Thursday 22 December 2016

BUAH MELAKA

Ada sejenis buah..
Belum masak ia tenggelam...
Sudah masak ia timbul..


Heeee...
Buah Melaka la...
Tapi mak aku cakap ni untuk Buah Melaka versi kuih la..
Kalau betul2 Buah Melaka...
mmmm...tenggelam kot..
Tau ke Buah Melaka dan Pokok Buah Melaka..?
Yang dalam buku sejarah pasal Parameswara berehat di bawah sepohon pokok dan ternampak seekor rusa putih mengalahkan anjing pemburu..
Kerana merasakan peristiwa itu memberi alamat yang baik maka baginda membuka negeri dan menamakan sebagai Negeri Melaka sempena nama pokok melaka tempat baginda berteduh tu...
Haaa..aku pun ingat2 lupa...
Sib baik my mom ni pecinta sejarah...
Mak aku pernah petik buah Melaka untuk bagi aku rasa..
Mmm...buah dia bulat2 sebesar guli..warna hijau muda...rasa dia kelattttttt...tapi bila dah luahkan..rasa manis plak kat lidah...
Mmm...unik kan rasa buah Melaka...
Pokok Melaka tu kat Putrajaya.
Masa tu aku ikut mak aku gi JPA Putrajaya..
Lagi 1 aku tengok pokok Buah Melaka ni kat Bandar Hilir Melaka erea Kota A Famosa tu...tapi masa tu xde buah..
Tu pasal sejarah..


Hari ni pasal kuih Buah Melaka..
Mak aku kata ada yang panggil onde-onde..
Nak masakkan dia kan kena masukkan dalam air mendidih..
Nak tau dah masak...tengok kalau dah timbul dipermukaan air tu masaklah...
Itulah cara orang2 tua dahulu bagi tips pada anak2 gadis yang baru belajar masak..
Camtu lah yang mak aku citer...
Ilmu tu mak aku sampaikan pula kepada aku..


Selalu orang jual kuih ni warna hijau..
Mungkin ikut warna asal buah melaka kat pokok..
Tapi mak aku selalu buat warna purple sebab mak aku kata campur tepung pulut hitam..
Tapi hari ni mak aku cakap versi terkujat..
hahaha..sebab pucat...
Kata mak aku stok tepung pulut hitam tu sikit jer...
Bahan Nak Buat Buah Melaka..
Tepung pulut
Tepung pulut hitam(optional)
Air secukupnya
Gula Melaka
Kelapa putih +sikit garam halus

Yang putih tu tepung pulut
Yang atas tu tepung pulut hitam..
Kalau nak buat sikit ..guna agak2 la  1 cawan tepung pulut + 2 sudu tepung pulut hitam


Campur dua2 tepung tu dan masukkan air sikit2 sambil diuli sampai jadi macam play dough..


 Pastu potong2kan gula Melaka bentuk kiub kecil..Tapi ada gula melaka yang keras tu..
Haaa..kenalah pecahkan dengan alu lesung batu..hihihi
Yang ni Gula Kelantan..senang nak potong sebab lembut


Amik dough tepung tu besar fishball dan isikan seketul kiub gula melaka tu dan bulatkan semula supaya gulanya tertutup..
Alaaa.. mak aku cakap x bulat sangat pun xper...sebab nanti nak gaul kelapa..
Mak aku selalu cakap Ina Gartin dalam rancangan "Barefoot Contessa" kat channel 727 tu selalu cakap bentuk masakan kat rumah xperlu sempurna sangat..baru real punya homemade...Kalau sempurna tu buatan mesin..
Hahaha...


Panas air hingga mendidih dan masukkan bebola buah melaka..Dalam 5 minit kalau buah tu x timbul juga..gunakan sudu untuk kacau sikit kuih tu sebab mungkin dia melekat kat dasar periuk..Bila dah timbul angkat kuih dan toskan dalam tapis..


Gaulkan dengan kelapa putih parut yang sudah digaul sedikit garam..Goyang2kan bekas tu pun dah cukup..Kelapa mudah melekat kerana kuih dari tepung pulut melekit..
Sebab tu agaknya english sebut sticky rice..sebab memang sticky...
Hingh glutinous rice pun betul juga..

Hidang la untuk minum petang..
Mak aku cakap ni kuih yang senang untuk orang baru belajar macam aku..
Kalau ada tetamu nak datang pun boleh buat sebab x banyak bahan & x bnyak step macam karipap bagai..
Tapi tu pun kalau tetamu call dulu..
Kalau tetiba je...
Tok..tok...tok...Assalamualaikum..kami kat luar ni...
Heee...makan biskut cream creaker cap pingpong cicah air kopi O la...xde la buah melaka...



No comments:

Post a Comment