Wednesday, 5 July 2017

AIR NANAS WITHOUT BLENDER

Air Nanas Tanpa Blender..
Haaa..naper namanya gitu..
Mak aku cakap sebab  Air Nanas ni x guna blender pun..
Tak perlu blend..

Aku suka sangat rasa Air Nanas ni..
Ok..sebelum tu nak mantion ejaan yang betul tau..
Ejaannya nanas tau..
N.A.N.A.S
jangan dok eja nenas lak..
Kalau eja NENAS...cer google..
Haaaa....kalau jumpa yang x sepatutnya aku x bertanggungjawab yer..
So..ejaannya NANAS ok...


Air Nanas ni mak aku cakap versi dimasak..
Bukan Jus Nanas yang mentah tu..
Sebabnya nak buat Air Nanas ni kena masak dulu nanas tu..


Aku suka Iar Nanas ni
Kalau Jus Nanas yang mentah tu aku x suka..
Rasa mentah
Kalau buah Nanas yang mentah lagi aku x suka..
Aku fobia nak makan Nanas fresh tu sebab masa kecik pernah makan..
Pastu sakit dan gatal lidah..
Mak aku cakap tu namanya "LIDAS"
Tapi mak aku kata bukan semua nanas bila makan rasa lidas..
Kalau buang mata nanas tu mak aku kata ok jer..
Tapi aku dah xleh nak terima rasa nanas fresh


Tapi Air Nanas ni..
Haaa....1 jug habis diminum..
Ngan Isi-isi nans tu clear..!!!
Selesai aku ngan abang ngan kakak kerjakan..
Sebab air dia sedap..
Isi dia..lagiiii sedap
Mak aku kata ni stok nanan masa bulan puasa lagi...
Ada kawan dari Johor bagi buah Nanas Madu yang besarrrrrr
Masih ada baki separuh dlam peti ais..
Sebab tu mak aku buatkan Air Nanas ni..
Nak clearkan peti ais..
Mak aku cakap Air Nanas ni diajar oleh cikgu subjek Sains Rumah Tangga masa form 1 dolu..
MAk aku cakap resepinya ada dalam Buku Teks Sains Rumah Tangga Tingkatan Satu..
Tapi namanya " Nenas Masak Dengan Air Gula"
Nenas tu ejaan lama kata mak aku..
Mak aku citer lagi dlam buku tu ada tulis Nenas Masak Dengan Air Gula ni juga sesuai makan ngan ais krim..
Tak tau la buku tu ada lagi ke x sekarang ni..
Mak aku cakap kalau ada lagi mak aku nak beli simpan sebab mak aku cakap Buku-buku Teks Sains Rumah Tangga tu best dan nostalgia...
Kata mak aku lagi subjek tu hanya ada form1-3 sahaja masa mak aku sekolah..
Tapi sekarang dah digabungkan dalam subjek KH kot..
Sebab dalam sujek KH aku ada kena masak-masak ni...
Aku dah citer pasal kena masak untuk subjek KH tu  KAT SINI...
 Ok jom tengok camaner mak aku buat AIR NANAS ni

AIR NANAS 
1/2 biji nanas madu yang masak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 titis pewarna kuning
1 batang kayu manis( jika suka0
2 cengkih (jika suka)

1. Kupas kulit nanas
2. Buang mata nanas


3. Hiris nanas nipis-nipis..
    Boleh juga potong dadu..
   Kalau nak buat minuman potong dadau kecil @ hiris nipis
   Kalau nak wat dessert potong dadu besar


4. Masukkan dlam periuk bersama 1/2 cawan air...warna kuning .gula dan jika suka masukkan juga kayu manis dan cengkih..
*** Masa masak ni baunya macam masak jem nanas


5. Masak hingga mendidih dan agak pekat...Isi nanas akan nampak macam jernih.Tutup api

*** Sebaiknya biarkan sejuk beberapa jam supya rasa nanas keluar

6. Jika nak buat minuman tamnahkan air masak dan air batu

7. Jika nak buat dessert sebaiknay sejukkan dalam peti ais..

Selain daripada Nanas Masak Air Gula ni...
Mak aku juga pernah masak:

NANAS CAREMEL DENGAN AIS KRIM..kat sini

KARI KERANG DENGAN NANAS

PAJERI NANAS
ASAM PEDAS NANAS DENGAN IKAN

No comments:

Post a Comment