Masak Lemak Cili APi Sardin + Kacang Dal...
Kata mak aku makan jer apa yang ada stok dalam peti ais & kabinet dapur tu...
Masa ni dah hari Khamis...
Lagi 3 hari dah nak balik kampung...
So...mak aku kata xnak beli stok makanan baru dah..nanti x habis.
.
Masak Lemak Cili Api Sardin + Kacang Dal ni mak aku kata tengok kat TV minggu lepas..
Pernah juga mak aku buat Masak Lemak Cili Api Sardin ni ...Tapi selalu campur kentang atao buah tomato...
Buat Masak Asam Pedas pun pernah mak aku buat & aku ngan kakak suka...
CUma buat ngan Kacang Dal ni mak aku kata belum pernah lagi...
Mak aku kata.... nampak Chef Wan masak sardin dengan kacang dal..kat Tv tu
Tapi mak aku kata masa tengok tu Chef Wan dah siap masak & tengah cedok masuk dalam mangkuk..
So..mak aku kata agak je lah macam masak Lemak Cili Api..
Mungkin ye...mungkin tak...
Mak aku kata nampak macam sedap...
Mmmmm....memang sedap pun...
Habis kitorang bertiga makan..
Haaaa...hari Khamis dah berbuka puasa bertiga sebab malam tadi tu kakak dah balik untuk cuti raya..
MASAK LEMAK CILI API SARDIN + KACANG DAL...mak aku
1 tin kecil sardin
1 biji kentang- potong 8
1 cawan santan pekat ( @ 1/2 kotak kecil santan kotak)
2 cawan air
1/2 cawan kacang dal-rebus 1/2 masak( biar mendidh & tutup api biar 15 minit)
1 keping asam keping
2 sudu minyak
garam & sikit gula
Bahan Blend:
10 cili padi merah
1 cm kunyit segar ( boleh ganti 1/2 sudu teh kunyit serbuk)
1 bawang besar
1. Panaskan 2 sudu minyak & tumis bahan blend hingga naik minyak.
2. Masukkan kentang & 2 cawan air biar mendidih Hingga kentang lembut.
3. Masukkan kacang dal 1/2 masak,garamsikit je gula & asam keping
4. Biar mendidih & masukkan santan pekat.
5.Biar mendidih sekali lagi hingga agak pekat & sesuaikan rasanya..
Iakn Keli Goreng...
Yang ni pun ikan dari peti ais..
Aku ngan kakak suka sangat Ikan Keli Goreng...
Mak aku x makan ikan keli ni...
Mak aku kata kalau ikan keli yang liar kat sungai atau kat bendang mak aku aku makan..
Tapi kalau ikan keli kat pasar tu mak aku x makan..
Mmmm....sebab apa yer..?
Ntah lah...aku pun x tau...
Yang pentinga aku suka kalau mak aku goreng garing2 macam ni...
Sayur Broccoli..
Yang ni pun habis kitorang makan sebab sedappppp...
SAYUR BROCCOLI...
1 ketol broccoli - ceraikan besar2 ikut cabang2nya
3 sudu minyak masak
1/2 sudu teh tepung jagung/tepung ubi - bancuh dengan 2 sudu air
2 bawang putih -cincang
1 biji telur( ambil putihnya sahaja)
sikit garam & serbuk lada hitam
1. Jerang air yang agak banyak dalam periuk & tambah sikit garam & 1 sudu minyak masak.
2. Bila mendidih celurkan broccoli selama 2 minit & toskan.Simpan air rebusan sayur tu
3. Dalam kuali..panaskna 2 sudu minyak & tumis bawang putih
4. Bila baunya sudah harum,masukkan anggaran 1/2 cawan air rebusan broccoli tadi..
5. Tambah sikit lada hitam serbuk..Tidak perlu garam lagi.( air rebusan sayur tadi sudah ada garam)
6. Bila mendidih masukkan putih telur & kacau cepat2 supaya cantik.
7 Masukkan air bancuhan tepung ubi & kacau cepat2.
8. Susun sayur broccolli dalam pinggan hidang & curahkan kuah tadi..siap
**** Pesan mak aku...sayur broccoli mesti dicelur terlebih dhulu sebeluk ditumis atau dijadikan salad supaya rasanya lebih sedap & tidak kecut bila dimasak..
Air Tembikai Laici...
Request dari kakak...
Air tembikai memang air wajib...
Laici tu tambah jer dalam air tembikai..
Kaici baki yang buat AIr LAici Segera hari tu masa nenek belum balik kampung..
Buah laici letak jer kat atas...
Air laici tu blend bersama isi tembikai supaya lagi sedap...
Grape jer...
xde kuih-kuih bagai dah...
Pun baki yang beli masa nenek nak balik kampung malam semalam tu..
Mak aku beli 2 bekas..
1 bagi nenek bawa balik untuk Aqil..
1 lagi dalam peti ais stok untuk beberapa hari ni sebab mak aku dah kata xnak masak kuih dah waktu berbuka sebab dah nak balik kampung...
Mmmm....
No comments:
Post a Comment