Monday, 16 January 2017

SPAGHETTI CURRY

Mee Kari....
Braekfast dengan lunch pun makan Mee Kari ni jer..
Requesty dari aku..
Sejak hari Jumaat lepas tengok citer Korea dorang makan Ramen..
Rasa teringin lak nak makan Mee kari..
Lagipun dah lama juga mak aku x masak Mee Kari ni...
So,mak aku kata nanti cuti hari Ahad nak masak ...


Cam biasa la Mee Kari kalau kat umah aku memang mak aku buat pakai spaghetti..
Aku x suka mee kuning sebab kalau letak kuah dia akan jadi merah kat mee tu..
Dah bertahun pun mak aku x beli mee kuning..
Kecuali kalau mak Ismail bagi mee kuning,mak aku akan masak la..
Bukan semua mee kuning tu rasa pahit,ada yang ok kot
Tapi lidah aku dah terbiasa ngan spaghetti..
Sebab sejak aku terkena mee yang pahit beberapa tahun yang dulu tu aku dah jadi fobia...
Kalau kat kedai pun kalau teringin sangat nak makan mee aku akan order Mee Maggi Goreng...
Dah nenek aku pun memang makan spaghetti jer...x makan mee kuning..
Hahaha...nenek aku memang la...
Sebaba nenek memang x boleh makan mee kuning lepas operation beberapa tahun dulu tu..
Sejak tu nenek aku lagi terror masak spaghetti..
hihihihihi
Kalau nak masak Mee Kari ke..Mee apa ke...nenek akan gantikan mee tu dengan spaghetti..
Mee kari ni dah beberapa kali tulis entri dah pun....
Macam....

MEE KARI SPAGHETTI KAT SINI...

ENTRI MEE KARI EXPRESS KAT SINI...

Ni mangkuk untuk aku ngan abang ni...
Awal pagi lagi mak aku dah masak Mee Kari ni...
Untuk bekal abang sekali ....
Abang kerja ....
Tapi abang xnak breakfast Mee Kari tu..
Abang nak makan Nasi Goreng untuk breakfast..
Bekal jer abang bawa Mee Kari tu
Tapi lastly dua2  mangkuk tu aku yang habiskan...
Hahahaa
Sebanarnya aku memang ulang2 makan Mee kari sampai petang pun..
Sebab sedap sangattt...
Mak aku yang masak,mestilah aku cakap sedap...



MEE KARI ....versi spaghetti
1paket spaghetti
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis/lemon


Bebola Ayam
1keping dada ayam tanpa tulang
2 sudu tepung ubi
1/4 sudu teh lada sulah serbuk
secubit garam
- Isi ayam bercampur lada sulah dan garam diblend menggunakan blender kering.
- Campur tepung ubi dan uli hingga lembut.
- Bulat-bulatkan sebesar fishball.

1. Spaghetti direbus 10 mint dan toskan.Gaul sedikit minyak supaya tidak melekat
2. Jika suka tekstur spaghetti lebih lembut seperti mee kuning..tambah masa merebus.

KUAH  SPAGHETTI KARI KARI
Bahan Kuah
1 mangkuk tulang2 ayam
30 biji bebola ayam (resipi dibawah)
1 kotak kecil santan (250ml)- krim santan
7 cawan air
2 biji kentang-dadu kasar
4 pokok sawi bunga
1 kiub ayam
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak

Bahan Tumis:
1 bawang besar
3 bawabg putih
1 pelepah daun kari

Pes Kari :
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
(semua bahan bancuh dengan 2 cawan air)


1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga harum
2. Masukkan pes kari biar hingga naik minyak
3. Masukkan tulang2 ayam,kentang  dan 7 cawan air.
4. Rebus hingga tulang ayam dan kentang  empuk.
5. Tambah kiub ayam dan bebola ayam
6. Bila bebola ayam sudah timbul menandakan bebolanya sudah masak.
7, Tambah santan pekat dan sesuaikan rasanya.
8. Akhir sekali baru dimasukkan sawi bunga dan terus tutup api.
9. Hidangkan bersama spaghetti dan tabur daun sup daun bawang serta perah sedikit limau.

No comments:

Post a Comment