lagu bubur nasi.
Resepi sama tapi selalunya lauk lain2
Macam hari ni lauk lain..
CARA MASAK BUBUR NASI PEKAT
1/2 cawan beras(untuk hasil lagi cream-guna beras wangi)
2 cawan air
Air panas secukupnya( masak air 1 kettle)
1. Cuci beras dan masukkan 2 cawan air (jangan masuk air terlalu banyak sekali gus...tunggu nanti tambah air panas)
2. Masak seperti masak nasi biasa..
3. Bila air mula kering..Kacaukan nasi laju-laju supaya beras jadi kembang.
4. Tambah air panas agak- agak 2 cawan..dan biar mendidih
( Tutup periuk tetapi sendal tutup periuk dengan sudip kayu supaya sedikit terbuka agar tidak meruap)
5. Setiap kali air mula kering..kacau-kacaukan agak-agak seminit dua supaya nasi jadi hancur
(Pastikan button "cook" sebab kadang bila air kering button akan auto warm)
Setiap kali air mengering tambahkan dengan air panas yang baru mendidih supaya bubur kekal mendidih..
Jika ditambah air sejuk akan membantutkan bubur mendidih..kerana suhu akan turun mendadak sebab air sejuk.
Aku request nak Sup Ayam Sempoi2..
Mak aku tanya macamana Sup Ayam Sempoi2?
Mmmm.....aku nak Sup Ayam yang clear
Taknak la Sup yang ada rempah sup pekat2 tu
Sebab nak hirup kuah panas2
Semangkuk Bubur Pekat
Semangkuk Sup Panas
Teh O panas.
Air Suam2 Panas..
Haaaaa.....lepas makan memang berpeluh...basah habis la baju..!
Ada sebab aku nak bagi berpeluh..
Aku dah janji ngan kawan2 esok nak outing..
Mak aku cakap kalau masih demam x vileh keluar..
Haaaaa.....rela aku makan panas2..
Minum panas2 nak tunjuk peluh kat mak aku..
Haaaaa
Ok..bye
salam
ReplyDeletebubur sedap kalau ada lauk pauk lagi sedap.. udang kering direndam, cuci.. kemudian blend dengan chili basah dan sebutir bawang putih dan bawang merah. perah limau.. sedap. ikan masin telur asin.. lauk lauk lain.. best.
jepun panggil souped rice with crab meat.. makanan untuk winter.
rm 63 semangkuk.. nasi yang ditambah stock dan isi ketam dan daun bawang...beras tak hancur sebutir sebutir..
ok la..
teochew porridge cam ni.
Heee...kannn...kiter pun suka lauk macam2 tapi x boley la nak request lebey2 kan... hwa///wa..hwa....
DeleteHehehe lauk awak Tu sudah lebih ...
ReplyDeleteHeeeee...mana ada...
Delete
ReplyDeleteNak clear soup dapat. Nak Tu dapt nak ni dapat. Specially cooked.
wah tq membantu sangat ..dah tak macm nasi sup bubur kali ..dah pekat sikit ikut petua admin ni. rpnye nk guna air panas kalau tambah..baru tau. hehe tq
ReplyDeleteAlhamdulilah...
DeleteSemoga blog ini memberi manfaat kepada ramai orang