Thursday 12 July 2018

AIR JAGUNG BERKRIM.....!!!

Air Jagung Berkrim...
Minuman semalam
Memang tengah panas2..


Sedap....

Penuh dengan rasa jagung...
Banyak isi jagung
Sebab mak aku cakap sepatutnya guna jagung cream
Tapi sebab nak elakkan sakit tekak....
Mak aku cakap mak aku ganti dengan kernel corn..
Jagung tin yang isi jagung dalam air tu
Kalau jagung cream sebab ada fibre tu selalu sakit tekak bila makan atau minum yang guna cream corn stlye tu..
Hari tu mak aku guna jagung cream tu buat Apam Balik pun..lepas makan sakit tekak dan asyik batuk..
Mungkin orang lain ok jer...
Tapi we all memang tersama plak...allergy
Lagi pun kalau guna kernel corn lebih sedap
Boleh kunyah jaging sambil.minum airnya..

AIR  JAGUNG BERKRIM ( untuk 1 jug besar)
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan gula-( jika nak lebih manis)
1 tin jagung cream
1/2 botol pati jagung (+- 1 cawan)
1 sudu teh perisa jagung star brand ( xde stok)
1 sudu besar pati sirap rose
1 sudu terh garam halus
1 botol 1.5 lier air mineral

1. Dalam jug besar masukkan  pati jagung,perisa jagung ,susu pekat dan susu cair.Kacau sebati
2. Tambah garam,jagung cream dan sirap rose .
    **** tujuan dimasukkan sirap rose ilah untuk mendapatkan wana oren yang cantik.Jika  x campur 
             sirap rose Air jagung hanya warna kuning pucat...x berapa menarik..
3. Tambah air minerak dan sesuaikan rasa...Jika suka lebih manis tambah gula @ sirap gula plain.
4. Tambah ice cube & siap dihidnagkan
*** Untuk nampak seksi....letak sedikit jagung cream atas minuman semasa menghidang..


Ni la bahan- bahannya
Tapi ada juga tertinggal
Sebab aku x perasan mak aku lum letak sirap rose dan gula pasir kat situ..

Sebab  nak minum berdua jer..
Mak aku kata just buat separuh sukatan jer..
Dapat 3/4 jug ni..
Pastu mak aku masaukkan dalam tumbler penuh simpan dalam peti ais untuk abang
Ni baki untuk aku ngan mak aku minum
Sorang 2 gelas...
Haa....mak aku dah cakap Raya Haji nanti nak buat Air Jagung ni plak untuk tetamu datang beraya...
Seronok kalau dapat hidang makanan dan minuman yang sedao kepada tetamu...
Tapi mak aku cakap kalau buat Air Jagung ni kena buat air lain plak lagi 1
Sebab ada orang yang x minum susu
Termasuk nenek...
Nenek x suka makanan atau minuman yang mengandungi susu...
Ok...bye..!!

No comments:

Post a Comment