Monday 11 July 2016

KERABU TAUGEH + PUCUK PAKU...BUTTER CHICKEN LAGI....PENGAT KELADI...AIR TEMBIKAI..IFTAR HARI KE-20

Biarlah dah raya pun....nak juga habiskan stok dalam folder Ramadhan 2016 ni....heee



Air Wajib bulan puasa...
Sama jer iftar hari ke-20...
Air Tembikai...
1 jug tu habis aku ngan mak aku minum sepanjang malam...



Butter Chicken lagiiiii..
Request aku sebab semalam tu makan Butter Chicken ni sedapppppp sangat...
Kali ni aku request nak kuah dia lebih...
nak gaul dengan nasi putih panas2...
Mmmmmmm.....feellllll.....




Sepinggan ni aku makan sorang jer....
I likeee........
Resipi copy paste semalam nyer ...
Tapi gambar x sama tau....

BUTTER CHICKEN...mak aku

1/4 block (2 sudu besar butter)
1/2 kiub ayam
1/2 bawang besar-dadu halus
2 bawang putih -cincang
2 pelepah daun kari
1 cili merah-cincng halus
3/4 cawan susu cair
2 sudu cheese powder
5 biji cili padi

Ayam:
2 keping dada ayam- anggaran 2 cawan isi ayam dadu
1 sudu tepung jagung (boleh ganti tepung gandum)
sikit garam
1 sudu teh serbuk kari ikan / serbuk cili
1 biji putih telur
Minyak untuk goreng


1. Isi ayam dadu digaul dengan semua bahan untuk ayam kecuali minyak
2. Goreng  ayam perap dalam minyak yang banyak hingga garing
3. Dalam kuali  kosong panaskan  butter & tumis bawang besar,bawang putih & daun kari.
4. Masukkan cili merah cincang & cili padi yang dibelah.
5. Masukkan susu cair & kiub ayam.
6. Bir mendidih & masukkan ayam yang sudah digoreng..
7. Masukkan cheese powder & sesuaikan rasanya..
8.Kuah akan menjadi semakin pekat kerana penggunaan butter & juga tepung yang disalut pada ayam..



Kerabau Taugeh + Pucuk Paku..
Lauk mak aku nih....




Sebenarnya semalam tu Achik ada upload gambar Kerabu Pucuk Paku+ Kerang dalam Family Group WhatsApp...
Mak aku kata terliur tengok kerabu Achi tu...
Tapi dah gi cari kerang kat Pasar Segar & Hero tapi kerang dah habis...
Sebab nak juga feel kerabu Pucuk Paku tu...
Mak aku kata xde kerang pun bolehhhh laaa...
Mmmmm

KERABU TAUGEH + PUCUK PAKU..mak aku

1 ikat pucuk paku-cuci,potong & celur
1 mangkuk taugeh- celur
1/2 bawang besar-hiris
1 biji limau nipis
Garam & sikit gula
2 sudu kerisik
1/4 cawan santan pekat

Sambal belacan:
5 cili padi
sikit belacan

1. Celur taugeh & pucuk paku  berasingan
2. Dalam bekas yang besar campurkan pucuk paku,taugeh,bawang,kerisik,santan & sambal belacan.
3, Gaulkan semua bahan tu hingga sebati & tambah garam,ikit gula & perahkan limau..
4. Sesuaikan rasa & siap....


Pengt Ubi Keladi...
Mak aku buat 2 mangkuk jer untuk aku ngan mak aku..
Tapi sudahnya mak aku yang habiskn sebab aku dah kekenyangan makan nasi ngan Butter Chicken...ngan air tembikai 4 gelas..hahahaha

PENGAT UBI KELADI..mak aku

1 ketul ubi keladi
1 keping gula nisse Kelantan/(1 keping kecil) gula melaka
1 mangkuk santan pekat
sikit garam
1 helai daun pandan
2 sudu sagu biji halus-rendam

1. Kupas ubi keladi & cuci & potong dadu besar
2. Rebus dengan 1 mangkuk air hingga empuk.
3. Masukkan sagu bii & biar hingga sagu jernih.
4. Tambah santan pekat,daun pandan,gula nisse & sikit je garam.
5. Biar mendidih hingga sedikit pekat & siap..



No comments:

Post a Comment