Sunday, 13 May 2018

PULUT KUNING RENDANG AYAM

Tak habis lagi citer pulut kuning
Sebab semalam citer pasal  Pulut Kuning san Kek sahaja..
xde resipi


Rendang Ayam...
Selalunya mak aku akan masak Rendang Ayam Cili Padi yang warna hijau..
Itu kalau nak makan ngan Nasi Impit la sebab Rendang Cili Api lebih sedap ngan Nasi Impit
Kalau nak makan ngan Pulut Kuning mak aku cakap lebih sesuai makan ngan rendang yang warna merah skit...
So..guna Cili Kering...


Ala...Pulut Kuning dan Rendang Ayam untuk birthday Boy semalam tu la


Pulut Kuning Rendang Ayam ni juga...
Menjadi sarapan aku dan mak aku la..
Abang bawa bekal makan ngam kawan- kawan..
Aku ngan mak aku makan kat umah la...


Pulut Kuning in the making...
Mak aku cakap ..
Kalau nak masak Pulut Kuning lebih sesuai kukus..
Kalau pulut nak makan ngam durian..boleh masak teknik tanak...


PULUT KUNING
1 kg pulut
1 sudu makan serbuk kunyit
1 asam keping

*** Basuh dan rendam pulut bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Rendam semalaman @ sekurang2nya 4 jam


- Pastikan pulut tenggelam sekurang2nya  2 ruas jari kerana masa direndam pulut akan menyerap ait.
- Asam keping digunakan supaya mendapat warna kuning yang bersih.

1. Panaskan kukusan .
2. Toskan pulut dan kukus hingga pulut masak dan berkilat...anggaran 1/2 jam


Bahan Santan:
2 cawan santan pekat- guna santan fresh
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula

** Campur semua bahan santan dan kacau hibgga garam dan gula larut

2. Bila pulut sudah masak..tuangkan pulut dalam bekas yang besar.
3. Siramkan bancuhan santan tadi dan gaul rata..
- pulut akan nampak basah dan sedikit melekit.
- Setelah digaul sangan biarkan pulut rehat lebih   kurang 10 minit dan pulut akan hilang melekit dan jadi berkilat dan berminyak

** Untuk rasa yang lebih berlemak..boleh terua hidang..tetapi jika untuk tahan lebih lama..
pulut yg sudah digaul santan...dikukus lagi sekali hingga berwap lebih kurang 10 minit.
TETAPI pastikan tidak ditutup  supaya pulut kekal cantik.Jika ditutup semasa kukus kali kedua ni..pulut akan lembik dan benyek kerana wap yang terperangkap

Ni la pulut yang dh dikukus hingga masak


Santan disiram dan digaul rata dalam pulut yang suduh dimasak..


Pulut dah siap digaul santan kelihatan berkilat
Sedia untuk dimakan bersama rendang ayam..
Swlain dimakan bersama Rendang Ayam..
Mak aku cakap sesuai juga dimakan bersama Sambal Tumis Ikan Bilis
Kalau nenek plak..
Hari tu kat kampung nenek cakap dolu- dolu nenek suka makan ngan
GULAI UDANG KACANG BUNCIS macam kat sini..
Mak aku lak cakap kat kampung nenek Pulut Kuning bersama Kari Ayam dihidangkan masa majlis Akad Nikah




RENDANG AYAM CILI KERING
1 1/2 ekor ayam- potong besar
3 cawan santan sederhana pekat
1 cawan santan pekat
2 sudu kerisik
3 asam keping
1 keping kecil gula kelantan/ gula melaka
garam
2 daun kunyit( xde )
5 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak( jika x mahu tumis,x perlu minyak)

Bahan Blend:
1 1/2  cawan cili kisar@30 cili kering
2 bawang besar
5 bawang putih
4 batang serai
5 hiris lengkuas
5 hiris halia
1 ketul kecil kunyit

1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga naik minyak..
( jika x suka guna minyak boleh terus masak bahan blend dengan santan pekat hingga naik minyak)
2. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kecut
3. Masukkan santan cair dan masak hingga pekat dan ayam empuk.
4. Tambahkan garam,gula melaka,kerisik,asam keping dan santan pekat..
5. Biar mendidih perlahan hinga pekat dan naik minyak sambil selalu dikacau supaya tidal berkerak..
6. Tambah daun limau purut atau daun kunyit hiris halus..
7. Sesuaikan rasa..



Mak aku cakap hari ni nyer rendang kaya denva  serai..
Fresh lemon grass dari Kedah...
Besaq2 paha ayam
Maklumlah selalu beli serai besar2 batanv mancis jer..hahahaha...melampau bandingan nih..!

Kaffir Lime Leaf pun fresh dari rumah Achik..
Bukan limau tu kapiaq..
Limau ni Islam tau.!!
Hahaha...
Kalau orang Kedah ..
Kafir tu depa cakap kapiaq...
Tapi kafir yang maksudnya non muslim tu la
Bukan kaffir lime ni
Nenek yang petik kat umah Achik masukkan dalam bonet
Siap dengan buah dia sekali..
Kalau limau purut ni mak aku cakap kat Kedah ada pantun 2 kerat..
Tapi pantun sentap la...
Nak dengar..?

Limau purut tiga serangkai...
Buta pequt xdak akai..!

Nahai...gughau kasaq depa...!
Hahaha...mak aku cakap orang Kedah cakap memang kasar..tapi dalam hati ada taman..ha3..



Mmm...Kerisik pun fresh dari Kedah..
Nenek bagi untuk bekalan bulan puasa nanti
Nenek buat sendiri tau..
Haaa...siap untuk mak aku & untuk Achik juga


Mak aku kata..sepatutnya masak rendang xyah tumis..
Sebab nama RENDANG tu maksudnya teknik masak rempah bersama santan hingga keluar minyak dari santan... tanpa tumis


Tapi mak aku cakap ..mak aku tumis sebab
kauh rendang ni guna santan kotak.
Kalau santan kotak..masak lama pun xde minyak..
Kalau santan fresh mak aku cakap masak lama santam akan mengeluarkan minyak
So..kiranya tumis tu ...rasuah untuk santan kotak la...hahahaha...
Jangan amalkan rasuah..
Berdosa...


Ayam dimasak bersama rempah ratus


Haaa...nampak..
Santan kotak...
Mula mak aku cakap masukkan 1/2 kotak campur dengan 2 1/2 cawan air untum jadikan 3 cawan santan cair..
Pastu ayam dah empuk baru mashkkan 1/2 kotak lagi tanpa campur air..


Kalau guna ayam pencen mak aku pesan suruh masak lama sebab ayam.pencen liat dan lambat empuk tapi rasa lebih sedap terutama kulit dia..aku sukaaaa...


Daun kunyit xde...
Guna daun limau purut...
Bau dia memang x sama..
Tapi  boleh jadi altenatif..
Mak aku cakap macam xde kopi ganti tea la..
Hihihi...macam x kena jer perbandingan tu


Kerisik dan gula melaka..
Warna seakan jer..
Mak aku cakap nenek kalau buat kerisik mesti dark brown..
Nenek x suka light brown..
Nenek kata kerisik light brown tu hanya sesuai untuk buat kerabu jer..


Masak sampai pekat dan berminyak..
Baru nama rendang
Mak aku cakap kalau x pekat namnya gulai
Kalau x berminyak namanya singgang..
Hahahaha...camtu lak..


Daun limau purut dihiria halus2..
Kalau guna dau  kunyit lagi sesuai


Daun kunyit ke..
Daun limau purut ke..
Mak aku pesan tabur last sekali supaya bau dia menyerlah..
Menyerlah tu apa..?
Mm....tengok la kamus dewan online...
Ok...bye...!

2 comments:

  1. salam

    sedapnya...

    teringat arwah mak merendam pulut dengan kunyit dan kukus. kdian disirami santan etc. Jenuh.
    Sedapnya rendang tu.. memang suka rendang..
    lagi kalau beef ..
    pokok limau purut satu dah mati kerana cuaca beku tiba tiba.. terus je .. gol.

    tinggal lagi satu. also looks like nak jalan... sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter pun suka beef rendang...
      Tapi dah kat sini local beef memang mahal..
      Hanya makan time raya..hahaha

      Siannya pokok limau tu kena fross...
      Bestnyer sis nor.....tinggal oversea...
      Nak ikuttttt

      Delete