Wednesday, 13 December 2017

SAMBAL IKAN PUYU


Sambal Ikan Puyu...
Lauk yang menjadi sebutan mak aku sejak beberapa minggu lepas..
Mak aku cakap teringin sangat nak makan Sambal Daun Kari Ikan Puyu
Tapi xde ikan puyu nak masak sambal tu
Altenatifnya sampai pernah mak aku masak SAMBAL AYAM DAUN KARI kat sini...
Semuanya kerana mak aku cakap teringin sangat nak makan Sambal Daun Kari Ikan Puyu..


Banyak kali juga nenek call bagitau nenek memancing dapat banyak Ikan Puyu
Nenek cakap dah banyak kali nenek masak Sambal Daun Kari Ikan Puyu
Nenek kata sekarang musim memancing Ikan Puyu kerana Ikan Puyu sedang menbesar



Balik dari KL hari Khamis tu..
Nenek dah siap masakkan Kheng Som Ikan Puyu..
Kheng Som tu Asam Rebus Ikan Puyu la...
Bahasa Siam cakap Kheng Som..


Ikan Puyu yang nenak dah siap siang...
Dah buang sisi,sirip dan perutnya.
Dah dicuci bersih
Dan sebenarnya nenek juga dah sesiap goreng Ikan Puyu tu..

SAMBAL IKAN PUYU...
1kg ikan puyu
1/2 cawan minyak..
1 tangkai daun kari
1 asam keping
1 sudu teh garam
½ sudu teh gula
minyak

Bahan Blend:
20 cili kering
1 bawang besar

1. Ikan puyu disiang bersihkan dan digaul garam kunyit.
2. Goreng ikan hingga garinv
3. Tinggalkan minyak anggaran ½ cawan  dalam kuali
4. Tumis daun kari hingga garing
5. Masukkan bahan blend dan biar hingga garing naik minyak
6. Masukkan asam,garam dan gula.
7. Masukkan petai ( jika digunakan) dan ikan puyu goreng.
8. Sesuaikan rasanya dan masak hingga kering dan naik minyak...




Masak bahan blend hingga naik minyak



Daun kari....bahan paling pentimg dalam sambal puyu


Isi petai...



Masukkan petai dan ikan puyu goreng



Ikan keli pun ada...
Nenek masukkan juga ikan keli goreng untuk aku ..
Aku suka ikan keli..
Tapi ikan keli ni lagi sedap sebab ni ikan keli sungai yang nenek pancing
Nenek x bagi aku makan ikan puyu sebab ikan puyu banyak tulang..
Mak aku yang suka sangat ikan puyu tu.
Tapi nenek amik kan juga isi ikan puyu untuk aku..
Nenek siapw asingkan tulang dan hanya bagibisi ikan puyu untuk aku..
Hmmm...isi ikan puyu sedap sangat...
Isinya lemak...
Patut lah banyak tulang
Sebab masa belajar Sains ..
Ikan2 yang banyak tulang mempunyai isi yang lemak dan sedap.
Tapi kenapa ikan yang sedap tu banyak tulang..
Ikan apa yang banyak tulang..?
Mak aku cakap Ikan Parang..Ikan Terubuk..IkanTamban...
Haaa...cikgu cakap sebab ikan yang sedap mestilah banyak pemangsa nak makan..
Bila banyak tulang ...menyusahkan pemangsa nak makan dan dengan cara itu ikan2 tadi dapat meneruskan kemandirian hidup..
Haaa....agaknya kalau ikan puyu tu xde tulang..
Mungkin spesisnya dah habis dimakan manusia..


Sambal Ikan Puyu memang sangat sedap..

6 comments:

  1. ya lar , sape ade sawah padi leh memancing ikan puyu , orang Melaka kate ikan betuk ... merase jugak memancing zaman kanak kanak Ribena dulu dulu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...yer..yer..kiter ada google...Ada orang panggil Ikan Betuk...Tapi nenek selau mancing kat sungai ngan tali air..ramaiiii oarang memancing waktu petang macam festival...

      Delete
  2. arghhh stress tengok entry ni meleleh ayaq liur..huuuuuuuuuu mana nak dapat nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai makan nasik kat umah nenek....
      Ada lagi ikan puyu...heeee

      Delete
  3. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...huhuhu mana la nak carik puyu. kat shah alam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan cari kat Shah Alam aunty mas...
      Mai cari kat Kedah ni...mesti ada...kalau xdak nenek mancing ngan nenek...hihihi

      Delete