Salam 9 Zulhijjah 1447.,..
Achik ajak berbuka kat rumahnya tapi mengenangkan dah janji dengan mak nak berbuka bersama kat kampung,maka saya dan Cella teruskan perjalanan ke kampung walaupun dah pukul 7.00 ++malam.
Jalan dah mula banyak kereta.. Ramai dah mula sampai untuk versama menyambut Hari Raya Aidil Adha esok
Lagi 10 km nak sampai kampung azan maghrib dah berkumandang...Takdirnya....saya dan Cella berbuka dalam kereta .
Kali ni saya balik berdua sahaja dengan Cella..
Naim kereta Cella santai-santai dua beranak.
Buka puasa dengan minum.air kotak sahaja..
Itupun nasib baik ada kedai tengah bendang tu..
Sampai rumah mak...terus makan nasi tak pandang kiri kanan.
mak masak sambal petai...ulam terung rebus cicah c
air asam cabai picit..Ikan pekasam goreng sama ikan kedera &ikan gelaman masam..
Memang feel puasa dulu -dulu walau ini hanya puasa aunat Arafah..
Lepas makan,terus balik rumah kami ..nak masak untuk juadah esok.Achik pun tenfah bz masak kat rumahnya...
Jumpa esok pagi Hari Raya Aidil Adha..





Sedap je bunyi lauk kampung yg disebut 🥰 Salam Aidil Adha
ReplyDeleteAlhamdulillah....masakan mak pastinya kerinduan anak..
DeleteSelamat Hari Raya SJ...
Sedapnya sambal petai. Ulaman pun ada. Memang auto berselera makan lagi2 waktu berbuka puasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah......lauk kampung pastinya tidak mengecewakan
Delete