Sunday, 6 September 2026

RANDOM SHORTS

   Banyak gambar sedang Q nak masuk posting tapi takda masa lagi nak karang cerita...Maka,post la dulu random photo ni


Bunga liar di sudut pagar rumah kami kat Kedah.Dulu mak rajin  tanam pokok ulam cabai bagai..La ni dah semak bila mak banyak habiskan masa di kampung..Bagus juga mak kat kampung..ramai lagi rakan rakan mak di sana & mak dapat bersosial menyertai kelas ngaji dan sebagainya...

Bunga liar....dianggap semak
Tapi ni kalau dijaga elok...cantik bunga ni...
macam orang juga kalau terbiar jer memang serabai tapi kalau dijaga elok....masih ada seringa...hihihi



Chuping,Perlis
Dulu jalan ni pernah jadi lokasi shooting "KL Menjerit"



Buah tanjung....
Ini pokok bunga tanjung yang harum dan ada lagu daripada buduanita Sharifah Aini tu yer!

Comel buahnya hijau dan bila masak warna oren.Buah muda rasanya kelat.Buah masak oren tu boleh makan tapi tak la sedap sangat.Bau harum macam bau buah ciku.Rasa buah masak tu sedikit manis+tawar dan tekstur isi gebu macam buah apple terlalu masak yang dah tak rangup tu.
Agaknya inilah inspire kuih " buah tanjung" yang terkenal di Pantai Timur tu ...Kuih warna oren sebesar buah tanjung ni dibuat daripada kuning telur dan dimasak dalam air gula mendidih macam kuih jala mas tapi kuih buah tanjung be tuk dan waena sama dengan buah tanjung ni.



Bukit Ko'diang...
Ko'diang salah satu nama tempat di Kefah bersempadan dengan Perlis..
Sebut Ko'diang akan teringan pelawak Allahyarham Pak Yus..Kalau lawaknya sikit-sikit mesti dia sebut Ko'diang...Al-Fatihah untuk arwah..


Puncak Gunung Jerai dari pandangam dekat...
Bila dekat nampak rendah je...kan..


Gunung Jerai dari jauh....gagah berdiri...biru warnanya..


Sambal Udang by Achik



Jarang-jarang lalu R&R Elmina ni...
Tengok R&R Elmina ni akan teringat Jaja dan anak-anaknya Ahnaf & Sofea... Dah lama tak dengar khabar Jaja sejak dah berpindah ke Perak..Swmoga baik baik saja yer Jaja & kids


Masjid Bukit Jelutong....tak ingat nama penih masjid ni...terlalu sini sebab salah masuk simpang....exit  dari lebuhraya Guthrie..nak ke Subang....terlajak ke simpang depan...sampai masjid ni...Cantik
Selalu nampak dari jauh kat laluan depan MSU tu tertanya tanya masjid apa yang cantik sangat tu...
...Ni dapat masuk dalam pagar masjid ni...
Bila disebut sebut ia menjadi doa...kan..
Allah hantarkan 


Air Sirap...
Ni kalau tengok waktu panas tengahari...bulan puasa pulak...
Uiiii....kurus pahala puasa.....hihihu


Rambutan dan duku pemberian Kak Kiah Din jiran kat kampung mak...
Jagung tu Achik rebus kat rumah mak
Buah 3 biji yang warna merah tu buah liar yang menjadi rebutan kami zaman kanak-kanak..
Sekarang takda kanak-kanak yang reti makan buah ni....Buah Larak
Saya ada video petik buah larak di kampung..Nanti nak buat enti khas pasal buah larak ni..



Gotong royong siang daging kenduri kat kampung semalam....Pic dari group komuniti kampung mak..Tapi kami tidak dapat penuhi jemputan kenduri ni kerana dah balik KL...
Terima kasih orang kampung yang selalu update tentang kampung dalam group...Dapat juga tahu perkembangan dan aktiviti di kampung ..

8 comments:

  1. Nampaknya Gunung Jerai kebanggaan orang Kedah.. kat Johor ni kami ada Gunung Ledang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....kami ada Gunung Jerai...Johor ada Gunung Ledang dan negeri lain juga ada gunung iconic yang lain.Alhamdulillah Allah kurniakan keindahan negara kita🤲

      Delete
  2. Baru tau buah tanjung tu boleh makan. Sy suka cium bunga dia ja, memang wangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ninkalau jumlpa pokok tanjung berbuah boleh la cuba rasa....heeee

      Delete
  3. rindu juga Jaja,ahnaf&sofia..Jaja dah pindah perak rupanya,lama tak berhubung..
    bila la rezeki saya nak sampai Kedah ni..teringin sangat nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....rindu Jaja
      Pastinya seronok dengan ketenangan kampungnya di sana...
      In shaa Allah disebut-sebut menjadi doa & Allah maha mendengar..semoga adinda Afzan sampai juga di Kedah nanti...in shaa Allah

      Delete
  4. Random shorts macam ni best, setiap gambar ada cerita dan nostalgia tersendiri 😊 Baru tahu buah tanjung boleh dimakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...
      setiap gambar ada cerita....nanti cuba la rasa buah tanjung tu..

      Delete