Tuesday, 19 June 2018

DIARY RAYA KE-4 ....KENDURI LAGI



Pagi Raya ke-4
Hari Isnin...Aidilfitri baru masuk hari ke-4
Cuaca gelap
Awan hitam dikaki langit
Menandakan bumi Kedah akan disirami hujan rahmat
Tahun ni nyer raya banyak berjalan2 dan makan kenduri
Tahun lepas banyak hari dihabiskan untuk menanti dan melayan tetamu datang beraya di rumah baru
Tahun ni sebab tern Achik & Pakcik beraya di Kedah..
So...sesi jalan2 dan makan kenduri
Tahun depan tern Achik Pakcik beraya di Pahang plak
Mmmm....pisahang ar....
Makanya tahun depan agenda raya pastinya masak2...tunggu tetamu datang beraya la plak..
Raya tahun ni belum habis dah fikir raya tahun depan dah..
Hahahahaha....

Ok....agenda hari ni..raya ke-4
Nenek kata ada 2 kenduri
1 kenduri bertunang kat rumah ketua kampung kat kampung nenek..
Mmm...malas nak balik kampung sebab hujan..
Abang jer naik kereta hantar nenek balik kenduri kat kampung
Nenek kata nanti tengahari kita sama2 gi kenduri lagi 1
Ok...nak gi kenduri tu tengahari kan..
So...pagi nak buat apa..?

Lepas abang hantar nenek
Memang hujan turun dengan lebatnya
Angin kuat..


Tanya sama sama pokok
Apa sebab goyang..
Nanti jawab pokok
Tanyalah awan...

Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair..

Haaa...tu lagu pasal.kejadian hujan dalam Sains sekolah rendah dulu...
Hujan2 mwmang best kalau tidur
Tapi pagi lagi..
Xkan nak tidur lagi
Lagipun rugi la raya2 tidur
Mak aku cakap dolu2 ustaz mak aku ada cakap..
Orang yang banyak tidur pendek umurnya..
Alamak.!!!
Cepat mati ke?
Haaaa...mak aku cakap bukan kira cepat mati atau lambat mati sebab ajal ditangam Allah
Tapi orang yang banyak tidur dikatan pendek umurnya kerana SANGAT SEDIKIT MELIHAT DUNIA..
Mmm....apa maksudnya?
Maksudnya sebab kalau banyak tidur..
Maka banyak masa mata akan pejam terlena
Maka kalau dihitung umurnya 70 tahun
Setelah ditolak dengam masa dia selalu sahaja tidur
Mungkin masa untuknya melihat dunia hanya dalam 20 tahun sahaja..
Lagi 50 tahun...adalah masa yang dihabiskan untuk tidur.
Mmmm...siapa yang faham...faham
Kalau x faham...biarkan sahaja..



Mak aku cakap nak baking cake...
Sebab Achik dah beli bahan2 nak buat kek
Asalnya Achik ajak buat Marble Cake untuk hidangan raya..
Tapi dah bz masak ketupat..lauk..nasi tomato bagai..x sempat buat kek...
Mak aku yang buat..
Aku tolong kacau butter & gula jer..
Mak aku cakap nanti petang ada sedara mara Pak Cik nak datang kat umah Achik..
Buat kek ni boleh bagi Achik tambah side dish


Lebih kurang 1 jam...
Marble Cake dah siap...
Tak sempat sejuk dah potong
Actually nak tengok texture dalamnya..
Mmmm....lulus!


Sebenarnya malam tadi tu dah baking sebiji Butter Cake...
Aqil nak sangat makan kek...
Malam lepas maghrib mak aku baking butter cake ni untuk Aqil
Pagi baking plak  Marble Cake
Tengahari nenek call ajak gi kenduri
Nenek terus ke rumah kenduri
Lepas makan kenduri di kampung
Janji jumpa di kenduri ke-2


Otw gi kenduri
Cuaca masih hujan renyai2
Haa...nampak x signboard tu...
Jap...nak zooom in..


Haaa....nampak?
Ni ucapan MB Kedah untuk perantau- perantau supaya pakat balik raya di Kedah...
Mac lagu raya sapa nyanyi tu...(mm...dah search..
lagu raya nyanyain Azlina Aziz)
Wahai perantau2 di kota
Pulanglah ke desa berhari raya..
Ayah serta ibu ..sangat mengharapkan
Kepulanganmu dihari raya...

MB Kedah ajak balik raya
Tapi kalau yang family mak bapaknya lain2 negeri...
Pepandailah korang adjust..
Kalau nak juga balik Kedah..
Cakap lah kat parents korang...yang MB Kedah ajak balik.
Jangan dok bergaduh plak..
Sebab MB Kedah tu dah pesan..
"Balik mai elok-elok"
Maksudnya laki bini..
Boipren girlpren jangan dok bergaduh la..
Hahahaha...
Kalau ampa semua xmau kena murka ngan MB Kedah...baik ampa semua balik mai kaih..!
Kikikiki....
Jangan x tau...PM kita Tun M tu orang Kedah..
YB Kedah ni Datuk ( datuk ka datuk seri..?) Mukhriz Mahathir ni anak PM Malaysia
Kiranya bapa jadi PM...anak jadi MB
Mmmm...ok la kan
Kalau anak jadi PM...bapa jadi MB...
Itu namanya lawan tokey!!
Hahahaha....

Pic dari FB
Sesapa yang gi raya rumah MB ..ni nak tanya...betoi ka..
Depa kata kanak2 yang gi raya...
Akan dapat duit raya dan akan dicop pada tangan...supaya deoa x Que 2x untuk amik duit raya..
Hahahaha....win..win..!!
Macam orang mengundi...
Haaaa....katanya cap animasi cartoon pada tangan kanak2 untuk menghiburkan kanak- kanak...
Mmmm...kalau aku...
Tak dapat duit raya pun xpa
Tapi cap tu aku nakkkk!!
Nak selfie masuk IG...
Leh ar berlagak skit ngan Darwish...
Yang aku dah gi umah MB..
Hahahaha...belum pergi dah nak berlagak
Memang Allah x izin la...
Kikikiki....



Mmmm...dah sampai erea rumah kenduri
Banyak kereta parking tepi jalan dalam hujan..
Achik yang drive..
Semua naik kereta Achik..
Tunggu hujan teduh skit baru kuar kereta
Dah pukul 3 lebih dah pun..
Tapi nenek cakap kalau kat Kedah kendurinya sampai malam..
Selagi ada tetamu yang datang..
Selagi itulah akam dijamu makan..
Sebab tu kenduri kat Kedah kena ada side dish.
Supaya kalau habis 1 makanan..
Makanan lain masih ada..
Kalau nak makan semua..
Kena datang time tengahari
Kalau dah malam...
Ikut rezeki..apa yang ada


Menu typical orang Kedah
Sup Daging Fresh a.k.a Daging Rebus cicah Air Asam


 Parking pinggam nasi jap
Nak snap pic dulu..
Hihihi...sib baik x ramai dah tetamu sebab dah petang dah...hujan plak

Air Asam Kerisik...
Bapak sedapppppppp
Daging rebus sup cicah air as kerisik...
Pedas berapi
Tapi sedappppp giler!!!
Tahu x Air Asam Kerisik..?
Aku tahu sebab mak aku pernah buat AIR ASAM KERISIK kat sini...

 Ulam- ulaman

Sambal Belacan..
Orang Kedah panggil Cabaj Tumbuk
Mak aku cakap walaupun cabai tu diblend..
Depa tetap panggil Cabai Tumbuk
Lauk ikan masin dan Ayam Goreng tuan rumah cakap dah habis
Tapi daging rebus a.k.a daging sup memang banyakkkk


Habis makan nasi..
Makan dessert klasik..Agaq-agaq Sighap..
Hahaha...ya ke orang Kedah panggil Agaq-aqaq?
Mmm...mak aku cakap betul lah...orang Kedah panggil Agaq-agaq .
Hahaha...aku compius gak sebab bukan semua perkataan depa guna huruf Q
Macam langsir...depa x panggil LANGSIAQ
Depa panggil TIRAI..
Orang nama Kadir depa panggil Kadiaq
Tapi kalau nama Mahathir depa x panggil MAHADIAQ plak..
Mak aku cakap kalau PM Tun Mahathir tu depa panggil Tok Det.
Hmmm...bab ni aku memang keliru..
Maklumlah I ni orang Kola Lumpoq..
Hahahaha...
Tapi betul lah...
Hanya mak aku orang Kedah..
Aku memang orang Key El
Kakak orang Selangor
Abang orang Perak..
Eh..xde side dish ker..
Mmm...nenek ada amik Rojak Buah
Meja sebelah tu ada amik Mihun Sup..
Coq Udang...Apom Balik xdak la
Guddies pun xdak la
Actually ni sebenarnya Kenduri Aqiqah..
Kawan nenek nyer rumah
Anak tuan rumah kawan Achik
Kenduri Aqiqah..
Tapi tumbangkan seekor lembu
Mmm...biasa kalau kenduri aqiqah aku tau orang sembelih kambing jer
Mak aku pun cakap masa Aqiqah aku ngan Haikal..ngan Aqil memang sembelih kambing
Aku perempua  hanya seekor kambing
Haikal ngan Aqil seorang 2 ekor kambing sebab dorang lelaki..
Kakak ngan abang...nenek cakap Aqiqah kerbau..
Hahahaha....bunyi macam lagi gah kan..
Tapi nenek kata sebenarnya tumpang kerbau masa kenduri kahwin Achik..
Sebab masa kahwi  Achik...
2 ekor kerbau ditumbangkan...
Ops....dah habis kenduri..
Hom balik...
Achik nak balik cepat..
Ada sedara Pakcik dari Putrajaya nak datang...
Nanti kita sambung makan kat umah Achik plak..
Achik cakap nanti malam semua gi dinner umah Achik..
Achik masak special...
Tunggguuuuuuuu..!!!!!


No comments:

Post a Comment