Pages

▼

Tuesday, 20 October 2026

MASAK SAMBAL DAGING + KENTANG

Gambar dalam kuali ..Semalam saya masak Sambal Daging + Kentang.
Daging beli masa balik Kedah ziarah mak patah tangan.
Tiap kali balik Kedah,saya akan beli 4kg daging + samaada paru atau tulang atau perut.Sepanjang jalan Pendang ke Tanah Merah memang ada beberapa gerai menjual daging lembu segar yang baharu disembelih dengan harga RM100 untuk 4kg.Tetapi sebenarnya kena pilih daging 3kg & sekilo lagi kena pilih untuk ambil tulang,perut atau organ dalaman yang lain.Tak boleh ambil 4kg tu semuanya daging.Selalunya saya ambil 3kg daging & 1kg paru.Tapi kali ni masa sampai getai daging dah agak tengahari.Paru dah habis..Maka saya ambil 3kg daging & 1kg perut campur.


Ni saya masak rak sampai 1kg pun daging Daripada 3kg daging tu saya bahagikan 4 bekas.Sebekas untuk sekali masak.



Campurkan dengan kentang.Selain kentang ni digemari isi rumah....kentang juga membanyakkan isi kuali tu🤭.Maklumlah dagingnya tak sampai sekilo pun.Makn pulak tidak serentak.Siapa nak makan dulu & siapa balik kerja dulu makan duluan.


Seperti biasa u tuk sambal daging saya akan masukkan bahan rahsia yang dah tak rahsia  iaitu serbuk kunyit🤭


SAMBAL DAGING
1 kg daging(+-) hiris
Minyak,garam,gula

Bahan Blend:
30 cili kering
1 bawang besar
5 bawang putih
1 ketul kunyit
(sebab sayang blender takut kuning
saya hanya guna serbuk kunyit .Itupun lepas dah kisar cili dan bawang saya tuang dalam mangkuk baru + 1 sudu makan serbuk kunyit dan gaul rata)🤭

1. Panaskan 1 cawan minyak dan biar betul betul panas .

2. Tumiskan daging & biar jangan dikacau.Bila agak² bawahnya sedikit garing baru dikacau.


.JANGAN LETAK GARAM..daging tu kosong tau supaya cepat masak dan tidak keras.

3. Bila daging dah berubah warna masukkan 1 cawan air dan tutup kuali.Biar mendidih perlahan hingga kuah surut dan daging lembut.Jika oerlu tambah lagi air

4. Bila daging sudah agak  lembut,masukkan bahan kisar dan perisakan .

5. Masak hingga naik minyak dan sesuaikan rasa

.


Makan sebelum maghrib...Nasib baik balik tengok ada lagi lauk ni...Kalau tidak jadi batu balh batu bertangkup...!🤭
Ada berbaki sedikit lagi untuk saya..


Terus sendukkan nasi dan makan..

Sambal daging,bila letak kunyit,bau dia menyelerakan.Bila gaul dengan nasi nampak warna lebih menarik..merah keemasan...

 




 

2 comments:

  1. Memang nampak sedap kak... mujur ada lagi kan kalau tak... cari batu belah la jawabnya

    ReplyDelete
  2. Warnanya jadi lebih menarik bila letak kunyit.

    Mujurlah ada lagi lauknya ya, kalau tak nak lari masuk gua mana tu 😄

    ReplyDelete