Pagi ni saya sarapan Nasi Goreng Kangkung .Juga sebiji telur mata serta secawan kopi O panas.
Nasi goreng tu versi Nasi Goreng Kampung.Kangkung tu sebagai ulamnya...jangan ada yang pelik pula tengok makan kangkung mentah..Kena cuba sebab bagi penggemar ulaman,ulam kangkung mentah ni sedap yerLagi pula kalau kangkung muda,segar dan organik

Ni Ni antara kangkung terakhir yang ada kat tepi sink dapur...Hari Rabu bawa balik seikat kangkung hasil kebunan tu..Dah lama plan nak petik kangkung ni tapi minggu ni memang bz dengan tugas hakiki yang memerlukan fokus mental..Duduk berkurung mengadap laptop,kertas dan seteko teh panas air tangan Bayu..Walau berlima orang dalam bilik mesyuarat yang dingin tapi tetap terasa juga bahang memerah otak dan memerlukan fokus dari pagi sampai petang
Rupanya di luar sana rupanya Bayu menuai kangkung bersama rakan lain.
Bila nampak posting dalam group kerja,saya minta simpankan seikat untuk saya..
Balik rumah saya rendamkan dalam bekas berisi air supaya kekal segar dan letak tepi sinki dapur
Dapat 3 kali masak.Sekali saya masukkan dalam mihun gorwng,sekali lagi dalam nasi goreng dan sedikit lagi bakinya saya +dalam nasi goreng dan jadikan ulam sarapan pagi ni..
Dah masuk hari ke-4 masih segar walau tidak masuk dalam peti sejuk.Hanya rwndam pangkalnya dalam bekas berisi air dan tukar setiap hari...Cara inilah juga yang digunakan dulu dulu oleh emak ketika kampung kami belum ada elektrik dan rumah belum ada peti ais..Sayur kangkung,maman,bayam,sawi di simpan macam ni untuk awet beberapa hari.Biasanya rendam dalam baldi atau besen letak kat pelantar rumah atau tepi telaga..
Sarapan sorang-sorang kerana yang lain-lain masing masing ada urusan....Nun diluar rumah IPU jerebu masih ditahap tidak sihat sekitar 178 Tapi sayup sayup dengar guntur berdentum.Mungkinkah tanda akan turun hujan semulajdi atau mungkin juga hujan buatan untuk menanganj jerebu..
Tidak lama kemudian Sarah berlarinkeluar dari bilik dengan suara nyaring memanggil tok mummy dan meminta nak makan telur..Selepas mandi bersama mummy nya,saya hidangkan roti bijirin ni bersama scramble egg...Suka vetul dia makan telur Masaklah scramble ke...dadar ke...atau rebus sahaja pun sudah cukup menyelerekannya...Alhamdulillah...
Peminat telur la Sarah ni :)
ReplyDeleteSedap noh kangkung mentah, sy tak pernah makan. Kalau buat ulam, sy suka rebus dulu.
Betul...hari hari wajib ada telur...hihihi
DeleteTak pernah makan kangkung mentah buat ulam. Celur je pernah.
ReplyDeleteSaya suka dua -dua
DeletePokcik biasa celur kangkung tu dalam air panas, lepas tu cicah budu.. tak pernah makan mentah ..
ReplyDeleteCelur lagi sedap kalau cicah budu.Tapi yang mentah lebih kepada tekstur rangup
DeleteBagus idea ni. Nanti nak try makan nasi goreng ulam kangkung
ReplyDeletekena try....kalau suka boleh geng...hehehe
Deleteini first time tengok org makan ulam kangkung, selalu tu adalah juga bercelur kan.
ReplyDeleteSarah sama macam anak buah ammi yg paling bongsu. Sikit-sikit "nak makan acik tuloo"
Lepas ni Ammi try kangkaung mentah ...sedap rangup..
Deleteanak buah tu boleh geng ngan Sarah..hihihi
pertama kali saya belajar makan kangkong mentah zaman sekolah rendah masa ayah pindah di sempadan Thailand,boleh kata tiap hari makan somtam berulam kangkong mentah..sedapnya boleh buat teringat2 smp sekarang
ReplyDeleteYeyyy...ada juga akhirnya yang pernah makan kangkung mentah...Somtam gu dengan kangkung menttah sedap kan
Delete