Sunday, 25 March 2018

MASAK LEMAK IKAN SALAI BY POKCIK

Diary cuti sekolah..
Hari ke 4 kat Kedah
Masak Lemak Ikan Talapia Salai....
Cooked by Pokcik....
Haaaa...Jangan x caya...
Ni lauk air tangan Pokcik...

Pokcik masak lauk ni untuk lunch
Tapi sebab kitorang balik lunch kat kampung
Masa tu Pokcik belum masak lauk ni
So lunch katbkampung lauk mak aku masak
Balik dari kampung kan aku terus ikut Achik beli Ais Kepal Horlick
Pastu terus gi umah Achik..
Tengok Pokcik dah siap masak...
Haaa....kan aku dah pernah citer..
Pokcik ..kalau makanan ori Pahang dia xkan benarkan sesapa masak..
Hanya Pokcik yang akan masak sendiri sebab Pokcik xnak ada kederhhakaan pada resipinya..
Kikikiki...
Lepas maghrib mak aku ngam nenek datang
Maka dinner la ramai2 kat umah Achik..
Rumah yang  hampir 10 tahun menjadi tempat persinggahan dan penginapan kami setiap kali balik bercuti..
Tanpa pedulikan Haikal dan Aqil adalah tuan rumah...
Aku abang ngan kakak semua buat macam rumah sendiri jer...
Suka suki ....
Windu nak ramai2 macam dolu...
Huhuhuhu....


Sedapnyerrrr lauk ni....
Bau Salai..
Bau asap yang unik...


Kuah yang pekat..
Melekat kat tangan walaupun dah cuci tangan..
Tak tahu lah ikan tu yang sedap
Atau sebab Pokcik yang pandai masak jadi sedap..
Yang pastu memang sedao...
1st time aku makan ikan salai...
TQ Pokcik..!!


Haaa...ni la Ikan Salai...
Pokcik bawa balik dari Pahang
Ada 4 ekor..
2 Talapia Merah Salai
2 Patin Salai
Besar2 gedabak



Ikan Patin Salai...
Saiz apa aku x tahu
Tapi tapak tangan Pokcik yang saiz XL pun hilang dibalik Patin tu..
So...Pokcik kira kurus la
Nak banding Patin Salai tu..
Hahahahaha.....


Ok....tangan Pokcik still slim nak banding Patin Salai tu...
Steady Pokcik...
Hahahaha...

Ni plak Ikan Talapia Merah Salai tu..
Kalau takat tangan nenek...
Ikan tu sama saiz 2 tapak tangan nenek..
Nenek kata itu ikan yang dah salai..
Kalau ikan fresh mesti lagi besar saiz dia sebab bila dah salai ikan tu akan kecut kerana cecair dalam badan ikan dah dehidrasi...
Mana ada nenek nenek sebut hidrasi...
Nenek cakap tersejat...
Aku memandai nambah jer...hihihihi
Resipi Ikan Talapia Merah Salai ni memang ori by Pokcik..
Tapi Pokcik cakap laju macam keretapi  xde break...!
Kalau lagi laju macam Bullet Train kat China & Jepun tu memang x sempat nak salin..
Sib baik  Pokcik nyer speed tu tahap ETS Malaysia jerk..
Boleh lagi la faham..
Walaupun jenuh nak kejar.
Hahahaha....
Hari ni bila semak draff rupanya x tulis cara Pokcik masak...
Refer mak aku...
So...bahan2 semua  tu memang hasil intetview Pokcik
Tapi cara masak mak aku yang cakap
Mungkin step tu ada yang terdahulu dan terkemuadian...
Tapi kalau ikut Pokcik cakap belasah lebo jer semua...
So..kira ok la kan...

IKAN TALAPIA SALAI MASAK LEMAK CILI API

1 ekor ikan talapia salai (+-500gm)
( potong- potong sebesar tapak tangan)
1 cawan santan + 3 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cekak kacang panjang / terung/ rebung
1 batang serai - ketuk
1 daun kunyit
2 asam keping
garam

Bahan Tumbuk:
1 genggam cili padi
1 ketul kunyit hidup
1 ketul kecik halia

1. campur bahan tumbuk dengan santan cair
2. Masukkan ikan salai serai ketuk ,garam dan asam keping.
3. Masak hingga mendidih dan ikan lembut.
4. Tambah kacang panjang dan biar mendidih sekejap
5. Masukkan santan pekat dan daun kunyit..
6. Sesuaikan rasa.

3 comments:

  1. salam

    sedapnya...

    kat sini Tesco jual ikan patin ternak dari Vietnam. Ianya dikenali sebagai pangasius.

    dijual didalam bentuk isi ikan putih.
    Tapi ramai tak suka rasanya.

    Vietnam ternak dan export sampai ke Yugoslavia menurut kawan.

    Ikan Talapia banyak dari Vietnam, sri lanka, bangla dan Indonesia.





    ReplyDelete
  2. Waaa....
    Best nyer sis..
    kat oversea pun ada juga patin...
    Pernah tengok dalam Nat Goe Wild...di Thailand & Vietnam wild patin banyak dalam Sungai Mekong..

    ReplyDelete