Pic ni dari Google..
Memandang pic ni macam ada sesuatu yang sama.
xde kaitan apapun pic tu dengan aku
Sekadar kaitan pandangan matanya
Pandangan mata yang x tahu apa maksudnya
Situasi 1:
Dalam hidup kita..
Bukan semua orang suka kita...
Tapi bukan juga semua yang benci kita..
Kerana.....
Dalam ramai yang suka kita pasti ada yang membenci kita...
Begitu juga dalam ramai yang membenci..pasti ada yang menyukai kita...
Begitu juga dengan kita..
Bukan semua orang kita suka.
Dalam ramai orang yang kita suka pasti ada juga yang kita benci..
Dalam ramai orang kita benci pasti ada yang kita menyukainya..
HAKIKATNYA...
Sedang Rasulullah yang ma'sum ..
Yang sempurna segalanya PUN...
Ada sahaja yang hasad..dengki..hingga ada yang tergamak melemparkan najis..
APATAH LAGI kita insan biasa...
Pasti setiap orang pernah melaluinya...
Mengalaminyaaa...
Kadang tanpa sebab pun akan ada yang membenci...
Aku tidak tahu bagaimana orang lain menghadapinya...
Aku...????
Kerana sudah tahu orang yang membenci
Sedang memandang dengan kebencian
Untuk tidak mahu tambah menyakiti hatiku...
Aku memilih untuk TIDAK MEMANDANG MATA orang yang memandang itu..
Situasi 2
Aku TERPAKSA ikut mak aku gi kenduri..
Kenduri yang sederhana..
Bukan kenduri kahwin..tetapi kenduri kesyukuran
Ada nasi...sate...dessert & minuman..
Besebelahan tempat kami makan..
Sekumpulan makcik- makcik + kakak- kakak
Riuh berselfie..
Ada beberapa yang masih muda..
Selebihnya ada yang sebaya mak aku..
Yang lagi tua mak aku juga ada..
Berketawa berselfie bagai remaja
Mereka tak peduli mata yang memandang sambil geleng kepala..
Anak- anak disuruh ambil sate sepinggan penuh..
Sambil makan sambil kuat berketawa
Sedangkan tetamu yang kemudian hanya memandang sebab sate dah habis dikaut..
Aku yang berada semeja dengan mereka..
Terasa turut maluuu..
Bimbang nanti aku juga akan disamakan..
Kerana semeja dengan makcik- macik + kakak-kakak tu..
Kerana serba salah..
Cepat- cepat kuhabiskan makanan dan segera meninggalkan meja tersebut..
Aku tahu bila bangun..mereka memandang pada kami
Mata makcik2 + kakak2 selfei
Memandang dengan pandangan gembira kerana meja itu sekarang HANYA mereka yang punya..
Tetamu lain juga memandang..
Tapi aku xtahu isi hati mereka
Lalu...apa yang aku lakukan...?
Aku memilih untuk
TIDAK MEMANDANG MATA orang- orang yang sedang memerhati itu.....!!!
ASTAGHFIRULLAH....
No comments:
Post a Comment