Rakan-rakanaya boleh menonton perkongsian video di channel youtube : (Seroja Putih) https://youtube.com/@seroja-ec8bc?si=chaLO0VjAJ6Iy5OE. 💕
Monday, 27 April 2026
MASAK BEKAL SARAH
Tuesday, 7 April 2026
KUAH KACANG DAGING NASI IMPIT KETUPAT PALAS UNTUK RAYA 6
Semalam hari Isnin..Alhamdulillah genap 6 hari puasa sunat Syawal untuk tahun ni 1447H..Mula puasa Isnin minggu lepas hingga Jumaat .Sambung semula Isnin semalam lagi satu hari..
KUAH KACANG +DAGING
½kg kacang tanah
½ kg daging -potong kiub
1 asam keping
3 keping kecil gula melaka
1½ sudu teh garam
1 batang serai- ketuk
Bahan Blend:
5 hiris lengkuas
30 cili kering( saya guna 1 cawan cili kisar)
1 bawang besar
3 bawang putih
1. Basuh kacang tanah dan masukkan dalam kuali bersama 3 sudu minyak dan sentiasa kacau hingga kacang garing.
2. Angkat kacang dan biarkan suam sekejap & blend dalam blender basah + 3 cawan air hingga agak halus
3. Panaskan anggaran 1 cawan minyak dan tumis bahan blend Masukkan asam,garam dan serai & masak hingga naik minyak.
4. Masukkan daging dan 4 cawan air.Masak hingga daging empuk.Jika perlu tambah air lagi.
5. Masukkan pes kacang blend tadi dan gula melaka.
5. Masak hingga mendidih.Tambahkan daging rebus bersama air rebusannya.Masak lagi hingga mendidh
6. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya kuah naik minyak dan cantik dan pekatc
7. Sesuaikan rasa
Sambil masak kuah kacang. tu..saya sesambil juga merebus nasi impit mini ni..Guna Noxxa saja lebih kurang 40 minit..Tapi dah rebusnya pun dah pukul berapa kanm..Makanya masa berbuka tu nasi impit ni belumlah sejuk.Masig suam auam panas tapi ok jelah kan...hihihi
MEE RUSKI TOMYUM UNTUK IFTAR PUASA 6
Semangkuk Mee Ruski Tom Yum untuk juadah iftar puasa 6 hari Jumaat lepas.Mee Ruski Tom Yum adalah antara jenama mee segera berperisa tom yam yang sangat saya suka.Tapi untuk perisa tomyam sahaja la zebab kalau perisa kari saya suka jenama lain..Kalau mee goreng pun suka jenama lain..
Akhirnya ..Jumaat lepas melunaskan keinginan anak tekak sendiri..
Monday, 6 April 2026
BISKUT RAYA LEPAS RAYA
Semalam separuh hari dihabiskan di dapur bersauna membaking biskut raya.Masih dengan haruman biskut raya memenuhi ruang dapur kekangkang tupai itu.Malamnya cella membaking cookies dari pukul 9 malam hingga 3 pagi baru dia tidur..Gigih dia menyiakan tempahan cookies lepas raya dari kawan kawan UPM .Hari tu bulan puasa kawan kawan ya tak dapat nak buat tempahan kerana memasing dah balik kampung sebelum puasa lagi kerana cuti semester.Syawal ke 4 depa dah naik sem baru tapi minggu tersebut diberi kelonggaran online class sehingga Syawal ke 7.So,baru seminggu kelas fizikal..Katanya ada dalam 10 balang oderan cookies yang dia perlu siapkan.Tahun lepas saya latih dia buat cookies & tahun ni memang tugas buat cookies diserahkan sepwnhhnya kepada Cella kecuali oderan daripada kawan anak jantan tu ai Haziq.Setiap tahun Haziq tempah tak kurang dari 10 balang besar cookies.Tahun ni Haziq order 15 balang besar cookies.Dia memang request cookies dari tangan saya.Maka saya hanya siapakkn 15 balang besar yang Haziq pesan.Untuk dahlia,tart nanas,choco oats saya masih buat sendiri & Cella hanya bantu potong dan letak ceri sahaja.Hanya cookies Cella dah lulus untuk buat sendiri sepenuhnya.
Lepas menyamprit terus sambung mengetart pula.Tak banyak pun buatnya...2 balang besar dan 1 balang kecik jer.Manakala cookies Cella dah buat malamnyaTahun ni saya tak tak buat pun tart nanas gulung ni.
Sebelum raya hanya buat tart bunga ni jer..
Sunday, 5 April 2026
MASAK NASI DAGANG LAGI SYAWAL KE-15 & KENALI SEJARAH NASI DAGANG
NASI DAGANG BERAS WANGI
1kg beras wangi
1½ cawan santan pekat
1½ cawan santan kemancar(cair)
1 helai pandan
1 sudu makan halba-basuh rendam 15 minit
1 ketul halia muda-mayang memanjang
5 ulas bawang merah-hiris
garam & sikit gula
1. Rendam beras wangi semalaman .
2. Kukus beras yang dah direndam hingga ¾ masak lebih kurang ½ jam
3. Angkat naai dan masukkan dalam bekas besar.Gaul santan cair dan kukus semula hingga masak.Anggaran 15 minit
4. Angkat semula nasi dan tuangkan dalam bekas besar semula dan gaul dengan bawang,halia,halba dan akhir sekali santan pekat yang dicamour 1 susu teh penuh garan dan 2 sudu makan gula.Gaul rata
5. Kukus sekali lagi nasi tersebut tanpa ditutup supaya nasi kekal cantik dan tidak lembik..Kukus tu anggaran 10 minit dah ok.Tapi kalau nak makan nasi dagang panas,bila bila nak makan boleh je kukus hingga naik wap panas.Cuma biarkan kukus terbuka agar nasi tidak kembang benyek.
.
Gukai nasi dagang saya kali ni ,tidak dapat menandingi NASI DAGANG SYAWAL KE-7
Masak takda la tengok resipi sebab macam semua bahan dah dalam fikiran ..rupanya ada juga tertinggal bahan..hihihi
.GULAI IKAN TONGKOL... cara saya
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ paket rempah kari ikan(+-3 paket kecil)
2 keping gula kelantan @ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa
BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak
2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi
3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih
4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih
5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak
6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa.Sebaiknya masak malam jika nak makan pagi supaya gulai lebih pekat dan mesra kuahnya.
Kal8 ni masukkan juga 7 biji telur rebus.Dapat masukkan telur baru rasa puas hati..hihii Rebus 8 biji telur..Tapi sebiji tu nampak dalam gulai tu berlubang ..taktau kenapa..Sebiji lagi dah kena cukai dengan Sarah buat sarapan dia..Suka betul dia sarapan dengan telur rebus....
Saturday, 4 April 2026
RINDU MIHUN GORENG
Kalau dah agak lama tak masak mihun goreng,dia macam ada rasa rindu kepada mihun goreng tu..hihihi.Kalau mi goreng atau kue teow goreng tak sekuat mihun goreng ni.Mihun goreng antara makanan yang saya suka sangat.
Hanya goreng mihun dan pemanis mulut hanya buah tembikai.Mihun goreng berencahkan meatball dan udang..Sepinggan yang takda udang tu opkoslah pinggan anak jantan sorang tu yang tak makan seafood.Tapi masa goreng mihun sekali jalan je dengan meatball dan udang tu...hihihi
HALWA MASKAT DAN CERITANYA
Balik raya baru ni Achik ada bagi halwa maskat,dodol dan biskut raya
Antara juada tradisi yang saya suka pada hari raya ialah Halwa Maskat..
Mak & Achik juga kalau nampak halwa maskat depa akan ingat betapa saya suka halwa maskat.Hampir setiap tahun Achik akan belikan halwa maskat buatan emak rakannya semata mata untuk saya kerana Achik dan mak tak makan pun halwa maskat ni.Orang lain pun dalam family tiada siapa yang suka halwa maskat.Hanya saya sorang peminatnya.
Dulu kalau balik Kedah wajib la pi Komples Pekan Rabu Alor Setar untuk bi halwa maskat.Kalau tahun 90-an dulu harga 1 bekas tippuware panjang +- 500gm baru RM3..Masuk awal 2000-an harga bekas yang sama RM5.. Sekarang dengan berat 250gm RM15-RM 20 .Halwa maskat lebih aikit dari dodol walaupun dari segi kos rasanya kos buat dodol lagi mahal.Mungkin kerana proses nak buatnya lebih rumit kerana perlu " basuh tepung " gandum hingga beberapa hari.
Kata mak dulu dulu mak tengok orang masak halwa maskat ni kena basuh tepung.Basuh tu bukan macam basuh beras tapi lebih kepada proses membuang glutiin tepung gandum tu.Tepung diuli seketul macam nak buat roti canai.Kemudian diramas dalam dalam bekas besar bersama air yang bayak hinggalah semua tepung larut dan yang tinggal ditangan adalah seketul glutin tepung seakan ketulan gam liat.Glutin tu akan dibuang ,manakala larutan tepung tanpa glutin dibiar mendap dalam air.Setiap hari air rendaman larutan tepung tu akan dibuang bahagian air jernih atasnya dan tinggalkan bahagian tepung macam kita mandapkan air perahan ubi kayu untuk ambil patinya tu.Proses ni memakan masa beberapa hari sebelum proses masak pati teoung tu bersama gula,pewarna dan minyak sapi.Tapi sekarang penggunaan minyak sapi diganti minyak jagung kerana tak semua orang suka bau minyak sapi selain harga minyak sapi lebih cepat tengik.
Halwa maskat macam juga halwa lain.Dimakan sedikit sedikit kerana rasanya yang extra manis dan tekstirnya yang melekit.Zaman kanak kanak saya tak suka halwa masakat ni kerna hanya rasa manis semata.Saya lebih suka dodol yang ada rasa lemak selain manisnya.Pernah terjadi masa saya beraya di Kampung Bukit Kechik masa darjah 5.Kali pertama beraya agak jauh kerana baru ada basikal Salah satu rumah yang saya kunjungi menghidangkan halwa maskat ni berketul ketul dalam pinggan.Setiap ketul dpotong kiub sebesar sebuku sabun mandi.Melihat warna kuih yang kuning keemasan cantik saya terus mencapai seketul sebesar aabun mandi tu.Maklumlah mak saya tak pernah buat kuih ni...Jadi excited nak merasa..Sekali gigit....Allah..!
Wednesday, 1 April 2026
SYAWAL KE 7 : MASAK NASI DAGANG BERAS WANGI GULAI IKAN TONGKOL,NASI LEMAK & MEE GORENG
Syawal ke7 saya masak Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol.Achik pula masak Nasi Lemak & Mee Goreng Daging.
GULAI IKAN TONGKOL... cara saya
2 ekor ikan tongkol
Anggaran 2kg & potong-potong & rebus bersama 2 cawan air +10 asam keping + 2 sudu besar garam
10 biji telur rebus( kali ni tak masukkan telur pun)
2 asam keping
10 cili pdi merah
5 cili hijau
2 kotak santan
½ paket rempah kari ikan(+-3 paket kecil)
2 keping gula kelantan @ ½ cawan gula melaka
1 cawan minyak
garam secukup rasa
BAHAN BLEND:
20-30 cili kering-rebus
1 bawang holland
5 baaang putih
1 ketul kecik halia
1 ketul kecik kunyit
1 ketul.kecik lengkuas
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis hingga naik minyak
2.Tambah serbuk kari yang dibamcuh dengan 1 cawan air dan masak lagi hingga naik minyak sekali lagi
3. Masukkan ikan tongkol rebus.Masukan juga air rebusan ikan + secukup air untuk kuah (anggaran 5 cawan) biarbmendidih
4. Masukkan santan, asam keping, gula kelantan, telur rebus dan masak hingga mendidih
5.Kecilkan api dan biar mendidih perlahan hinga naik minyak
6. Tambah cili padi dan cili hijau & sesuaikan rasa.Sebaiknya masak malam jika nak makan pagi supaya gulai lebih pekat dan mesra kuahnya.
** saya tambahkan juga ke dalam gulai tu timun yang dibuang biji dan dipotong jejari
Untuk cara masak nasi dagang dan gulai ikan tongkol step by step saya pernah kongsikan KAT SINI.....
Dah beberapa hari beli 2 ekor ikan tongkol dan rebus bersama asam keping,garan,lengkuas dan sikit gula melaka.Setiapnhari saya ulang panaskan sebanyak dua kali,pagi dan malam.Bila masak gulai makan bahagian kepalaa ikan tu tulangnya dah lembut..terus teringat Nasi Dagang Atas Tol
Gulai Ayam juga by mak...Mak merempit naik motor dari kampung datang rumah Achik bawa ketupat palas siap rebus dan ketupat palas frozen untuk saya bawa balik KL..




















































