Thursday, 28 May 2026

RAYA HAJI 2026 DI KAMPUNG MASIH MERIAH SEPERTI DULU

 Salam Aidil Adha 1447...

Tahun ni Raya Haji jatuh pada 27 Mei 2026..Hari Rabu.

Alhamdulillah masih dapat menyambut Raya Haji @ kampung bersama mak dan warga kampung .Tinggal anak jantan 

Adah anak beranak juga dapat bersama menyambut Raya Haji.Tapi saya dan Cella dah bergerak dulu balik kampung..Depa akan menyusul kemudian.Kami berdua beranak gerak pagi santai-santai sahaja.Jalan tak jem mungkin kerana ramai masih kerja dan ramai juga yang tak balik agaknya kerana kali ni cuti Raya Haji tengah minggu..

Mak otw balik daei solat sunat Hari Raya  Aidil Adha @ surau kampung..Raya Haji Puasa biasanya orang solat sunat agak lewat bagi memberi peluang orang nak selesaikan zakat fitrah.Solat Raya Haji pula biasanya lebih awal kerana orang bak buat qurban pulak lepas solat


Seperti biasa...tradisi surau kampung kami...setiap jali usai solat sunat hari raya tidak kira solat sunat Raya Aidil Fitri atau Raya Aidil Adha,akan ada sesi memberi duit raya.
Saya pernah cerita tentang TRADISI BAGI DUIT RAYA DI SURAU KAMPUNG KAMI..
Cuma kali ni saya agak lambat ambil gambar ..iaitu ketika dah hujung hujung..Puncanya dok ralit cari Sarah...Ingatkan dia kat rumah...Saya balik rumah nak amik dia bawa ke surau..Rupanya dia dah ikut ayah dia pi surau..
Bukan nak kejar duit raya tu sangat tapi lebih kepada nak bagi pengalaman dan keseronokann kepada Sarah..
Kali ni saya tak nampak depa edarkan tabung derma duit raya...Tapi rasanya kali ini duit raya adalah sumbangan perseorangan iaitu yang dalam video yang berbaju  Melayu hijau  tengah bagi duit tu...

Saya bergegas nak balik rumah sebab kat rumah tinggal Cella sorang nak  hidangkan makanan.Rupanya tadi masa solat Achik tak dapat masuk dalam surau sebab dah penuh.Achik solat kat anjung surau dan dah balik bantu Cella hidang makann.Seperti rahun tahun lepas,kami masak masing masing kat rumah dan bawa balik ke rumah mak..

kali ni saya hanya masak nasi minyak,ayam masak merah,ayam masak rendang...kari daging +kentang ,papadom,agar-agar sirap dan sejenis dua kuih raya.Juga tolong rebus ketupat palas pulut putih dan ketupat pulut hitam yang mak dah buat sehari sebelum tu iaitu hari puasa Arafah tu.Mak buat 3kg pult biasa dan 1½ kg pulut hitam...
Kalau kira ketupat siap sekilo pulut dapat dalam 2½kg ketupat.So,ketupat mak lebih kirang 10kg++ ketupat

Achik masak mee kari ..rendang ,daging masak Pahang,ayam masak kicap & apa lagi saya tak sempat tengok sebab balik surau dah diserbu tetamu.
Minuman juga ditaja Achik...Thai Green Tea & kordial.

 
Antara tetamu Raya Haji @ kampung...



Ni tetamu jauh dari Pahang & Sungai Buluh..


Jiran kampung mak..
Dah petang lepas asar...
Meja buffet dah dikecillan jadi satu meja sahaja dah sebab makanan banyak dah habis..



Ramai juga saya tak kenal  kerana jarang jumpa tapi wajah mereka familiar  kerana adanya hari raya.....
Group kanak-kanak ni datang 2x kat rumah..Bukan depa nak duit raya 2x tapi sebaliknya depa dah penat berjalan jauh rumah hujung kampung.Masa patah balik depa lalu sekali lagi kat jalan depan rumah dan nampak macam depa malu malu nak singgah sekali lagi.Achik panggil depa & depa cakap depa kehausan nak singgah minum air....Dah singgah Achik suruh depa makan lagi sekali sebab nak jalan kaki balik rumah depa di hujung kampung seberang rasanya tak kirang 3km kot...harus juga lebih 3km..Jauh wei....
Bayangkan jarak 3km tu macam ulang alik track 100m tu sebanyak 30x...!
Dulu kami pun jalan jauh macam ampa tapi la ni...rasa jauhnya wei!!!🤣🤣🤣🤣
Mendengar cerita mereka jalan kaki dari hujung kampung seberang sampai hujung kampung sini...teringat nostalgia zaman kanak-kanak dulu...Seronok beraya tak kenal penat...
Dulu zaman saya kanak kanak....awal tahun 80-an dulu..kat kampung saya  tak ramai orang buat qurban  kerana taraf hidup masa tu.Sekarang,boleh katakan setiap rumah pasti menyertai ibadah qurban...Tapi kunjung mengunjung tetap berlangsung..
Cuma sekarang ekonomi dah berubah....kehidupan dah lebih baik mewah Allah bagi rezeki.. lebih sistematik kerana lembu diternak kormesial siap pakej qurban dan akikah include sembelihan,lapah dan kerja-kerja  yang sewaktu dengannya.Hanyabperlu add on bayaran untuk semua service tu.Kat kampung kami yang kecil dan jauh dari pekan pun ada 2 pusat ternakan dan sembelihan diusahakan  warga kampung..
Kebanyakan buat kenduri menu simple daging sup cicah air asam tomatokerabu perut lembu dan hati limpa jantung dimasak kicap.Selama 4 hari ni pun memang meriah kenduri qurban kenduri qurban..


Pakat makan nasi dan mee kari kerana lepas ni masing masing akan gerak ke tempat qurban..Ramai juga dah bergerak ke tempat qurban.Kat kampung ni ada 2 pusat ternak lembu dan sembelihan


Sambil makan sambil berbual beramah mesra..Walau sekampung ...bukan selalu dapat berjumpa beramai ...kan...


Tetamu tetap setiap pagi raya....dari seberang...


Sikit sama dirasa...




Mee kari Achik laku keras...Berkali kali Achik topup celur mee...
Cella dan Aqil tak menang tangan topup air..Cuaca panas membahang...Maklumlah,Kedah kan negeri bersebelahan matahari...hihihi...

Nasi minyak saya dua kali masak kat rumah sana tapi dah habis awal..Kami topup pula dengan nasi putih ..Masak 2 periuk nasi putih untuk topup.
Dek tak sempat hidang sepenuhnya dah diserbu tetamu...kali ni takda gambar makanan atas meja....Sapa   pun tak sempat ambil gambar makanan....


Nasib baik juga ada sikit lagi stok makanan kat dapur...Walaupun dafing Masak Phang Achik dah habis ...tapi boleh la topup sikit sikit yang lain untuk ambil video kan....hihihu
Padahal masa baru topup lauk ni pun ada tetamu masih datang...Cella hanya sempat ambil video sekilas lalu sahaja...apa adanya sahaja.. 




Beberapa orang tetamu anak dara terpaksa makan di belakang dapur  kerana kat depan dah penuh tetamu.Maklumlah rumah mak pun bukannya besar mana pun... hihihi..


Seronok bila ramai tetamu datang..


Maaf la ...ada yang terpaksa duduk menyelit-nyelit.


Kanak-kanak pun ramai juga .Mungkin kerana raya haji kali ni  musim cuti sekolah.
Ramai yang jauh pakat balik agakny


Yang baju maroon tu tok imam solat raya kat surau  tadi ...



Jemput makan apa adanya...



Antara group awal....Tak sempat nak susun makanan..
Mereka juga nak cepat ...kerana mereka ni antara tenaga kerja orang kampung yang nak buat qurban...



Maaf la atas kukurangan yer ...




Terselit pula gambar papadom masih dalam plastik..tak sempat nak cari bekas...hihihi



Seperti biasa...Pakcik akan sponser duit raya untuk kanak-,kanak...



Raya Haji kali ni juga dapat berjejak kasih rakan lama...Lan Chik Ya
Yang baju petak petaj hitam putih tu rakan sepermainan dan sama SEKOLAH BERATAP RUMBIA ..kat sini...
Lan senior setahun dari saya..Masa saya darjah satu..Lan darjah 2..
Masa saya darjah 2...depa dah berpindah ke Pahang kerana mak ayahnya dapat tanah rancanga. FELDA di Chini..Sejak tu dah tak pernah jumpa.




 
Baju hijau tu Teh... adik kepada Lan..Masa depa pundah Teh sekitar 4,5 tahun...
Yang tudung pink belacan tu isteri Lan...orang Batu Pahat.Baru 1st time saya jumpa.Teh juga merupakan owner POPIA BASAH SADO di Masjid  Bandar Baru Sg Buloh..Kalau lalu sana kena cuba sebab menurut Teh.. dari kulit popia semua homemade air tangan Teh..




Depa lebih k3pada nak jumpa abang saya kerana 
Walaulun dulu depa pi dah ke Pahang tapi zelatang dah bertebara. ke merata  nevwri 



Ada sikit masa...saya sempat edit sikit video untuk youtube yang dah bersawang tu...
Saja simpan video supaya nampak lebih hidup..Boleh tonton di YOUTUBE: SEROJA PUTIH






12 comments:

  1. Yang makan belakang dapur tu yg best tu! Boleh gosip2!

    ReplyDelete
  2. Meriah macam raya puasa juga ada tetamu berkunjung. Tempat kami raya haji memasing busy dengan korban. Takdela berjalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...qurban sambil beraya...
      Kadang ramai...kadang ada juga tahun yang tak begitu ramai.Kali niungkin sebab anak-anak cuti sekolah agak panjanb

      Delete
  3. Bestnya tradisi bagi duit raya tu kak... pastu ada jamuan makan-makan tu meriah betul kak. Kira sekampung datang beraya pastu sedara mara lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tradisi masih diteruskan dari dulu hingga kini..Semoga tradisi yang baik ini akan berterusan..in shaa Allah

      Delete
  4. wahh ada jugak tradisi bagi duit raya time aidiladha. jamuan makan2 tu paling bestlahh hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu cara nak ajak kanak-kanak meriahkan surau...Lagipun kampung kami tak seramai kampung-kampung yang besar

      Delete
  5. Tahun depan Sy booking la nak pi beraya di kampung depa, meriah sungguh 😍

    Kami kat sini lepas solat raya orang laki² pakat pi surau buat korban. Takdan nak kunjung mengunjung pun 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah booking kena mai tu PH...
      Kalau tak kena surcharge🤣

      La ni qurban kat kampung saya agak cepat dan lancar kerana ada dua pusat ternak dan sembelih.Kerja-kerja sembelih dan lapah serta bahagikan 7 bahagian tu dilakukan pelerja pusat sembelihan tu.Orang kampung hanya tolong timbang untuk agigan sahaja.Tu yg depa dan beraya
      ..hihihi

      Delete