Monday, 18 December 2017

IKAN PUYU SAMBAL CILI PADI

Masih Cerita Cuti
Catatan diary maya
Ikan Puyu Sambal Cili Padi
Ikan Puyu lagiii....
Mak aku cakap nak makan Ikan Puyu puas- puas sebab kat KL  x tahu nak cari kat mana...
Mak aku cakap kalau ada orang jual pun mungkin x beli sebab susah nak siang
Kat sini semua nenek yang buat
Dari mancing...menyiang..nenek yang buat
Nenek akan gunting semua duri2 Ikan Puyu dan basuh dengan asam dan garam hingga bersih..
Aku yang tengok pun nampak susahnya nak siang Ikan Puyu
Dah la sisik dia keras..
Duri kat belakang badannya tajam2 lak tu.
Ikan tu plak memang hyper active..
Bukan senang nak pegang ikan puyu
Aku telah cuba beberapa kali nak pegang tapi ikan puyu tu bapak ganas!
Luka jari aku kena duri belakangnya..
Huhuhu...


Ikan Puyu  Sambal Cili Padi
Mak aku masak
Nenek yang memancing kat sungai
Mak aku cakap ikan puyu sedap
Isinya lembut dan lemak
Tapi banyak tulang dan duri tajam
2nd day kat Kedah mak aku ada masak SAMBAL IKAN PUYU DAUN KARI..kat sini


Tapi yang ni versi Sambal Cili Padi pulak..
Mak aku cakap nak makan sambal yang lebih pedas..



IKAN PUYU SAMBAL CILI PADI
10 ekor ikan puyu saiz besar
( bersihkan dan gaul garam kunyit)
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 asam keping
2 papan petai
minyak masak

Bahan Blend;
1 cawan cili padi hijau
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Goreng ikan puyu hingga garing
2. Tinggalkan minyak anggaran 3 sudu dan tis bahan blend hingga mendidih
3. Masukkan asam keping,garam,gula dan masak hingga naik minyak
4. Masukkan ikn puyu goreng
5. Tambahkan isi petai dan masak lagi beberapa minit
6. Sesuaikan rasanya


Memang pedas sampai meleleh air hidung
Tapi sedap..
Ikan puyunya besar- besar dan gemuk- gemuk.
Sebab tu isinya lembut dan lemak..
Aku cuma ambil sambalnya..
Tak berani nak amik ikan puyu sebab banyak duri.
Tapi nenek tolong amikkan isi ikan puyu untuk aku..hehehe
Mak aku makan x pandang dah pada aku yang x berani nak amik isi ikan puyu tu..
Sib baik nenek ku prihatin pada cucunya ini..
Hihihi....
Hari tu masa masak sambal daun kari tu nenek ada juga tambah ikan keli dan ikan haruan.
Ikan keli dan haruan tak banyak sangat tang
Yang ni nenek kata pancing hanya dapat ikan puyu ..
Tak dapat ikan haruan dan keli pulak hari ni.
Dah beberapainggu nenek cakap setiap hari memancing nenek dapat banyak ikan haruan.
Sampai x termakan..
Nenek kata nenek buat Ikan Haruan Kering.
Banyak dalam peti ais tu..
Ikan Puyu Kering pun banyak..
Ikan Lampam pulak nenek buat Pekasam..
Haaa...jangan x tahu..
Pekasam nenek tu dah menjelajah seluruh Malaysia dah...dah naik flight pun..
Setiap kali cuti sekolah atau cuti raya..
Memang ramai yang datang beli Pekasam Ikan Lampam yang nenek buat..
Ada yang beli berkilo2 sebab nak buat buah tangan pada sedara mara & kawan- kawan.
Nenek cakap hari tu 1 bas rombongan yang menginap homestay dekat rumah Achik borong ikan pekasam nenek
Kawan2 mak aku pun selalu order kalau mak aku balik Kedah
Sekarang pun mak aku cakap dah ada hampir 20 pesanan.
Nenek cakap kalau pekasam nenek hanya guna Ikan Lampam sebab nenek kata Ikan Lampam nenek pancing kat Tasik dan Sungai.
Air tasik dan air sungai x akan kering..so Ikan Lampam sentiasa ada.
Ikan puyu dan haruan nenek hanya buat jika ada stok.
Ikan Puyu nenek cakap selalunya pancing lat sawah & tali air...
Ikan Puyu hanya banyak waktu Musim Menanam Padi dan Musim Menuai Padi..
Ooooo...




5 comments:

  1. Terkeliuq tgk ikan puyu sambal cili padi nie😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teluuq na....
      Jom la ikuit kita balik Kedah makan ikan puyu yang banyak duri tu

      Delete
    2. yaaaa ... one day mesti sampai Kedah ;)
      tunggu naaaa

      Delete
  2. Sedap nyerr puyu masak cabai melaka...
    Mudahnya Nenek mancing dpt ikan pelbagai jenis...
    Umpan apa ye,Nenek pakai???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....sedap tapi ikan tu banyak tulang..
      Hari tu tengik nenek sediakan umpan cengkerik dan umpan tepung kunyit..ada juga dedak. Nenek cakap cengkerik tu untuk ikan puyu..yang lain kiter x tahu..heee

      Delete