Sunday, 5 July 2026

DAGING MASAK KURMA & SAMBAL UDANG



Semalam Sabtu....tak ada apa sangat aktiviti.



Pepagi masak Kurma Daging ..Masak Kurma ni  antara lauk yang jarang saya masak.Sebabnya hanya anak jantan tu sorang saja yang suka masak kurma tak kiralah kurma ayam,daging maupin kurma telur...Jadinya sebab hanya dia orang yang suka...beerti kalau masak kurma hanya untuk dia sorang..Makanya kena la jugak masak lauk lain....tu yang malas nak masak kurma...

Hari ni...masak Kurma Daging  + Telur...Saya hanya guna daging dalam ½kg & 3 biji telur rebus.Kemain menambah la dia makan nasi...

Saya tabur daun ketumbar untuk naikkan aroma..


KURMA DAGING + TELUR
½kg daging
2 paket kecil rempah kurma
½ ( kotak kecil) santan kara
3 biji telur( sbb kentang takda..hihihi)
1 biji tomato masak-saya ganti tomato ceri
2 biji cili merah,cili hijau
1 limau nipis
minyak,gula,garam

Bahan Tumis:
1 bawang holland- mayang
5 bawang putih - ketuk
1 ketul halia muda-racik panjang
1 tangkai daun kari
1 helai pandan
sikit kulit kayu manis,cengkih,pelaga dan bunga lawang

1. Potong & basuh daging..

2. Panaskan ¾ cawan minyak dan masukkan semua bahan tumis hingga harum

3. Masukkan rempah kurma yang dibancuh  & masukkan daging biar keluar airnnya & masak hingga naik minyak

4. Masukkan,air dan masak hingga daging empuk 

5. Bila daging empuk  tambah  telur rebus tomato,cili merah & cili hijau serta perisakan.Perah jus limau nipis untuk seimbangkan rasa.

6. Kecilkan api dan masak perlaham beberapa minit supaya naik minyak.

7. Sesuaikan rasa


Massk juga sambal udang...untuk yang tak makan Kurma Daging...Juga masak ½ kg sahaja udangnya...Tapi kena cabai yang pedas kemain la pulak....



Cedok ambil udang sahaja ...sambalnya pedas melahar...



8 comments:

  1. Tergoda tengok kurma daging depa. Rasa nak buat jugalah. Kami suka masak kurma tambah² kalau ada telur rebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali sedap juga kan...
      Kalau kat kampung saya orwng orwng lapis tua panggil " Masak Putih"

      Delete
  2. Sedapnya kurma daging dan sambal udang tu boleh makan dengan nasi minyak sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa
      ...tak terfikir oulak nak masak nasi minyak

      Delete
  3. menggoda dan tergoda nengok kurma dan udang akak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi....kalau tengok time lapar semua nampak sedap...hihihi

      Delete
  4. saya pun suka masak kurma. pernahlah masak utk bekal pergi keje dan sediakan utk bekal adik ngann kakak sekali. dorang kata pasni jangan masak dah hahaha.
    napelah orang tak suka masak kurma!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab kurma ni rasa rempah dia agak kuat & warna dia pucat kot....Tapi bagi saya kurma sedap kalau sesekali masak..hihihu
      i

      Delete