Tuesday, 7 April 2026

KUAH KACANG DAGING NASI IMPIT KETUPAT PALAS UNTUK RAYA 6

  Semalam hari Isnin..Alhamdulillah genap 6 hari puasa sunat Syawal untuk tahun  ni 1447H..Mula puasa Isnin minggu lepas hingga Jumaat .Sambung semula Isnin semalam lagi satu hari..

Untuk reward diri sendiri yang berjaya selesaikan puasa 6  agak awal tahun ini.hihihi...


Juadah berbuka hari terakhir puasa 6 kita masak nasi impit kuah kacang daging.Juga rebus ketupat palas frozen.




Balik kerja semalam gigih memasak kuah kacang daging.Daging tu dah siap potong dadu kecil  sebelum frozenkan..Bahan kisar juga dah siap buat sebelum ni.Jadinya balik semalam tanpa bukua tudung terus sarung apron...menumis bumbu dulu  supaya  masaasakan direnih,bolehlah bersihkan diri nak solat bagai...Nak masak ni tu lah antara cara saya buat kalau nak bagi cepat dan sebelum hilang kerajinan ..hihihu
Kalau masuk rumah berlengah dulu....alamatnya,masakan tu hanya dalam angaan angan...Itu time rajin sikit la...Kadang tu nak lengahkan sekejap jer tapi sudahnya memang tak jadi apa yang diangankan untuk masak...



KUAH KACANG +DAGING

½kg  kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
1 asam keping
3 keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk

Bahan Blend:

5 hiris lengkuas
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih

1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.

2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus

3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak.


4. Masukkan daging dan 4 cawan air.Masak hingga daging empuk.Jika perlu tambah air lagi.

5. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.

5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidh

6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekatc

7. Sesuaikan rasa






Sambil masak kuah kacang. tu..saya sesambil juga merebus nasi impit mini ni..Guna Noxxa saja lebih kurang  40 minit..Tapi dah rebusnya pun dah pukul berapa kanm..Makanya masa berbuka tu nasi impit ni belumlah sejuk.Masig suam auam panas tapi ok jelah kan...hihihi



Lepas rwbus nasi impit sambung pula rebua ketupat palas frozen yang mak bekalkan hari tu.Mak tu bukan apa..lebih kepada sedih cucu jantannya ni tak balik beraya.Maka dibekalkan ketupat frozen. yang bum rebus.Saya Noxxa kan juga dalam 12 minit...elok masaknya...



Metupat Palas...Nasi Impit & Kuah Kacang +Daging...Juadah iftar merangkap Raya 6 saya
..hihihi...





3 comments:

  1. saya pun lega tahun ni dapat selesai awal,mungkin sebab tak banyak jemputan raya office kot,xberjalan raya ke office orang boleh la puasa 6,puasa ganti terus

    ReplyDelete
  2. Kuah kacang daging? First time dgr hihihii.. alhamdulillah selesai puasa sunat 6 syawal..

    ReplyDelete